Wednesday, 13 November 2013

Untuk Anak-anak Papa

anak-anak papa,
jika ini adalah surat terakhir dr papa,
papa nak kamu tahu yg papa terlalu sayangkan kamu berdua.xpernah papa lupakan kamu.sedikit pun tdk tercoret dihati papa.walau semakin hari,kamu rasakan papa semakin jauh.Demi ALLAH,kamu berdua sentiasa dihati papa walau kemana papa pergi.kamu sentiasa dlm doa papa,papa rindu sgt nak hidup bersama kamu seperti dulu2.tp papa kena akur dgn ketentuan tuhan.percayalah cakap papa,kamu akan faham bila kamu besar nanti.papa teringin sgt2 nak tengok kamu berdua membesar dlm pelukan papa,setiap hari papa akan kejutkan kamu dari tidur utk bagi susu.kdg2 kamu yg kejutkan papa,papa rindu saat tu.setiap malam,bila papa nk tido papa akan jenguk2 album kamu.papa akan peluk erat2 seakan papa ada disebelah kamu berdua.papa rindu sangat nk tengok kamu bermain2 di ruang tamu.mainan kamu yg sebakul dlm bilik tu papa dah simpan elok2.papa selalu kemas brg2 kamu,barangkali kamu akan pulang....
anak-anak papa,
seandainya papa pergi dulu,papa nak kamu tahu yg papa pergi dgn tenang.papa dh jumpa apa yg papa nak,maafkan papa jika selama ni papa banyak abaikan kamu berdua.kamu xkan faham apa yg papa alami ketika tu.papa xpernah minta dari tuhan seperti apa yg kamu tahu.mungkin bagi kamu,papa terlalu jahat masa tu.kalau lah papa boleh putarkan kembali saat tu,sesaat pun papa xkan tinggalkan kamu.tapi ,semua ni dh takdir nak.papa xkan selama2nya akan bersama kamu.kirimkanlah doa utk papa.agar papa sentiasa tenang...ingat pesanan papa 

1.bila besar nanti,kejarlah ilmu agama melebihi dari ilmu2 lain sebab hanya dgn basic agama kamu akan faham apa yg sepatutnya kamu akan lakukan sepanjang hidup kamu.

2.jaga solat walau dimana kamu berada sebab hanya org yg bersolat shj yg akan mempunyai jati diri yg kuat.pendinding segala anasir kejahatan.

3.sentiasa mengagungkan ALLAH,mengutamakan suruhan agama & yg penting jgn sesekali !jangan sesekali menderhakai ibu kamu.turuti lah segala suruhan ibu selagi ianya tdk bertentangan dgn ajaran agama.

4.dan bila sampai jodoh kamu,taatilah suami kamu kerana saat tu syurga kamu bkn lg ditelapak kaki ibumu,sebaliknya suami mu lah yg akan menentukan syurga&neraka bagi kamu.pilih lah lelaki yg mn boleh membimbing kamu hingga ke jannah.
itu saja pesanan papa,mungkin surat ni akan sampai pada kamu bila kamu besar nanti.
yang benar,

(papa,fri 19/07/2013. 04:05am)

Nukilan untuk Sofea&Marissa


kamu lahir suci,kamu lahir kecil.bila kamu dah besar,apa kamu akan turuti,segala perintah mama?segala arahan papa?dr kecil kamu kami tatang,bagaikan mengendol minyak panas.bila tumpah,papa yg akan melecur.mama yg akan sakit.
sofea,marissa
mama marah bkn mama benci,papa pukul bkn papa benci.nenek bebel bkn nenek benci,aki teriak bukannya aki benci.semua org syg kamu.bila salah dr kamu tiada,terasa sunyi.kami rindu.rindu dgn telatah nakal kamu.jgn nakal sgt ye syg..


sofea,
ni harapan papa.bila kamu besar,jgn sesekali derhaka pada mama kamu.papa tdk setinggi mama kamu darjatnya.syurga kamu sentiasa dibawah kaki mama kamu,selagi jodoh kamu belum sampai.sama jgk dgn adik kamu,jgn sesekali kamu gaduh.jaga adikmu elok2.kedua2 kamu papa syg,xpernah papa asingkan.bg papa,kamu sgt2 papa syg.puteri2 papa yg akan semakin besar..


marissa,
kamu lain sket dr kakakmu sofea.papa tengok kamu lebih suka diam.ceria selalu.papa suka cara kamu,sentiasa senyum walau dlm tdo,kamu tetap senyum bila papa usik.papa suka kacau,papa suka tengok pipi tembam kamu sewaktu kamu damai dibuai mimpi.bila besar nanti,berjasalah.papa tahu,kamu 
kamu mesti jadi seorg budak yg baik bila besar nanti,cari ilmu tu elok2.papa tdk akan selamanya akan dpt kawal kamu.sampai masa,papa akan pergi...begitu juga dgn mama kamu.jadi,kamu papa nak biar selalu bersatu dgn kakakmu.jgn sesekali terasing dgn darah daging.darah kamu,darah papa & mama.jika sygkan kami,dengar cakap papa.


sofea & marissa :
ni nukilan dr papa,ketika ni kamu dh enak melayan cerita dlm mimpi kamu.papa sentiasa doakan kamu berdua,papa akan sentiasa awasi kamu berdua.percaya ckp papa,dlm proses pembesaran kamu nanti terlalu banyak yg perlu kamu pelajari.semua bergantung pada jati diri.serong kanan,serong kiri kamu mesti tahu.jgn sesekali tersalah pilih..ok,anak2 papa,suatu hari nanti akan ada org sampaikan pesanan papa ni nanti.insyALLAH.ketika ni kamu masih xtahu apa2,apalagi nk baca nukilan papa ni.ye syg,nanti jgn lupa doakan papa.bila papa dh xde nanti,jagalah mama kamu.papa paham sgt2 mama kamu tu,dia marah dia bukan benci.xmcm papa,sesekali papa marah,papa akan marah dgn didikan sekali yg hinggap dikaki kamu.ingat,jgn derhaka pada ibu,cintai agama.junjung setinggi2nya kalimah syahadah.jagalah syahadah kamu "sesungguhnya tiada tuhan yg disembah melainkan ALLAH"..
(papa :14/07/2013,02:44am)

Kelahiranmu ...

alhamdulillah,
si adik sudah pulang
sofea xlepaskan peluang,diusapnya
digosoknya,dicuitnya si adik
gelagatnya membuatkan aku tersenyum
si adik pula seakan-akan faham
dgn reaksi pelbagai mimik
semasa di hospital,semua org memuji
tiada yg mencaci,kerana
dia kurang menangis,kadang2 hanya gerakkan bibir utk susunya
indahnya anugerah,sama seperti hari pertama sofea dilahirkan
suaranya seperti tdk ternilai,tersangat mahal
jadi,xheranlah ramai jiran-jiran yg tdk perasan
akan kehadiran ...
kini,
terasa diri ini semakin yakin,semakin kuat
bila kami sudah berempat.
selamat datang,selamat pulang puteriku
"PUTERI YASMIN MARISSA BT SYAMSUL"

(sempena kelahiran puteri ke-2)