Monday, 30 December 2013

30/12/2013

SEPET NAK KAWIN PART (2)
-----------------------------------
lepas keje tadi aku ke rumah mentua aku, main-main dgn si bulat & sepet.masa aku bukak pintu,aku tengok si bulat duk berdiri.lama la jugak,lepas tu pelan-pelan dia try jalan.wahhhh !!!si bulat dah boleh melangkah,dah semakin membesar.well done marissa !
sepet pulak masih mengadu sakit kepala,tapi kali ni aku tahu sakit kepala olok-olok.dia cuba nak cari point nak balik tido ngan aku la tu,paham sgt dah.ibu & bapa mentua aku duk layan tv lalu aku ambil si bulat main-main kat kerusi rehat.tiba-tiba sofea meluru datang..
"papa,papa boleh la..sofea nak kawin dgn papa jugak"
seluruh isi rumah gelak sakan.kalau kerusi tu pun boleh gelak,aku gerenti diorang pun turut gelak dgn permintaan si sofea tu.
"mana boleh kawin dengan papa la sayang..sofea kan anak papa,papa xboleh kawin dengan sofea.HARAM hukumnya HARAM" terpaksa aku terangkan bab hukum-hakam pada sofea.
"boleh la papa,sebab sofea nak duduk ngan papa sofea nak sayang papa sampai bila-bila"
nampaknya dia masih faham apa yg aku terangkan tempohari,
*kawin-kena ikut suami.
"ok.dengar sini papa nak cakap"
sambil aku tarik muka dia,pandang mata sepetnya dalam-dalam.
"nanti sofea besar,sofea akan kawin.tapi bukan dengan papa,sofea kena kawin dengan org lain.sofea boleh sayang papa sampai bila-bila tapi sofea tak boleh kawin dengan papa sebab papa kan dah kawin dengan mama. kan ?"
"ala papa itu dulu,masa tu sofea xde lagi.sekarang sofea dah ada jadi boleh la sofea kawin dengan papa"
ibu & bapa mentua aku gelak sakan depan tv dengar telatah sofea duk pujuk aku.aku dah buntu,dah xde jawapan nak bagi biar dia faham.nak cakap bab hukum-hakam pun dia masih kecil,masih xfaham.
sebab malas nak layan,neneknya menyampuk dari jauh..
"ok2 dah2 nanti cakap kat mama sofea nak kawin dengan papa"
lawak betul sepet malam ni,xhabis-habis dengan telatahnya yg comel.

lepas tu,
aku minta diri.sepet cepat-cepat tunggu depan pintu.aku dah agak dah..
"nak balik tido ngan papa"
"ok jom,cepat masuk keta.duk belakang sebab kat depan dah penuh dengan barang-barang"
sepet terus berlari ke keta, entah apa yg ditakutkan.
"papa,sofea takut"
"takut ape?"
"ada hantu"
"kat mana?"
"atas pokok"
aiii budak ni,kalau betul ada hantu atas pokok tu,grenti papa yang lari dulu
hahahahhaa
ni mesti pengaruh tv,xpun pengaruh mimpi.
sampai rumah,
macam biasa..
"papa bukak tv.sofea nak tengok kartun"

macam ni lah kami hari-hari.
mesti tak sunyi dengan telatah
sepet si buah hati.
sepet lah penyeri,sepet jua lah penyejuk hati.

:)

Sunday, 29 December 2013

29/12/2013

SEPET NAK KAWIN
-----------------------
majlis akad nikah adik aku tadi berlansung di masjid kampung aku dan aku sebagai saksi di sebelah pihak adik aku wajib hadir dalam majlis tu.seperti biasa,sepet mesti ada di sisi aku.
pada mulanya sepet diam mungkin sebab belum biasa dan belum kenal sanak-saudara adik ipar aku yg dipanggilnya paksu.
masa paksu duk tengah mengadap & mendengar khutbah dari imam,sepet dah mula buat hal.berlari-lari disegenap ruang masjid dengan sepupunya.bila aku panggil dia buat-buat tak tahu,lalu aku pujuk dia perlahan-lahan,aku pegang sambil usap-usap rambutnya..
"papa,kenapa paksu duk depan pakcik tu?"
"sofea,kalau sofea nak tahu kejap lagi paksu akan jadi suami ciksu.lepas ni ciksu akan ikut paksu pegi jepun,xboleh duduk dgn tokma dah.macam tu jugak sofea bila besar nanti,sofea kawin lepas tu sofea xleh duk ngan papa dah."
"kenapa sofea xleh duduk dgn papa ?"
"sebab bila sofea dah kawin nanti,sofea kena ikut suami sofea dah.macam ciksu jugak,nanti ciksu akan ikut paksu...."
aku menambah lagi,saje nak usik dia nak tengok apa jawapan dia.
"nanti sofea besar,sofea nak kawin dgn sape??"
dia jawab,
"nak kawin dengan papa la !"
tergelak sakan aku,sambil cover pelan-pelan sebab aku duduk dlm lingkungan depan imam yg sedang berkhutbah.

tapi aku betul-betul terharu dgn jawapan dari sofea sebab ;
*nak kawin dengan papa la !
kawin-kena ikut suami.
itu maksud yg dia faham.

bermaksud pada fahamannya,
selamanya dia xmahu terpisah dari aku
selamanya dia nak ikut aku
selamanya hanya
dia & aku..

Thursday, 19 December 2013

20/12/2013

KAMI BUKAN ORANG JALANAN
-------------------------------------
tengahari tadi sepet temani aku lunch .kedai makan yg biasa aku lepak dah tak asing lg bagi dia.peniaga-peniaga kat situ pun dah kenal sepet.oleh kerana aku tiba di town agak lewat,so terpaksa aku lunch berdua sahaja dgn sepet .kawan-kawan aku semua dah kenyang.tadi masa dalam perjalanan,sepet dah habiskan wafle kegemarannya.jadi,memang aku je sorang-sorang makan.
"sofea nak order ape-ape tak?nak air ape?"
"sofea dah kenyang"
masa aku tengah makan,sofea cuba ajukan aku beberapa soalan.aku cuma nak highlight kan kat sini satu soalan dia aku fikir agak mencabar minda aku utk menjawab.
"papa,dulu papa kecik kan?kenapa sekarang papa dah besar??sebab dulu-dulu papa sekolah lama sangat ke??"
hmmmmm.aku diam sejenak.dlm hati aku fikir mcm2 jawapan.kalau boleh,kali ni aku nak bagi jawapan yg agak bermanfaat utk dia.
"ooh,dulu memang papa kecik.skrg papa besar sebab papa suka makan nasik banyak,papa suka minum air banyak.sebab tu papa besar"
"kalau mcm tu,kenapa sofea xbesar-besar?dari dulu sofea makan.xbesar pun"
adoi,terdiam aku.mcm mn la aku nak jawab...
"haaaa,kalau sofea nak cepat besar sofea kena banyak minum air milo."
lantas,
dia terpandang air milo panas aku kat depan.
"papa,nak air"
aku senyum.nak gelak bimbang kantoi plak
(hahahaha gelak dlm hati sudah)
menjadi jugak trick aku.

ada lagi,
pernah jugak org tanya aku macam-macam.
"sol,aku tengok ko selalu bawak anak kau lepak.xkira siang atau malam"
"sol,anak ko ok ke kalau balik lewat-lewat malam.ko selalu bawak dia ke stall burger .lepas kerja ko bawak plak lepak kedai makan"

ye,
orang boleh cakap aku macam-macam.tapi pernah ke diorg terfikir apa maksud tersirat disebalik apa yg aku buat ???
aku ni peniaga jalanan,
kalau boleh aku nak anak-anak aku tahu macam mana papa diorg cari nafkah.sumber nafkah,tempat cari nafkah.sekurang-kurangnya bila diorang besar nanti,diorg tahu yg papa diorg keluar rumah bukan utk mencuri,bukan utk merompak.
aku masih ingat,
masa aku kecik-kecik dulu aku selalu temankan ayah aku hantar mee ke kedai-kedai makan.mak aku bangun pagi-pagi siapkan bungkusan.
alhamdulillah,
bila besar kami 6beradik xpernah lupa akan setiap kenangan.bertapa susahnya kami semasa dalam proses pembesaran.

sofea,
inilah lukisan cerita kisah papa.
karya cinta papa.
[papa 19/12/2013 thu 04:35pm]

20/12/2013

SEPET & TV
---------------
"tu la ,
sape suruh tido time layan kartun."
tadi sepet terlelap depan tv
sekarang dia dah bangun,tanya aku
"papa mana cerita yg sofea tengok tadi??"
hahahahaha lawak.
aku pun xtahu cerita kartun ape yg dia tonton sebelum dia terlelap tadi.
tu pun nasib baik aku terperasan yg dia terlelap,so aku terpaksa kejutkan dia utk ke toilet.
mana la tahu,musim-musim hujan ni dibuatnya kencing malam aku jugak yg susah.
sebelum dia terlelap tadi,aku sempat jugak layan borak-borak dgn dia depan tv.
"sofea,budak kecik yg comel tu nama sape?"sambil aku tunjuk ke arah skrin tv.
"mya sara" dia jawab spontan.
"budak laki tu?"
"haikal"
wahhhhh...kalau benda yg dia minat cepat je hafal.aku uji lagi ;
"sofea,tolong bacakan doa makan kejap papa nak dengar"
selamba je dia jawab,
"mana ada makanan,ni kan tengah tengok tv"
aku usik lagi sebab belum puas hati.biasanya kalau dia banyak alasan ,maknanya dia xpandai nak jawab la soalan aku tu.
"cepat la.kalau sofea xbaca doa makan papa off tv"
bila dengar je nak off tv,cepat-cepat dia baca doa makan.
biasalah,budak berumur 4thn.sebutannya mungkin agak 'lawak' tapi yg penting maksudnya tercapai.
maksud aku,dia tahu mana pendahuluan diikuti rangkap-rangkap sehingga pengakhiran.
"ok dah2,jom kita masuk tidur.dah lewat ni,esok papa nak bangun awal"
dia tidak membantah,mungkin rasa ngantuk dia tadi belum lagi hilang.
sofea ni cukup senang ,
kalau nak tidur dia cuma mahukan pelukan.
pernah sekali aku cuba ,
aku buat-buat peluk kemudian aku tarik tangan aku sorok bawah bantal
lepas tu dia terus buka mata, tarik tangan aku dan peluk tangan aku erat-erat.
tak mahu lepas.
mungkin dia rasa lebih selamat
bila sentiasa dipelukan aku.
seorang insan yang bergelar
PAPA ;)

Wednesday, 18 December 2013

17/12/2013

SEPET SAKIT GIGI 
---------------------
sebaik aku tiba rumah mak aku,sepet terus meluru peluk aku.belum sempat pun lagi aku melangkah masuk.tiba-tiba dia nangis
"kenapa ni sofea ???"
"sakit gigi"
"sakit gigi ke rindu papa ni???"
"sakit gigi"
kesian,rupanya dia betul-betul sakit gigi.sambil dia nganga tunjukkan bukti.
"ok,kejap lagi kita balik rumah nenek.sofea makan ubat yg papa beli haritu.ye"
dia mengangguk tanda faham,xbanyak cakap macam selalu.
kemudian aku cuba labuhkan badan depan tv.penat pun belum hilang lagi sebab sepanjang harini aku busy.seharian aku di kota bharu,selesaikan tugasan aku sebagai suami.
sofea diam sambil hisap ibu jari,layan tv.
"sofea rindu marissa x?"aku cuba mencelah.
dia angguk.
"rindu"
adik aku cakap dalam tempoh dua harini,dia asyik cakap rindu adik,rindu adik.
kebetulan,marissa jugak kurang sihat.dia demam sejak semalam.

kami pulang...
sampai je rumah nenek,sofea terus mencari adik.dipeluknya dicium adik seakan terpisah bertahun-tahun.gelagat marissa pun sama.senyum,terus bagi isyarat macam selalu.isyarat yg diorg je yg faham.
aku suka tengok gelagat diorang .
sofea menyorok dari jauh,
kemudian sergah
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
melompat-lompat si marissa keriangan.

si sepet dah hilang sakit gigi
si bulat pun dah hilang demam .

sekarang baru aku faham maksud tersirat disebalik ayat ;

" PAPA,UBAT SAKIT GIGI SOFEA TERTINGGAL RUMAH NENEK "

*tak perlu jumpa pakar ,
cuma jumpa adik .

Thursday, 12 December 2013

13/12/2013

BERMUSAFIR DEMI ANAK
-------------------------------
pernah suatu ketika aku didatangi seorg musafir utk membeli sebiji burger.mula-mula dia merenung menu serta harga.hati aku mula terdetik sejak kali pertama menatap mata pakcik yg berkulit gelap tu.
"nah,ni burger nya pakcik.boleh saya tahu pakcik ni dari mana?"
sambil makan dia menceritakan sedikit kisah sehariannya dan menggelarkan dirinya sebagai "pok".
"pok datang dari dungun dik,datang sini nak jumpa kawan lama pok yg dulunya bekas MB.pok nak mintak sedikit bantuan utk anak pok baru saja diterima melanjutkan pelajaran di politeknik dungun,terengganu.tapi pok sedih,xdapat jumpa kawan pok tu sebab dia xde kat rumah.pok dtg sini dgn bas,tu pun sebab kawan pok driver bas tu.jadi,pok dapat tambang yg murah.cukup sekadar bagi nya utk minum kopi"
hati aku makin sayu..
"pok seharian xmakan,nasik pun belum jumpa lagi.dalam perjalanan tadi pok hanya makan keropok lekor goreng rm2"
mungkin dia nak meyakinkan aku lagi,dia keluarkan helaian surat tawaran lanjutan pelajaran anaknya tu.
"ni bukti pok xmenipu,kalau adik xpercaya lagi.ni ic pok"sambil dia keluarkan ic.
"takpelah pakcik,saya percaya cakap pakcik.sejak mula-mula saya tengok mata pakcik saya dah dapat rasakan keikhlasan hati pakcik"
hati aku makin sayu bila aku tengok pakcik tu termenung.jiwa aku tersentuh utk menolong pakcik tu setakat yg mampu..
"jadi,pakcik nak balik dungun naik ape ni?skrg dh jam 08:00 mlm"
"pakcik dah janji dgn kwn pakcik driver tu ,dia cakap nak ambik pakcik kat depan sana jam 11 mlm.pakcik tggu je kat sini"
masa tu aku teringatkan seorg kwn aku yg kebetulan malam tu nak ke dungun.kebetulan,kwn aku tu pun pelajar politeknik dungun.cepat-cepat aku telefon budak tu.alhamdulillah dia setuju...
aku perhatikan pakcik tu,sambil dengar segala luahan dan kisah hidupnya.pakcik tu keje sbg jaga keselamatan.dlm beg sandangnya masih terlipat elok baju keje nya.bermakna,pakcik tu dtg ke sini selepas waktu keje.
(dalam hati aku menagis)
pelan-pelan aku lipatkan sekeping note.aku masukkan ke dlm poket baju pakcik tu.namun dia menolak sekeras-kerasnya tangan aku.kami bagaikan berdolak-dalih.dan akhirnya kemenangan berpihak aku.dgn tidak dirancang,pakcik tu menangis ....dia tunduk ke bumi .aku yakin,hatinya sayu.
keadaan sunyi sejenak.
sebaik kawan aku tadi tu tiba,aku perkenalkan pakcik tu pada kwn aku.pakcik tu xputus-putus ucapkan kata syukur dan terima kasih kerana sudi menolong.
part yang paling terharu ;
bila mana pakcik tu peluk aku masa kami nak berpisah.mungkin dia tiada apa yg boleh dia bagi cuma tinggalkan sekeping kertas yg tertulis alamat rumahnya.tapi satu benda yg aku sempat mintak,
"pakcik,jaga diri baik-baik.cuma satu je yang saya mintak dari pakcik.
doakan saya agar saya temui jalan hidup saya.doakan utk kesejahteraan keluarga saya.doakan agar saya bahagia"
selamat tinggal pakcik.

*untuk pok,
saya bangga dgn pakcik.saya sendiri pun mempunyai anak tapi saya belum yakin & pasti samada saya dapat menjadi sehebat pakcik suatu hari nanti.hati mu sungguh suci wahai pakcik.keikhlasan mu dapat dirasai...

*untuk anak-anak pok,
hargailah pengorbanan ayahmu.kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai mati.belajarlah bersungguh-sungguh sepertimana tingginya harapan ayahmu.kejarlah ilmu sejauh perjalanan ayahmu...

-pok dalam kenangan.suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi.

Sunday, 8 December 2013

SEPET & PANTAI.

Sejak dari sepet kecil aku suka bawak dia lepak-lepak di pantai.kadang-kadang bila takde teman untuk meluncur,sepet lah yang selalu temani waktu petang aku.dia lah penjaga beg sandang,pembekal air minuman dan juga penjaga barang-barang aku.sepet tak banyak karenah bila di pantai sebab dia suka main istana pasir.jadi,tak ada masalah bagi aku untuk meluncur sambil-sambil perhatikan sepet dari jauh.
suatu petang,
lepas aku penat meluncur,aku kembali ke tepian pantai untuk rehat-rehat bersama sepet.mungkin sebab dia perasan yang aku dalam kepenatan lantas dia hulurkan air 100 plus yang selalu aku bawak.
"papa,nah minum air ni."
aku tersenyum dan terus minum air yang dia bagi tu.hilang penat aku bukan kerana tenaga dari air tu tapi sebab perhatian dari seorang anak.
"sofea main ape ni?buat istana pasir ye?nak papa tolong buatkan ke?"
dia tidak menjawab ,cuma senyum sambil tangannya tak henti-henti mengorek pasir pantai utk dijadikan bahan binaan istana pasir idamannya.
aku masih ingat,sewaktu sepet masih tidak pandai bertatih dia sangat takutkan ombak.masa tu dia masih di ribaan aku.nak merangkak pun tak pandai.aku cuma letak kakinya ke dalam air ,cepat-cepat dia angkat.mungkin takut atau sejuk.
aku ni memang jenis suka kenakan dia,aku bukak pampers bogelkan sepet lantas aku rendam budak tu dalam air masin.menangis bagai nak rak.gelak sakan aku tengok gelagat dia yang takutkan air laut.
itu dulu,cerita lama.
sekarang pantang diajak ke pantai.mesti nak main papan,nak berenang dan dah pandai ajak mandi kat tempat air yang dalam.dah tak suka main-main di tepian.
cepatnya masa berlalu......
dari takutkan ombak
kini mula mencintai ombak
tapi maafkan papa sofea,
sejujurnya papa tak suka kamu menjejaki langkah papa.
cukuplah kamu sekadar
mencintai keindahan pantai.
terokailah isi lautan,
bukannya mencari di mana datangnya ombak...

Thursday, 5 December 2013

06/12/2013

MASA UNTUK BERMANJA
------------------------------
lpas lunch,aku luangkan masa bersama sepet & bulat.sepet dgn telatahnya manakala si bulat bermain-main di riba.masa tu dia tengah main tudung ubat.disuapnya tudung tu ke dalam mulut aku,
suap ambik,suap ambik.
mcm tu lah gelagat si bulat.
tiba-tiba datang idea nak kenakan dia.aku saje nak tengok reaksi dia.
"haaaaa...ape niiii" aku tinggi kan suara konon-konon marah.
aku tengok dia tunduk.aku ulang lagi perkara yang sama.
tak lama lepas tu,mimik muka dia berubah.bibirnya bergerak-gerak macam tak tahu nak cakap.gagap.
lantas nangis.
kesiannya,menangis teresak-esak.lekas-lekas aku peluk tenangkan dia.manja jugak budak ni.time macam ni la terasa macam kami akrab.air matanya xhenti-henti kat bahu aku.
aku cuba pujuk dengan lembu,
tengok itik
xelok jugak.last-last aku jadi badut,jadi ninja,jadi kuda.macam-macam.
baru ada perubahan.
dan masa aku nak balik,nenek dia datang.dia memang rapat dengan neneknya sejak lahir.tapi kali ni aku tengok dia macam sedikit was-was samada nak ikut nenek atau nak ikut aku.kejap ke kiri,kemudian berhenti.kejap ke kanan kemudian berhenti lagi.
untuk tenangkan keadaan,aku segera pulang.
dalam hati aku terbisik sorang-sorang ;
"xpelah marissa,papa faham.asalkan kamu kenal papa,tahu siapa wali kamu sudah .papa akan sentiasa menunggu kamu membesar,ada sesuatu yang papa nak hadiahkan"
*kasih & sayang.

Tuesday, 3 December 2013

RAKAN KARIB

Sofea,
marissa;
papa suka picture kamu ni.nampak sangat akrab.besar nanti papa harap kamu akan seakrab ini.
jangan sesekali kamu sakiti antara kamu.
ingat ye sayang,
papa sayang kamu....

SOFEA BELAJAR MENULIS

masa ni sofea belajar menulis dengan cik su kat rumah tokma.tulisan kamu sangat seni bagi papa.biarpun umur sofea baru 4 tahun lebih.tahniah nak,belajar rajin-rajin.banggakan papa kelak.

04/12/2013

CATATAN PAPA TENTANG SOFEA .
04/12/2013
-----------------------------------------
harini kamu nakal.banyak karenah.penat papa tp papa xkisah sebab kamu sentiasa ada dalam hati papa.tanpa kamu,sepi lah papa.tanpa kamu,sunyi lah papa.
tengahari tadi;
papa datang jenguk kamu.masa tu sofea tengah makan.sombong ye,xhiraukan papa lansung.takpelah papa faham,sofea mesti lapar sangat masa tu.tapi lepas makan tu,sofea xnak kemas pinggan.jenuh nenek,jenuh papa suruh.tapi sofea buat tak tahu bila papa suruh angkat pinggan tu,bawak ke dapur.jangan biarkan di tempat kamu mkn tu.berapa kali papa nak cakap?lepas tu,sofea marah sebab papa marah kamu.sofea baling gelas tu.nasib baik gelas tu gelas plastik.papa naik darah..
maaf nak,
bukan niat papa nak sakitkan sofea.papa pun xsuka pukul anak-anak papa.papa kesal .tapi sebab niat papa cuma ingin mengajar sofea.apa yg papa larang,jangan buat.tapi sofea degil.selalu buat nenek marah.selalu buat papa marah.
malam tadi;
papa tengah sibuk kerja.masa tu papa banyak order.tiba-tiba papa dengar suara sofea panggil papa.terkejut papa masa tu sebab sofea datang dgn che 'in.tapi yg paling papa risau,sofea duduk dalam raga motor tu.bahaya la sayang....
papa xnak merisiko kan anak-anak papa dengan cara tu.tapi papa faham,kamu rindu papa.begitu juga papa,xpernah sedetik pun papa lupakan kamu dua beradik.sofea kena faham tu,papa kerja la sayang...
masa kat kedai,mula-mula kamu cool.tapi papa dah masak sangat dah dengan perangai kamu.satu-persatu kamu usik.lepas mintak tu,mintak ni.macam-macam.tapi papa suka cara kamu sebab kamu sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru.
sofea,
ini catatan papa tentang kamu untuk sepanjang hari ini.mungkin apa yang papa buat ni akan menjadi bahan bacaan kamu nanti.atau mungkin,masa tu ..
papa dah jauh pergi..
banyak lagi tentang kamu yang papa catatkan.sila cari bila besar nanti.
*harini kamu sakit gigi.
[papa 04/12/2013 wed 01:25am]

Monday, 2 December 2013

14/05/2013

tadi sofea teman aku kerja,dtg sorg customer aku...
sofea:nok bego gapo be?(abg nak burger ape?)
customer:bego daging so(burger daging 1 )
sofea:bakpo? (kenapa)
lantas aku tengok muka customer aku lain mcm,nak gelak pun ada grrrrr
aku rasa budak sepet ni ada bakat jd wartawan nanti.

13/06/2013

sofea dh pandai mengadu mcm2,kdg2
bila aku dlm tertekan,
dia juga pandai tanya aku soalan yg aku kira agak mententeramkan.
aku peluk dia erat2,aku tanya dia balik
"sofea syg papa x?"lantas,dia peluk aku erat2 tanpa arahan.
oh,indahnya ciptaan tuhan,lahirkan perasaan.dan bagi aku tiada yg seindah dlm hidup aku,kecuali mempunyai zuriat yg paham,kdg2 aku penat,kdg2 aku perlu rehat.
tapi bila tatap mata anak,ia lebih menguatkan semangat.
skrg,
baru aku paham mcm mn rasanya perasaan seorg bapa.hidup xsemudah yg dijangka.
semua kita impikan yg indah2,semua kita nak.tapi kita perlu ingat,
"semua dah tersirat".
ini bkn sekadar coretan,ini adalah pedoman.

26/11/2013

SEPET:papa kenapa sofea menguap banyak
AKU:sebab sofea xpuas tido kot
SEPET:bukan,sofea dah puas tido la
AKU:habis tu,ke sofea nak tengok kartun?
SEPET:(senyum)mmmm
*baik punya bahasa kiasan sepet,nasib baik aku ni pembaca fikiran budak.

26/11/2013

BENTUK-BENTUK PUJUKAN
---------------------------------
melayan karenah anak bukan senang.xkira anak lelaki atau perempuan.utk superdaddy,mesti korg tahu mcm mn nak layan situasi ni.setiap budak,lain yg diingini.contoh :
1.sepet susah nak bangun pagi.
*aku angkat letak depan tv.pasang rancangan kartun yg dia suka.maximumkan volume.grenti xsampai 5minit dia bangun secara otomatik.tapi seelok-eloknya bagi kita yg beragama islam,asuhkan dgn rancangan2 yg lebih berbentuk islamik.
2.sepet susah nak mandi pagi.
*aku buat-buat cerita yg aku ada keje.kalau dia nak ikut,dia kena mandi & pakai baju lawa-lawa.kalau dia xnak ikut,dia xpayah mandi.duk rumah sorg-sorg.
3.sepet susah nak tido malam.
*aku buat-buat ngantuk sgt-sgt.aku masuk bilik dulu sambil berpesan suruh dia tutup tv sendiri,tutup lampu sendiri,tutup kipas sendiri.tapi,jgn la sampai korg betul-betul terlelap.bahaya kalau-kalau dia betul2 off sendiri segala plug.hati-hati.
4.sepet susah nak makan tengahari
*aku suapkan.paksa dia makan."rasuah" dia dgn aiskrim.kalau dia xhabiskan makanan,jgn beli lg aiskrim.lepas mkn,bagi la dia hadiah sebatang aiskrim.

KHAS UNTUK SUPERDADDY,
"let your child be your bestie"

:)

27/11/2013

PEMBANTU KEDAI
----------------------
masa break magrib tadi,aku ke rumah mentua aku hantarkan spring baru untuk buaian marissa sebab spring yg lama dah rosak.macam mana aku boleh terlupa belikan pen yg dipesan sepet siang tadi.jadi,memang dia ada alasan yg kukuh utk follow aku ke kedai.alasannya,nak beli pen.dia suka pen,suka conteng-conteng pakai pen.nak tak nak,aku terpaksa bagi dia ikut aku ke kedai.dari awal-awal aku dh agak,mesti banyak karenah.xpelah,anak punya pasal aku turutkan.
di bawah, aku sempat rakamkan pelbagai situasi si sofea sepanjang di kedai.plot-plot cerita,dialog-dialog yg sememangnya tak masuk akal.
situasi 1 :
seorg customer aku datang,lepas order dia bukak helmet.
rileks je sofea sound mamat tu,
"papa,kenapa kepala dia botak"
wakakkakaka aku gelak dlm hati,sambil aku jeling kat sofea.
"siap burger,siaplah kau sofea"(dlm hati)
situasi 2 :
ntah kenapa dia boleh borak dgn mamat botak tu td.
"pakcik order burger ape?"
pakcik tu cakap burger salut dgn telor.
sofea merancakkan lagi situasi,
"patutlah pakcik gemuk,suka makan telor"
aku tengok mamat tu rileks je senyum.aku terus minta maaf dekat mamat tu.
"siap burger,siaplah kau sofea" (dalam hati lagi)
situasi 3 :
kawan aku call nak order burger,masa tu aku sgt bz.
"hello,ko nak burger ape ?ok ,30minit lagi siap.aku bz ni"
aku letak fhone.
tiba-tiba sofea sound aku.
"papa,tak baik cakap "AKU".tuhan marah,nanti tuhan kerat lidah"
kali ni aku diam.
kaku.
kadang-kadang rasa geram,kadang-kadang rasa malu.macam-macam.
betul lah org cakap ,
kalau nak layan budak,kita kena jadi budak.
macam mana aku sewaktu kecil dulu pun aku tak tahu
sebab mak aku xpernah catat pasal aku.
mak jugak pernah cakap
boleh tahan jugak aku.
haha :)

27/11/2013

bangun pun si sepet.dari td aku tggu kt ruang tamu.
macam selalu dah memang habit
bangun tido mesti dia cari dada aku.
letak muka kt dada,peluk aku.
manjanya dia
kalaulah boleh dihentikan waktu,
aku xnak semua ini berlalu ..
biar sepet sentiasa ada dengan aku....

28/11/2013

SEPET THE PINKY GIRL
-----------------------------
ptg td hujan lebat.aku ke stall agak lewat.sampai depan stall,aku termenung dalam keta.dlm hati aku agak malas nak meniaga.sambil termenung,aku capai bekas syiling utk ambil kunci stall dalam bekas tu.heran aku sebab dlm bekas syiling aku tu ada sebatang pen kaler pink.baru aku ingat,bila flashback cerita semalam.

*flashback;
aku ke kedai runcit utk tunaikan janji aku pada sepet.mcm2 jenis pen dah aku rekemenkan,semua dia xnak sehinggalah terjumpa sebatang pen yg berwarna pink.lebih2 lagi dakwatnya pun berwarna pink.terus dia nak beli.
utk aku sendiri,cukup sekadar pen biasa yg berdakwat hitam.
lepas beli pen tu ,kami terus ke kedai makan.masa tu jugak sepet ambil peluang test drive pen barunya.suka sgt dia conteng buku.
tak lama lepas tu,aku tengok dia ambil pen aku.try plak pen aku tu.
kusyuk menulis seakan esok nak exam.
masa on the way balik ke rumah ,dia cakap dia berkenankan pen aku tu,dia cakap selesa guna pen tu.tapi xde plak dia mintak pen tu.dia just puji-puji cakap pen tu best la.macam-macam.aku dah agak dahhhhhh

*ooh rupanya sepet dah tukarkan pen hitam tu dgn pen pinky dia ni.patutlah ada dalam bekas syiling aku.
hahaha
bertuah punya budak.
dan sebab sebatang pen berwarna pink tu lah pembakar semangat aku ptg tadi.senyum sorang-sorang aku bila tengok pen tu.lepas tu,cepat-cepat aku bukak kedai,meniaga macam selalu.
sepet
itulah kamu.selalu buat papa tersenyum.

:)

01/12/2013

SEPET SAKIT PERUT
-------------------------
semalam,
lepas meniaga aku ambik sepet.kami dah janji nak tido sama.kami lepak kdi mkn layan char kuew tiaw sebelum balik.mula2 aku order 1,dia pun nak jugak sbb bdk ni memang suka mkn kuew tiaw / mee berbanding nasi.aku suruh dia order sendiri.saje nak kenakan dia sebab dia xpandai sgt nak sebut "char kuew tiaw".
"papa nak order mcm mn "
"cakap la nak charkuew tiaw 1"
"ok"sambil dia menghafal sebut char kuew tiaw beberapa kali depan aku.
aku tengok dia meluru ke mamat kuew tiaw tu sambil menghafal lagi.
sampai je kat mamat tu,
"bang,nak mee 1"
aku dah agak dah.hahaha.nasib baik kami regular customer kedai tu.mamat tu pn dah tahu yg sepet suka mkn char kuew tiaw.lepas mkn kami terus balik rumah.masa dalam keta tiba2 sepet buat hal.dia cakap sakit perut sgt2 nak oot oot.kelam kabut aku dibuatnya.makin aku laju makin kuat dia mengadu.
"cepat papa ,dah nk oot oot sgt2 dah ni"
aku cuba tenangkan dia.dah mcm driver ambulance dah aku bawak,nasib baik takde siren je keta aku tu.sampai je kat umah,terus aku bukak pintu dan bukak lampu tandas.fuh !!!macam2.xsampai 2 minit tiba2 dia panggil aku sambil berkias mcm selalu.
"papa,sofea belum mandi lg harini.papa tolong mandikan sofea kejap"setelah dia tengok ada baldi dlm toilet.sebab sepet memang suka mandi guna baldi,suka main air.
"ai,tadi cakap sakit perut sgt2.dah oot oot ke belum?"
"xjadi la papa.dah ok perut sofea,xsakit dah"
eeee...geram pun ada,td bukan main sakit perut.jarang sgt aku nk pecut keta tu mcm mac schumaker versi sakit perut.
"papa bz ni sofea,brg2 dlm keta tu papa blum angkut masuk rumah.sofea mandi la dulu.nanti dah siap ambik tuala ni.ok ?"
"ala papa ni ,jgn la bz bz.mandikan sofea la dulu.sofea nak mandi dgn papa ni"
hmmmm
layan je la.part yg paling best,jirusan terakhir air yg berbaki dlm baldi tu.suka sgt dia.part tu yg paling dia tggu.gelak sakan budak tu.lepas tu dia suruh pakaian baju pulak.siap nak pakai bedak.dengan aku sekali semalam dibedakkan sepet.
hadoi,

-sepet punya cerita-

july 24 2013

sofea teman aku lg mlm ni,rindu betul.sampai je dpn kdi terus dtg peluk aku.tenang.mcm dia faham.tp mcm2 ragam.biasa la bdk2,xde sunyi.ada asyik "gaduh" je ngan aku.dia buat hal masa aku byk order.ya ALLAH,geram xpayah nk ckp.aku biarkan .dia usik botol2 sos,main tulis2 kt kertas order sampai aku betul2 naik bengang,makin lama makin menjadi perangai bdk ni.mungkin sbb dr kecik aku selalu manjakan dia.aku sering jgk kena tegur dgn bapak mentua aku,sbb dia ckp aku xpernah nk marah anak.walau apa pun pandangan org,aku ada sbb & cara aku sendiri dlm mendidik anak.lpas je aku siapkan order,dia meragam.mungkin nak tdo.aku cuba ulek mcm selalu,dia nak aku dukung dia mcm kecik2 dulu.bayangkan,berat dia yg lebih dr seguni beras.aku turutkan.penat xpayah ckp,keje lg.layan dia lg.sampai tahap aku rasa mcm aku sekali turut nak tdo masa duk dodoi dia.xnak lelap2 jgk.meragam lg.last2 aku tersalah tggi kan suara aku masa nk letak dia lam keta.terus dia nangis sambil cakap "papa dah xsayang sofea"duk ulang2.basah kuyup bahagian depan baju dia ,dah mcm pesta nangis.ya ALLAH,penat sgt2.pujuk lg.lama jgk nk amek masa tenangkan dia,mcm2 teknik dh aku guna.xlama lepas tu,aku cuba tuk borak2 ngan dia.dgn serta-merta dia luahkan ...
aku tanya
"sofea xsyg papa lg ke?"
dia ckp
"sofea xsyg papa sbb papa xbelikan sofea beskal"
ya ALLAH bdk ni,aku masih ingat.mggu lepas aku bwk dia jln2.lalu depan kdi beskal n dia mtk aku belikan beskal nanti dia besar.aku hanya angguk,dan mungkin dia meragam mlm ni sbb terlalu nak kan beskal & merasakan dirinya dah "besar" utk kayuh beskal...
sekarang baru aku paham mcm mn bapak aku rasa dulu,masa tu aku pun turut ngamuk2 nak kan beskal yg ada raga kat depan.kitaran yg sama.itulah kehidupan.itulah LUMRAH.

Wednesday, 13 November 2013

Untuk Anak-anak Papa

anak-anak papa,
jika ini adalah surat terakhir dr papa,
papa nak kamu tahu yg papa terlalu sayangkan kamu berdua.xpernah papa lupakan kamu.sedikit pun tdk tercoret dihati papa.walau semakin hari,kamu rasakan papa semakin jauh.Demi ALLAH,kamu berdua sentiasa dihati papa walau kemana papa pergi.kamu sentiasa dlm doa papa,papa rindu sgt nak hidup bersama kamu seperti dulu2.tp papa kena akur dgn ketentuan tuhan.percayalah cakap papa,kamu akan faham bila kamu besar nanti.papa teringin sgt2 nak tengok kamu berdua membesar dlm pelukan papa,setiap hari papa akan kejutkan kamu dari tidur utk bagi susu.kdg2 kamu yg kejutkan papa,papa rindu saat tu.setiap malam,bila papa nk tido papa akan jenguk2 album kamu.papa akan peluk erat2 seakan papa ada disebelah kamu berdua.papa rindu sangat nk tengok kamu bermain2 di ruang tamu.mainan kamu yg sebakul dlm bilik tu papa dah simpan elok2.papa selalu kemas brg2 kamu,barangkali kamu akan pulang....
anak-anak papa,
seandainya papa pergi dulu,papa nak kamu tahu yg papa pergi dgn tenang.papa dh jumpa apa yg papa nak,maafkan papa jika selama ni papa banyak abaikan kamu berdua.kamu xkan faham apa yg papa alami ketika tu.papa xpernah minta dari tuhan seperti apa yg kamu tahu.mungkin bagi kamu,papa terlalu jahat masa tu.kalau lah papa boleh putarkan kembali saat tu,sesaat pun papa xkan tinggalkan kamu.tapi ,semua ni dh takdir nak.papa xkan selama2nya akan bersama kamu.kirimkanlah doa utk papa.agar papa sentiasa tenang...ingat pesanan papa 

1.bila besar nanti,kejarlah ilmu agama melebihi dari ilmu2 lain sebab hanya dgn basic agama kamu akan faham apa yg sepatutnya kamu akan lakukan sepanjang hidup kamu.

2.jaga solat walau dimana kamu berada sebab hanya org yg bersolat shj yg akan mempunyai jati diri yg kuat.pendinding segala anasir kejahatan.

3.sentiasa mengagungkan ALLAH,mengutamakan suruhan agama & yg penting jgn sesekali !jangan sesekali menderhakai ibu kamu.turuti lah segala suruhan ibu selagi ianya tdk bertentangan dgn ajaran agama.

4.dan bila sampai jodoh kamu,taatilah suami kamu kerana saat tu syurga kamu bkn lg ditelapak kaki ibumu,sebaliknya suami mu lah yg akan menentukan syurga&neraka bagi kamu.pilih lah lelaki yg mn boleh membimbing kamu hingga ke jannah.
itu saja pesanan papa,mungkin surat ni akan sampai pada kamu bila kamu besar nanti.
yang benar,

(papa,fri 19/07/2013. 04:05am)

Nukilan untuk Sofea&Marissa


kamu lahir suci,kamu lahir kecil.bila kamu dah besar,apa kamu akan turuti,segala perintah mama?segala arahan papa?dr kecil kamu kami tatang,bagaikan mengendol minyak panas.bila tumpah,papa yg akan melecur.mama yg akan sakit.
sofea,marissa
mama marah bkn mama benci,papa pukul bkn papa benci.nenek bebel bkn nenek benci,aki teriak bukannya aki benci.semua org syg kamu.bila salah dr kamu tiada,terasa sunyi.kami rindu.rindu dgn telatah nakal kamu.jgn nakal sgt ye syg..


sofea,
ni harapan papa.bila kamu besar,jgn sesekali derhaka pada mama kamu.papa tdk setinggi mama kamu darjatnya.syurga kamu sentiasa dibawah kaki mama kamu,selagi jodoh kamu belum sampai.sama jgk dgn adik kamu,jgn sesekali kamu gaduh.jaga adikmu elok2.kedua2 kamu papa syg,xpernah papa asingkan.bg papa,kamu sgt2 papa syg.puteri2 papa yg akan semakin besar..


marissa,
kamu lain sket dr kakakmu sofea.papa tengok kamu lebih suka diam.ceria selalu.papa suka cara kamu,sentiasa senyum walau dlm tdo,kamu tetap senyum bila papa usik.papa suka kacau,papa suka tengok pipi tembam kamu sewaktu kamu damai dibuai mimpi.bila besar nanti,berjasalah.papa tahu,kamu 
kamu mesti jadi seorg budak yg baik bila besar nanti,cari ilmu tu elok2.papa tdk akan selamanya akan dpt kawal kamu.sampai masa,papa akan pergi...begitu juga dgn mama kamu.jadi,kamu papa nak biar selalu bersatu dgn kakakmu.jgn sesekali terasing dgn darah daging.darah kamu,darah papa & mama.jika sygkan kami,dengar cakap papa.


sofea & marissa :
ni nukilan dr papa,ketika ni kamu dh enak melayan cerita dlm mimpi kamu.papa sentiasa doakan kamu berdua,papa akan sentiasa awasi kamu berdua.percaya ckp papa,dlm proses pembesaran kamu nanti terlalu banyak yg perlu kamu pelajari.semua bergantung pada jati diri.serong kanan,serong kiri kamu mesti tahu.jgn sesekali tersalah pilih..ok,anak2 papa,suatu hari nanti akan ada org sampaikan pesanan papa ni nanti.insyALLAH.ketika ni kamu masih xtahu apa2,apalagi nk baca nukilan papa ni.ye syg,nanti jgn lupa doakan papa.bila papa dh xde nanti,jagalah mama kamu.papa paham sgt2 mama kamu tu,dia marah dia bukan benci.xmcm papa,sesekali papa marah,papa akan marah dgn didikan sekali yg hinggap dikaki kamu.ingat,jgn derhaka pada ibu,cintai agama.junjung setinggi2nya kalimah syahadah.jagalah syahadah kamu "sesungguhnya tiada tuhan yg disembah melainkan ALLAH"..
(papa :14/07/2013,02:44am)

Kelahiranmu ...

alhamdulillah,
si adik sudah pulang
sofea xlepaskan peluang,diusapnya
digosoknya,dicuitnya si adik
gelagatnya membuatkan aku tersenyum
si adik pula seakan-akan faham
dgn reaksi pelbagai mimik
semasa di hospital,semua org memuji
tiada yg mencaci,kerana
dia kurang menangis,kadang2 hanya gerakkan bibir utk susunya
indahnya anugerah,sama seperti hari pertama sofea dilahirkan
suaranya seperti tdk ternilai,tersangat mahal
jadi,xheranlah ramai jiran-jiran yg tdk perasan
akan kehadiran ...
kini,
terasa diri ini semakin yakin,semakin kuat
bila kami sudah berempat.
selamat datang,selamat pulang puteriku
"PUTERI YASMIN MARISSA BT SYAMSUL"

(sempena kelahiran puteri ke-2)