Tuesday, 3 December 2013

04/12/2013

CATATAN PAPA TENTANG SOFEA .
04/12/2013
-----------------------------------------
harini kamu nakal.banyak karenah.penat papa tp papa xkisah sebab kamu sentiasa ada dalam hati papa.tanpa kamu,sepi lah papa.tanpa kamu,sunyi lah papa.
tengahari tadi;
papa datang jenguk kamu.masa tu sofea tengah makan.sombong ye,xhiraukan papa lansung.takpelah papa faham,sofea mesti lapar sangat masa tu.tapi lepas makan tu,sofea xnak kemas pinggan.jenuh nenek,jenuh papa suruh.tapi sofea buat tak tahu bila papa suruh angkat pinggan tu,bawak ke dapur.jangan biarkan di tempat kamu mkn tu.berapa kali papa nak cakap?lepas tu,sofea marah sebab papa marah kamu.sofea baling gelas tu.nasib baik gelas tu gelas plastik.papa naik darah..
maaf nak,
bukan niat papa nak sakitkan sofea.papa pun xsuka pukul anak-anak papa.papa kesal .tapi sebab niat papa cuma ingin mengajar sofea.apa yg papa larang,jangan buat.tapi sofea degil.selalu buat nenek marah.selalu buat papa marah.
malam tadi;
papa tengah sibuk kerja.masa tu papa banyak order.tiba-tiba papa dengar suara sofea panggil papa.terkejut papa masa tu sebab sofea datang dgn che 'in.tapi yg paling papa risau,sofea duduk dalam raga motor tu.bahaya la sayang....
papa xnak merisiko kan anak-anak papa dengan cara tu.tapi papa faham,kamu rindu papa.begitu juga papa,xpernah sedetik pun papa lupakan kamu dua beradik.sofea kena faham tu,papa kerja la sayang...
masa kat kedai,mula-mula kamu cool.tapi papa dah masak sangat dah dengan perangai kamu.satu-persatu kamu usik.lepas mintak tu,mintak ni.macam-macam.tapi papa suka cara kamu sebab kamu sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru.
sofea,
ini catatan papa tentang kamu untuk sepanjang hari ini.mungkin apa yang papa buat ni akan menjadi bahan bacaan kamu nanti.atau mungkin,masa tu ..
papa dah jauh pergi..
banyak lagi tentang kamu yang papa catatkan.sila cari bila besar nanti.
*harini kamu sakit gigi.
[papa 04/12/2013 wed 01:25am]

No comments:

Post a Comment