Friday, 24 January 2014

25/01/2014

SALAH ANGGAP
-------------------
sedang aku sibuk melayan pelanggan & siapkan order yg berlambak,tiba-tiba sebuah kereta berhenti depan stall aku.dia hanya order melalui tingkap pintu penumpang,malas nak turun dari kereta kot.aku layan je,tapi aku perasan dah banyak kali dia mcm tu.bila burger nya dah siap,aku yg hantar kan ke keretanya.time aku tak bz,no hal tapi klu time aku banyak order tu jd masalah nak kena amek order lg kemudian hantar.tapi demi pelanggan aku layan jugak.
kali ni,aku cuba suruh dia turun sendiri dari kereta.tapi bila aku panggil ,dia hanya senyum dan suruh aku yg hantarkan burger tu ke kereta nya.
dalam hati aku terdetik ingin tahu kenapa abang ni selalu tak turun dari kereta bila nak beli burger.
bila dekat dgn pintu keretanya,aku perhatikan mcm seat / tempat duduk nya agak lain dari kebanyakan kereta.entah kenapa lidah aku senang bertanyakan abg tu apa masalahnya bila tiap kali dia tak nak turun dari kereta.
"bang,boleh saya tanya ?abg sakit ke ?"
dia hanya senyum dan terangkan segala-galanya...

Allahurobbi,
rupa nya dia adalah Orang Kelainan Upaya (OKU).aku betul-betul rasa bersalah.lantas aku memohon maaf pada abang tu.
dia hanya senyum..
"xpe,adik belum tahu.adik xsalah ape2"

lepas abg tu pergi,
aku sedikit termenung.bertapa beruntungnya aku dgn apa yg ALLAH berikan,aku sempurna sifat tak mcm abg tu.tapi ketabahan dia dlm mengharungi liku-liku hidup adalah tahap yg paling tinggi.
Dan kerana itu,
aku dah faham maksud secebis kata-kata hikmah ,

"AKU MENANGIS KERANA TIDAK MEMPUNYAI SEPASANG KASUT SEHINGGALAH AKU MENEMUI SESEORANG YANG LANSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEPASANG KAKI."

20/01/2014

SEPET COVER MALU
-------------------------
masa balik dari sekolah tadi ,sepet temankan aku beli barang-barang.dari awal-awal lagi dia duk merungut sakit perut.aku cuba tenangkan sepet agar dia tak meragam nak "oot-oot".aku cuba setelkan hal aku secepat mungkin sebab kesian kan sepet yg sakit perut sampai muka nya kemerahan duk tahan hajat.
sampai je kedai frozen,parking plak penuh.terpaksa aku menunggu kereta lain keluar dari parking dulu.masa tu dia dah mula gelisah.

lepas je aku setel beli brg, aku terus ke kereta ,masa aku masuk dlm keta tu tiba-tiba aku terhidu bau yg memang aku kenal sangat.
fuh !!
tahan lama plak tu mcm perfume buatan paris ,betul-betul menusuk kalbu.

"sofea kentut ye ??"
"tak lah,mana ada.keta sebelah yg kentut."

sempoiiiii jawapan dia.
kakahkah !!

21/01/2014

MISTIK TENTANG AKU
---------------------------
satu kisah yg nak aku kongsikan,mungkin agak panjang tapi aku cuba tulis utk menjelaskan kebuntuan yg aku alami.kisah ini berkisar alam mistik yg pernah dan mungkin akan aku lalui.kerana buntu,lalu ku tulis bait-bait tentangnya..

aku baru saja mengenali seorg kenalan,atau mungkin ditakdirkan kami akan kenal.tadi,kebetulan dia singgah makan burger kat stall aku.masa tu aku tengah busy siapkan order,maklumlah musim sekarang aku hanya kerja 3jam sehari.itu semua aku akui kerana minat aku pada sukan luncur ombak.masa dia tengah makan ,dia ada bertanyakan aku pasal stall burger aku tu.dia nak kepastian samada ada lagi ke stall burger yg sama dgn stall burger aku dikawasan berhampiran / dlm lingkungan 1km dari jarak stall burger aku tu.memang takde,stall aku tu je satu-satu nya stall konkrit yg ada di kawasan tu.pada mulanya ,aku ingat dia nak tanya pasal nak memulakan perniagaan burger tapi lain pulak ceritanya...
lepas dia makan burger,dia tanya aku balik ;
"nak tahu kenapa aku tanya ko pasal stall burger ko tadi ??"
begini ceritanya....
kawan kpd kenalan aku tu pernah melalui depan stall aku kira-kira 2 bulan yg lepas,masa tu agak sunyi sebab dah lewat malam.jalan utama pun renggang,tiada penunggang mahupun kereta lalu-lalang.semasa dia betul-betul melalui depan stall burger aku,dia terkejut kerana ada penampakkan seorg tua yg berjanggut panjang berada betul2 dalam kawasan lingkungan depan stall burger aku .tak perlu lah aku cerita kan apa yg sedang di buatnya.sgt jijik...tiada wajah,cuma penampakkan macam berkain pelikat,sgt tua dan berjanggut panjang berada di dalam gelap.itu yg cuba diceritakan nya pada aku.mungkin dah lama dia ingin cuba ceritakan hal ni pada aku,cuma tidak berkesempatan.

sememangnya aku tidak terkejut dgn dakwaan nya sebab dulu aku pernah sekali di datangi seorg ustaz,dia imam di salah satu masjid kawasan tu.aku masih ingat,aku belum pun kenal lg ustaz tu.masa dia sampai ke kedai aku tu,aku terus ambil order tapi belum pun sempat dia jawab, dia terus membisikkan aku yg terdapat "sesuatu" yg xkena dgn stall burger aku tu.
MASYA ALLAH,
time tu jugak bulu roma aku meremang.tu masa 1st time aku dpt kabaran dari firasat seorg ustaz.sejak dari itu lah baru aku kenal ustaz tu.dia adalah salah seorg imam dan seorg pengamal perubatan islam.utk pendekkan cerita,ustaz tu berjanji akan cuba sedaya upaya utk membantu aku...

menurutnya ;
ramai yg tidak berpuas hati dgn perniagaan aku.ramai yg iri hati,jadi mereka gunakan cara syirik yg konon-konon nya akan melingkupkan perniagaan aku."benda" yg mereka tujukan adalah "debu-debu halus" yg ditanam pada pokok-pokok besar di sekitar kiri,kanan dan belakang kedai aku.

ustaz tu bagi aku "air tawar/air penawar" utk disiramkan seluruh kawasan tapak stall burger aku tu sbg "pagar /pendinding".sebelum proses tu ,aku diwajibkan mengadap qiblat sambil melaungkan azan.itu adalah cara halal utk menghalau syaitan yg direjam.
tapi
kali ni aku buntu,
entah apa lagi yg org tak puas hati
padahal,aku hanya berniaga di tepi jalan bukannya hasilkan projek-projek jutaan ringgit.
cuma apa yg aku hairankan,sejak kebelakangan ni aku sering dilanda resah & rasa macam diperhatikan.lagi-lagi bila aku berseorangan dan memang aku sentiasa keseorangan di rumah.

dulu aku akui,
aku memang tak ambil kisah sgt pasal benda-benda karut macam ni tapi kalau di kaji dlm Al-Quran pun ada tertulis yg "mereka" itu wujud.kita wajib percaya sebab mereka juga makhluk ALLAH .

*PERINGATAN !!!
cerita ni bukanlah cerita rekaan,namun jgn pula kita terlalu taksub dgn entiti yg tanpa bukti.aku akan anggap semua ni adalah dugaan dari ALLAH yg ingin menguji tahap keimanan,ketabahan aku dlm perniagaan.
cuma satu yg aku pegang ;
"sesungguhnya rezeki itu datangnya dari ALLAH"

demi rezeki yg halal,demi anak-anak
aku pohon doa kan aku
agar segera aku dapat tangani kebuntuan ini.

WALLAHUALAM....

Thursday, 16 January 2014

16/01/2014

SEPET DAN ABC
--------------------
lepas aku jemput sepet dari sekolah,kami terus ke pasar utk beli barang-barang keperluan.kerana aku agak lewat jemput sepet,aku belikan dia aiskrim sbg senjata utama agar sepet tak merajuk.
dia dah biasa temankan aku ke pasar beli sayur,kadang-kadang dia turut bantu aku.bila terlalu byk brg yg dibeli,dia selalunya ringan tulang utk bawa sekurang-kurang 1kilo daun salad.
tadi,lepas dia makan aiskrim aku belanja plak dia ABC (Air Batu Campur).

"Papa,air apa ni ?"
"ni lah ABC"
oooooooooo sambil-sambil dia usik apa yg terkandung dlm air tu.biasanya ada byk kacang,jagung dan pelbagai kandungan mengikut kreativiti si penjual ABC.
aku perhatikan sepet mcm hairan tengok air tu,lalu dia tanya aku lagi ..

"papa,mana ABC nya ?sofea xnampak pun ada ABC dlm air ni ??"
Ya ALLAH....
patutlah sepet tenung air tu dgn penuh kusyuk,rupanya dia tercari-cari mungkin abjad ABC dlm air tu .

jadi,
lagi sekali aku terpaksa menjadi saintis akalan utk jelaskan maksud sebenar Air Batu Campur pada sepet agar kemusykilannya tidak berlarutan sehingga malam kemudian mengganggu emosinya ke tahap paling tahyul apabila yg disangka nya ABC tu adalah abjad yg terkandung dlm
AIR BATU CAMPUR 
kah !

14/01/2014

SEPET MENGENAL BENTUK
---------------------------------
balik keje tadi aku lepak-lepak dgn sepet.masa tu dia tengah menghafal sesuatu yg dipelajari nya di sekolah.
"papa,bulat tu apa"
aku jawab "circle"
"kalau segi empat?"
"square"
"segitiga papa ?"
"triangle"

lepas tu dia duk asyik ulang benda yg sama,
"circle,square,triangle,circle,square,triangle"
dia duk sibuk hafal yg bahasa inggeris.mungkin dia dah confident sgt yg dia boleh mengingat maksud dalam bahasa melayu.jadi,macam biasa lepas ajar aku akan terus uji.nak tengok samada dia ingat atau tidak apa yg aku ajar tadi.

"sofea, square tu apa?"
"segi empat"
"triangle ?"
"segitiga "
hmmmm aku masih xpuas hati.lalu aku tanya soalan last ;
"ok,circle ???"
masa tu aku tengok dia macam termenung sejenak,mungkin tengah flashback.

hhmmmmmmmmm...

"SEGI DUA "
kahkahkahkah satu rumah pecah perut dengar jawapan sepet.
aku dah agak dahhhh.agak logik jugak la jawapan dia tu
kah !

Sunday, 5 January 2014

04/01/2014

KEDAMAIAN SI ANAK NELAYAN.
-------------------------------------
bila petang aku selalu santai di pantai,bukan sekadar bermain ombak tapi utk menikmati ketenangan & kedamaian alam ciptaan Tuhan.untuk hujung minggu,aku akan lepak bersama kawan-kawan yg sejiwa,taksub pada permainan luncur ombak.
petang semalam,
kami jumpa port baru di sebuah perkampungan nelayan di sekitar tempat kami.tempat tu pernah masuk tv sebab telah dilanda ombak besar pada musim tengkujuh beberapa tahun yang lepas.memang cantik ombak di kawasan tu,sangat berpotensi untuk sukan luncur ombak seperti SKIMBOARDING.
petang tadi aku kesana lagi,sementara menunggu kawan-kawan aku sampai,aku lepak sorang-sorang di tepi pantai sambil menikmati angin petang.
tiba-tiba aku didatangi sekumpulan anak-anak kecik sebaya anakku,si sepet.kelihatan mereka sedang riang bermain-main dengan keindahan pantai tempat kelahiran mereka.ada yg berbaju comot,tidak berselipar sambil menggenggam gula-gula.
"bang,papan ni abang beli berapa ringgit ?"
aku senyum,
"murah je dik"
macam-macam diorg tanya aku pasal sukan luncur ombak.dlm hati aku riang sebab macam aku dulu,bermula dari pelbagai soalan sampai lah aku mencuba & kemudian mula mencintai ombak.kalau diasah dari kecil,mungkin diorg boleh jadi seorg peluncur yg hebat.

aku tertarik pada seorg budak yg kebetulan masa tu dia tengah makan aiskrim.
"adik beli kat mana aiskrim ni? dah lama abang xmakan.tolong belikan utk abang boleh ?nanti kita makan ramai-ramai ."
lalu aku hulurkan duit,suruh budak tu belikan aiskrim.belanja diorg.

aku terus lepak dgn budak-budak tu sambil menikmati aiskrim di tepi pantai.
"dik,ayah keje apa?"
"tangkap udang "
ye,aku faham ayah dia seorg nelayan.
"yg ni,ayah keje apa"
"bawak boat kayu"
ye yg sorang tu pun anak si nelayan.
sambil-sambil menunggu kawan aku datang,aku cuba perhatikan gelagat diorg.sangat damai,wajah-wajah yg penuh dgn ketenangan.
bermain-main pasir dengan riang,
berlari-lari di tepian pantai,
bila ombak datang,jerit ramai-ramai.lari

rumah-rumah di sekitar kawasan tu rata-rata rumah usang.mungkin peninggalan dari arwah nenek moyang mereka.tapi kegembiraan & keriangan mereka jelas menyatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya.duit tidak dapat membeli segala kebahagian,duit tidak dapat membeli ketenangan.bukan duit,jelas sekali BUKAN DUIT.

hati aku mula mencintai
kampung pengkalan atap,
kuala besut.
aku tahu apa yg aku mahu ada di sana;
kedamaian
ketenangan
keindahan dan ....

"OMBAK"

05/01/2014

KISAH BEG & KASUT SEKOLAH SI SEPET
-------------------------------------------------
oleh kerana sepet beria-ria nak ke sekolah,aku hadiahkan dia beg & kasut baru.sebenarnya harini dah masuk hari ke-2 sepet ke kelas tadika yg terletak tidak jauh dari rumah aku.nenek dah beli beg baru utknya,tapi mungkin xkena dgn citarasa dia,sepet mintak aku belikan 1 lg beg baru.pelik jugak,biasanya apa saja yg berkaitan dgn kaler pink akan diterimanya tanpa byk soal.bila aku selidik,rupanya sepet nak beg yg lg besar utk muatkan buku-buku tulis.kasut memang belum beli lg sebab result last minute,sepet diterima daftar ke sekolah tadika tu.
sesampainya kami di kedai kasut,
sepet mula rabun mata.meriah sgt dgn pelbagai kaler.apa yg dipegangnya dah tentu kaler pink.
"sofea,ni kasut utk sekolah.mana boleh pki kaler pink.kalau sofea betul-betul nak kasut baru sofea kena pilih yg kaler hitam.kalau sofea degil,papa xnak belikan sofea kasut baru"
"kasut ni cantik papa,sofea suka princess ni"
dia cuba memujuk aku supaya beli kasut princess kegilaan nya tu.
"xboleh.papa xbagi.kalau nak,sofea pilih yg dekat rak depan sana tu.pilih yg bukan bertali supaya senang nanti nak pki"
pilih punya pilih aku berkenan pd 1 model tu.kasut tu simple,sesimple taste aku.tanpa syg kaler pink lg..
last-last jumpa jugak,jenis yg senang pki,model slip-on.lepas tu sepet pilih sendiri stokin berwarna merah.
macam biasa,sebelum aku bayar aku umpan dia dulu.
"ni nak kasut baru ni dah cium papa ke belum ni ??"
cepat-cepat dia cium pipi,dahi,bibir,hidung aku macam selalu.senangnya nak rasuah budak ni.tp jgn salah faham ,dgn aku je dia macam tu . 
kasut dah dapat,masa utk cari beg plak.
dari jauh sepet dah tunjuk,
"tu papa,sofea nak yg kaler purple tu" pun beg princess.
bila sampai dekat xjadi dah plak.pening aku.
"ermmm...nak yg ni la papa"tiba-tiba dia ubah plan.nak yg kaler merah + biru muda,pun bergambar princess.
aku cuba offer kat dia beg kaler pink tapi semua dia tolak.pelik jugak ,biasa melompat-lompat la dia kalau nampak benda-benda berwarna pink.
tanpa arahan,pipi aku dicium lagi 
dah siap bayar,
kami pulang.sampai je kat rumah,terus di try nya kasut baru berserta stokin merah tu sambil berlari-lari seluruh ruang.
"selesa tak ??"
dia senyum.lepas bukak,simpan.kemudian pakai lagi.
sama jugak dgn beg sekolah tu,disumbatnya buku-buku lama nak bagi penuh beg.digalasnya ke hulu ke hilir beg tu.

gembiranya sepet harini,segembira hati aku dapat happy kan budak dan
dengan telatah sepet tu mengingatkan aku kembali zaman persekolahan aku dulu-dulu.macam tu jugak lah aku.aku yakin,malam nanti secara otomatik sepet akan tido awal sebab dah xsabar nak pakai kasut & beg baru ke sekolah.
kan ??haha

sufi,
kelak bila kau besar
berjasalah.
banggakan papa.

"selamat memasuki alam persekolahan sepet,kejarlah ilmu setinggi harapan papa pada kamu"

[papa 05/01/2014 sun 06:52pm]