Friday, 24 January 2014

25/01/2014

SALAH ANGGAP
-------------------
sedang aku sibuk melayan pelanggan & siapkan order yg berlambak,tiba-tiba sebuah kereta berhenti depan stall aku.dia hanya order melalui tingkap pintu penumpang,malas nak turun dari kereta kot.aku layan je,tapi aku perasan dah banyak kali dia mcm tu.bila burger nya dah siap,aku yg hantar kan ke keretanya.time aku tak bz,no hal tapi klu time aku banyak order tu jd masalah nak kena amek order lg kemudian hantar.tapi demi pelanggan aku layan jugak.
kali ni,aku cuba suruh dia turun sendiri dari kereta.tapi bila aku panggil ,dia hanya senyum dan suruh aku yg hantarkan burger tu ke kereta nya.
dalam hati aku terdetik ingin tahu kenapa abang ni selalu tak turun dari kereta bila nak beli burger.
bila dekat dgn pintu keretanya,aku perhatikan mcm seat / tempat duduk nya agak lain dari kebanyakan kereta.entah kenapa lidah aku senang bertanyakan abg tu apa masalahnya bila tiap kali dia tak nak turun dari kereta.
"bang,boleh saya tanya ?abg sakit ke ?"
dia hanya senyum dan terangkan segala-galanya...

Allahurobbi,
rupa nya dia adalah Orang Kelainan Upaya (OKU).aku betul-betul rasa bersalah.lantas aku memohon maaf pada abang tu.
dia hanya senyum..
"xpe,adik belum tahu.adik xsalah ape2"

lepas abg tu pergi,
aku sedikit termenung.bertapa beruntungnya aku dgn apa yg ALLAH berikan,aku sempurna sifat tak mcm abg tu.tapi ketabahan dia dlm mengharungi liku-liku hidup adalah tahap yg paling tinggi.
Dan kerana itu,
aku dah faham maksud secebis kata-kata hikmah ,

"AKU MENANGIS KERANA TIDAK MEMPUNYAI SEPASANG KASUT SEHINGGALAH AKU MENEMUI SESEORANG YANG LANSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEPASANG KAKI."

No comments:

Post a Comment