Monday, 17 November 2014

17/11/2014



Sepanjang harini aku banyak habiskan masa bersama Marissa kerana neneknya ada hal yang tak dapat dielakkan.Kakaknya,Sepet pun turut serta bersama nenek.Jadi,aku cuba gunakan peluang untuk bersama Marissa dengan membawanya berjalan-jalan ke pantai.Untuk musim sekarang,cuaca agak tidak menentu dan selalu hujan.Itu adalah petanda-petanda awal untuk musim tengkujuh namun petang tadi cuaca nya agak baik dan hanya mendung.
Marissa semakin membesar.Dia sekarang sangat petah bercakap walaupun hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku faham,namun aku tidak pernah penat untuk melayan segala cerita serta telatahnya yang kadang-kadang sedikit nakal dan comel.Berbekalkan sebotol susu aku terus menuju ke pantai untuk bersantai dan menikmati waktu petang bersama Marissa.
Sewaktu di pantai,dia seakan tergamam melihat deruan ombak besar.Aku cuma perhatikan gerak-geri nya yang hanya tercegat melihat ombak yang menghempas pantai.Mungkin itu pertama kali baginya melihat ombak musim tengkujuh,tidak seperti selalu yang hanya dapat melihat ombak kecil di tepian pantai sambil mencengkam kuat pepasir lembut.
Aku juga sempat merakamkan detik indah aku bersama Marissa di pantai dan merakam satu video kepetahannya bercakap sewaktu kami dalam perjalanan ke Pantai Bukit Keluang,pantai yang tidak asing bagi aku dan rakan-rakan peluncur ombak.Video itu cuma untuk kenangan,mungkin sangat berharga untuknya nanti.Aku simpan.
Sedang asyik aku melayan Marissa di tepi pantai,tiba-tiba hujan renyai-renyai yang seakan memberi amaran agar aku segera pulang.Lagipun,waktu itu sudah hampir senja lalu aku bawa Marissa pulang.Sebelum kami pulang,aku akan sediakan pelbagai bahan makanan untuk kami lepak sepanjang malam di rumah.Untuk itu,aku belikan makanan kegemarannya yang terdapat di warung kecil di kawasan tempat aku tinggal.Marissa suka kan laksam,makanan tradisi Pantai Timur dan aku pula lebih suka kan makanan/kuih yang berasaskan pulut.Memandangkan sekarang adalah musim hujan,aku lebih selesa untuk makan malam di rumah.Lagipun itulah yang sepatutnya aku lakukan kerana bimbang akan kesihatan Marissa jika aku biarkannya terkena hujan.
Belum pun sampai ke rumah,Marissa sudah terlelap setelah berjaya habiskan sebotol susu.Perlahan-lahan aku mengangkatnya agar aku tidak mengganggu waktu istirehat yang dia mahukan.Tapi aku tak kan biarkan dia tidur lama-lama kerana dia belum bersihkan badan dan tukar pampers.Marissa sedar tatkala azan magrib berkumandang di pembesar suara di surau yang berhadapan dengan rumahku.
Selepas aku selesai mandikannya dan bersolat,kami makan malam bersama-sama.Untuk anak kecil yang dalam proses pembesaran,Marissa memang nampak berselera untuk makan.Tak sabar-sabar dia menunggu aku buka kan plastik laksam kegemarannya.Suapan demi suapan sehingga berkali-kali dia minta suapan tambahan jika aku lambat sedikit suapkannya.Hilang segala penat,tenggelam segala keperitan bila melayan karenahnya.Kadang-kadang sambil mengunyah dia sempat menyanyi ikut lagu yang ada kat tv walaupun sebutannya hanya dia yang faham,aku cuma tergelak dan menggangguk tanda faham kerana itu sahaja reaksi yang aku mampu lakukan.Habis makan,kami lepak depan tv.
Walaupun kami tidak selalu bersama,tapi naluri dan keakraban kami tetap macam selalu.Mungkin itu adalah anugerah dari Tuhan untuk golongan sepertiku dan mungkin atas dasar itu Marissa punyai sedikit jiwa yang sangat sensitif jika dibandingkan dengan kakaknya.Setiap kali aku sedikit tinggikan suara,dia pasti terdiam dan terus tertunduk.Tanpa aku sedari,airmata jernih mengalir di pipinya.Itu adalah tanda hatinya telah terguris.Pelukan adalah ubat yang paling mujarab untuk aku memujuknya agar rajuknya tidak berpanjangan.Cintaku pada Marissa semakin terpatri.
Marissa setiap kali pulang dan berada disampingku,dia pasti akan tidur lewat kerana suka bermain-main dan sudah pandai mengajak aku bergurau.Aku layankan,itu adalah terapi untuk aku.
Setelah kepenatan,aku mula padamkan lampu dan hanya pasangkan lampu tidur agar Marissa senang untuk ke alam mimpi indah.Saat itulah aku rasakan segala lelah melayang bersama-sama ulikan di peha Marissa.Dia kemudian terlelap bersama bunga-bunga mimpi indah lalu perlahan-lahan aku mengangkatnya ke bilik tidur.Saat itu juga aku mula mencatat setiap kenangan untuk sepanjang hari bersamanya...

*Marissa,
secebis coretan puisi untukmu sayang...

"Kau buah cintaku
Kau penyejuk di jiwa ini
Kau memang ku damba,ku nanti di segenap jiwa ini
Anakku sayang..
Kau adalah harapan di masa hadapan
Kau bisa buat sedih jadi bahagia
Kau adalah kekuatan cinta yang tiada bandingnya
Kala kau bahagia aku sangat bahagia
Kala kau sedih hatiku turut bersedih bahkan lebih sedih dari apa yang kau rasa
Dikala kau sakit semua tubuh ini juga terasa sakit
Segenap jiwa aku berikan untukmu anakku
Sepenuh hati akan aku berjuang untukmu sayangku
Harapanku hanya satu,
Jadilah anak yang solehah
Anak yang berbakti pada semua
Doa ku akan selalu dan selalu untukmu
Hanya untuk kebahagiaanmu.."


PAPA
18/11/2014
02:01am

Wednesday, 5 November 2014

03/11/2014




Marissa banyak diam sejak akhir-akhir ni.Tidak seperti selalu,walaupun dia agak pemalu bila berada di tempat umum namun bila dengan aku dia tetap ceria & kecoh jika kena pada gayanya.Harini aku luangkan masa untuk bersantai di rumah bersamanya dan kebetulan semasa aku ke rumah nenek,sepet tengah tidur.Mungkin dia kepenatan balik dari sekolah.Marissa memang tak banyak ragam,senang bagi aku untuk menjaganya dalam pelbagai situasi.Mak aku selalu cakap,aku amat beruntung kerana dikurniakan cahaya mata yang sangat baik seperti Marissa.Memang aku akui Marissa & Sepet adalah 2 watak yang sangat berbeza dalam hidup aku kerana bagiku itu adalah ujian dari Tuhan untuk menguji keperibadian aku sebagai seorang ayah sepertimana ayahku dulu dikurniakan 6orang anak dan aku sangat kagum dengan ketabahan ayahku dalam membesarkan kami 6 beradik sehingga dewasa kami membawakan watak masing-masing dalam mencari erti hidup yang sebenar.
Marissa,
Sedikit kurus ekoran kurang minum susu / makan kerana minggu lepas dia tidak berapa sihat,batuk dan demam dan hal itu sangat merisaukan aku.Jika aku kurus itu biasa,tidak untuk anak-anakku.
Kini dia tidur di buai pada ruang tamu.bila aku tenung sedalam-dalamnya wajah Marissa,hati aku mulai cair...tersentuh dengan apa yang bakal ditempuhinya nanti.

Duhai anak,
Aku akan sentiasa ada untukmu
Akulah yang akan mati untukkmu
Dan tahukah kamu
Aku sentiasa mengagumi wajahmu di saat kamu tidur?
Akulah orang yang pertama menangis saat kamu terguris
Kerana hatimu adalah hatiku,
Kita adalah satu....

Untukmu Marissa,
Aku abadikan secebis kisah tentangmu.
Isnin,03:38pm
03/11/2014

04/11/2014




Kerana rindu,aku akur dengan kehendak si sepet yang mahu temani aku berniaga.seawal jam 5ptg aku sudah mula berniaga & sepet seperti kebiasaannya,mewarna buku princess.Untuk masa yang terluang,banyak perkara yang sempat kami bualkan.Sepet juga ringan tulang apabila dia sanggup menyapu di seluruh kawasan kedai dan sebagai ganjarannya aku buatkan daging burger beserta calitan mayonis.Sememangnya dari awal-awal lagi dia telah berjanji untuk tidak mengganggu segala urusanku ketika aku sibuk menyiapkan burger yang ditempah oleh pelanggan.memang harini sepet boleh diberikan kepujian dari segi bab etika tata tertip yang telah aku tetapkan.
Selepas magrib,
Sepet masih tidak mahu pulang.Alasannya ingin temani aku sehingga habis waktu kerja dan berjanji akan pulang ke rumah nenek sebaik sahaja aku habis berniaga.Pada mulanya aku agak keberatan kerana fikirkan waktu tidurnya namun aku terpaksa lagi akur dengan kehendaknya kerana terlalu senang dengan celotehnya harini yang tak banyak ragam.
Semasa aku sedang sibuk menyiapkan tempahan,Sepet ternyata tidak sombong dalam menyapa pelanggan-pelangganku dengan mempelawa mereka duduk serta menghulurkan kerusi.
Tak lama selepas itu,
Sepet mulai mengantuk dan hanya tempat duduk kereta yang selalu menjadi katil empuknya setiap kali menemani aku berniaga.Mungkin kerana kepenatan,dia lelap dengan mudah.Hati ayah mana yang tidak sayu melihat anak kecilnya yang comel tidur seperti gelandangan lalu aku nekad untuk tutup kedai lebih awal bagi menghormati waktu tidur puteri kesayanganku...
Sementara menunggu aku mengemas,
Sepet aku selimutkan hanya dengan kain pelikat yang sememangnya tersedia di dalam beg solatku.Dan hati aku bertambah sayu..
Sedang aku asyik mengemas barang-barang,tiba-tiba sepet menjerit seakan ada sesuatu yang mengganggu mimpi indahnya.
Ketahuilah,
Jika aku punyai kuasa ajaib,tak kan aku biarkan seekor nyamuk pun yang hinggap serta menghirup darah suci sepet.Lalu aku hidupkan enjin kereta serta menutup semua pintu bagi keselesaannya menyambung semula permainan mimpi.
Setelah semuanya selesai,Sepet terbangun lagi dan aku terus membawanya ke kedai makan untuk makan malam walaupun aku tahu waktu itu adalah waktu tidur bagi seorang kanak-kanak seusia Sepet.Dalam perjalanan,Sepet ada menyatakan sesuatu yang betul-betul menyentuh perasaanku ;

"Papa,dah banyak hari Sofea tak tidur dengan papa.Kalau papa nak tahu setiap kali Sofea rindukan papa(sebelum tidur),Sofea akan menangis.Kadang-kadang Sofea menangis (sewaktu tidur)kerana mimpikan papa dan bila bangun pagi,airmata masih mengalir di pipi.."
*aku terpaksa gunakan bahasa buku untuk gayakan penceritaan Sofea tentang definisi rindu terhadap papa.

Lagi sekali aku terpaksa batalkan niatku untuk menghantarnya terus ke rumah nenek selepas waktu makan.
Di kedai makan,kami hanya kongsi sepinggan nasi seperti selalu kerana Sepet tak mahu makan jika aku tidak suapkan.Memang berselera dia makan sehingga separuh darinya habis ditelan.Untuk aku,sememangnya aku bukan seorang penggila makan.Aku makan sekadar untuk hilangkan rasa lapar.
Selepas makan kami terus pulang.
Sepet semakin membesar,tidak perlu diarah lagi untuk bersihkan badan.Semua dilakukannya sendiri.Memang aku akui,dia matang kerana situasi...

Sepet lelap lagi,dan aku mengambil peluang untuk menulis sedikit tentangnya.Mungkin ini juga adalah diari kenangannya,sementara aku masih lagi mampu,selagi otak aku belum tepu,sehinggalah tiba masanya aku mungkin nyanyuk...
Sekurang-kurangnya tercoret sedikit kenangan,
tentang hati & perasaan.

Kisah aku & s.e.p.e.t
Tue,04/10/2014
12:29pm

Monday, 29 September 2014

28/09/2014


"Saat kamu masih kecil aku hanya mampu mendukung serta memangku,kamu begitu selesa terlelap di lenganku.gerak bibirmu seakan memaksa aku untuk berlari dapatkan susu..aku takut,
teriakan itu mengganggu mimpi indahmu lalu aku segera tunaikan permintaanmu..itu dulu,
Kini kamu kian membesar bersama kenangan-kenangan indah dan seharusnya itu adalah wajib bagiku.
Namun disebalik keseronokkanmu,
aku tahu terselit seribu rasa yang mungkin kamu tidak mampu tafsirkan.
Itu lumrah..

Jadilah,
Setiap apa yang telah aku ajarkan sebagai pendorongmu untuk menjadi pelindung adikmu.
Jadilah,
Pelindung yang melindungi.

Semakin jauh aku melangkah,semakin dekat rasa ini ingin aku temui.
Jangan terlalu pantas membesar sayang,
Aku ingin seribu tahun lagi
menontonmu,mendampingimu,menciummu dengan rasa cinta yang abadi.."

s.e.p.e.t
messoburger.blogspot

DETIK-DETIK TERAKHIR AKI.

29/09/2014.
Merupakan tarikh sukar dalam hidup sepet kerana telah kehilangan aki nya yang tercinta.Dia masih belum faham akan erti kematian,apalagi menerima kenyataan tentang aki nya yang telah pergi buat selama-lamanya.Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 01:40am,29/09/2014 kerana serangan angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Besut Terengganu.

*pagi 28/09/2014,07:30am.
Arwah telah mengalami strok (angin ahmar) pada tahap rendah,namun masih boleh bercakap dan sedar akan respon sekeliling dan kemudian telah dikejarkan ke Hospital Besar Besut Terengganu untuk check-up / rawatan susulan.

*tengahari 28/09/2014,02:00pm.
Arwah telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian untuk menjalani proses CT SCAN bagi mengenal pasti punca / jenis strok yang dialami utk proses rawatan susulan.

*petang 28/09/2014,05:25pm.
Result CT SCAN telah mengesahkan bahawa strok yang dialami adalah ditahap rendah /strok kecil dan arwah telah dibenarkan menjalani rawatan fisiology di Hospital Besar Besut Terengganu.

Namun,
Takdir Tuhan mengatasi segala-galanya...
Perginya sangat terkesan pada sepet kerana selama ini aki nya boleh diibaratkan seperti tulang belakang dalam keluarga itu.Arwah adalah seorang yang sangat tabah,lembut hati dan sangat senang untuk dibawa berbincang dalam semua hal.


Untuk pertama kali dalam hidup sepet yang telah kehilangan insan tersayang,
Aku cuba untuk tenangkan dan jelaskan padanya dengan cara yang paling ringkas ;
Saat aku memeluk serta mengusap rerambutnya,saat itu dia telah benamkan mukanya pada dada ku;

"sofea,dengar sini sayang...dengar apa yang papa cuba jelaskan,
aki dah takde sayang,aki tak kan bangun-bangun lagi..aki tak kan tinggal di rumah ini lagi..aki dah mati sayang."

pada mulanya dia terdiam dan masih terus-menerus benamkan mukanya pada dada aku,kemudian ;

"tak baik papa cakap aki mati.aki tak mati,aku pengsan."
aku cuma diam.

Bila semuanya selesai,
jenazah kemudian disolatkan di Masjid Besar Kampung Raja dan kemudian telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja.

Ayah,
pergimu tiada ganti
sepertimana indahnya senyumanmu
begitu juga tulusnya tutur kata mu
kamu begitu tabah,
bagaikan setiap detik tiada masalah
hidupmu bak tiada gundah

Ayah,
maafkan sekiranya kami
pernah mengasari dari setiap tutur kata kami
maafkan setiap detik yang telah kami lewati 
sesungguhnya tiada yang lebih indah bagi kami
selain dapat merasai nikmat kasih-sayang 
dari seorang bapa mentua yang tak ubah seperti ayah kandung sendiri.

Ayah,
damai lah di sana nanti
tenanglah bersama orang-orang yang seperti mu
berbahagialah
di taman syurga itu.
hanya itu yang kami mampu buat ayah
doakan kesejahteraan untuk ayah di setiap sujud-sujud kami
sebelum kami
dijemput pulang nanti...

"Doa kami buatmu ayah,semoga damai selalu bersamamu.."
Al-Fatihah.

MESSO BURGER
isnin,29/09/2014
05:13pm



Tuesday, 22 July 2014

22/07/2014

"Duhai anakku...
Engkaulah buah hatiku
Kasih dan sayangku tak terkikis dek revolusi zaman
Kuselalu memandang wajahmu yang damai,
Ketika engkau tidur.
Aku tersenyum melihat senyummu,
Engkau pasti bermimpi indah.
Anakku...
Aku selalu merasa bahagia mendengar ceria candamu,
Aku sering merasa cemas mendengar langkahmu berlari,
Aku takut engkau terjatuh.
Jantungku berdegup mendengar tangismu,
Aku tak ingin kau bersedih.
Duhai anakku...
Kini engkau telah meningkat umur dan aku semakin dekat dengan hari tua
Jika suatu hari nanti,
Bila tiba giliranmu menjagaku
Aku harap engkau tabah dan
Cubalah mengerti tentang diriku.
Kalau aku comot ketika makan,
Kenang saja aku selalu mengajarmu tentang kebersihan
Jika aku selalu mengatakan hal yang sama ribuan kali,
Bersabarlah....
Kenang saja ketika aku melayan telatahmu ketika kamu mula belajar bercakap
Kalau aku tidak mahu mandi,
Kenang saja aku selalu memapah tubuhmu sehingga memaksakan kamu untuk pergi mandi.
Bila kaki aku mulai berat untuk berjalan,jangan paksa aku untuk berjalan,hulurkan saja kedua tanganmu seperti aku lakukan ketika membimbing pada langkah pertama mu..
Suatu hari nanti kamu akan tahu,disamping kesalahan-kesalahanku..aku ingin melakukan yang terbaik untuk mu...untuk jalan hidupmu."

21/07/2014

Saat ni sepet temani aku lagi berniaga.setiap tahun,bila tiba bulan puasa aku akan buka gerai agak lewat dan sepet selalunya akan temani aku ke stall burger selepas membeli juadah untuk berbuka di bazar ramadhan.sementara menunggu customer datang,aku lepak-lepak dengannya di hammock yang aku sediakan di tepi stall burger.santai,sambil borak-borak sepet menanyakan aku pelbagai soalan.sepet memang selalu begitu,mesti ada sahaja yang akan dipersoalkannya.kadang-kadang soalannya tak masuk akal,namun untuk menjaga hati tulus nya aku layankan jugak.
Pernah sekali dia bertanya ;
"Papa,kenapa papa kena jual burger kat sini ?kenapa papa tak jual kat rumah je?"
Sambil tersenyum aku cuba terangkan segala-galanya...kemudian dia menambah lagi;
"Papa jual la burger kat rumah,bila hujan papa tak kan demam.biar orang je datang ambil burger kat rumah.tak payah papa jual burger kat sini.."
Dengan penjelasan ringkasnya,baru aku faham yang sebenarnya dia lebih fikirkan tentang faktor keselamatanku berbanding hasil keuntungan.
Aku amat terharu dan sejenak terdiam.
Tanpa sempat aku terangkan perkara yang selebihnya,tiba-tiba customer pertamaku datang...

Seperti biasa,aku akan menyuruh sepet untuk hulurkan burger yang ditempah kepada customer.niatku cuma ingin mengajarnya basic untuk berniaga.
"Rm 2 je pakcik.terima kasih.."
Aku cuma mampu tersenyum dan perbetulkan balik tentang harga itu.yang sepet tahu cuma rm2 .tapi xpe,sekurang-kurang dia tahu akan nilai sesuatu benda...

Sepet,
Hadirmu dalam hidup papa memberikan seribu rahmat
Telatah comel mu menceriakan hidup papa
Memiliki mu adalah anugerah
Mencintai mu adalah kewajiban
Kekal lah,
Selamanya di hati papa....


18/07/2014

18/07/2014.
11:45pm
Moment ni aku snap masa sepet sedang temankan aku berniaga.aku agak busy dengan order dari customer dan saat ni sepet dalam keadaan not in goog mood sebab aku mengangkatnya dari katil saat dia sedang enak tidur.aku tiada pilihan kerana tiada siapa yang akan menjaganya dirumah.sejak dari kecil,memang sepet selalu temankan aku ke mana-mana.stall burger aku tu dah tidak asing lagibaginya,kadang-kadang kerja aku sedikit terganggu dengan telatahnya namun aku abaikan semua itu kerana niat aku cuma satu,aku nak buktikan padanya yang aku keluar rumah bukan untuk merompak,mencuri atau peras ugut untuk duit yang haram.sekurang-kurangnya aku nak dia tahu dan tidak pernah malu dengan pekerjaanku,kerana dengan hasil inilah aku akan cuba besarkan dia sehingga dewasa.

Untukmu sepet ,
"Inilah hidup papa.biarlah kita ditemani debu-debu,dan jangan sesekali kamu belajar meminta-minta apatah lagi belajar untuk mencuri..."

Wednesday, 11 June 2014

KISAH KEY CHAIN





Setelah selesai tugasku guide 1group di pulau perhentian,aku terus menaiki boat untuk pulang.Kebetulan untuk trip kali ini,sepet turut serta ke pulau perhentian untuk bercuti selama 1malam bersama adik perempuanku.Ini adalah pengalaman pertamanya menaiki bot serta menikmati keindahan alam semulajadi di pulau perhentian,antara pulau yang tercantik di dunia.

Setibanya di jeti kuala besut,kami berehat seketika di suatu sudut ruangan menunggu.kawasan tersebut menjadi tumpuan para pelancong kerana di sekelilingnya terdapat kedai cenderahati yang mana pelancong mungkin dapat membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan.Dalam banyak-banyak kedai yang ada,kedai key chain menjadi pilihan si sepet.

"Papa,jomla kita ke situ.sofea nak tengok.."dengan nada yang paling manja dia cuba memujuk sambil menarik tanganku.
"Berapa ni kak ?"
"Rm 10 untuk 4 barang."
Sangat murah dan berpatutan.sepet terus memilih key chain mengikut citarasanya yang tersendiri.aku cuma memerhati sambil terfikir apa yang akan dibuatnya dengan key chain tersebut.paling tidak,penuh nanti key chain pada zip beg sekolahnya ataupun key chain tersebut bakal dijadikan coklat oleh adiknya,marissa.

Sampai di rumah neneknya,sepet terus meluru masuk.mulutnya tak henti-henti bercerita tentang apa yang telah ditontonnya sepanjang dia berada di pulau perhentian.Kadang-kadang sebutannya tak betul sebab terlalu laju dalam perbentangan jalan cerita.semua tergelak dengan telatah sepet dan sebelum dia habiskan semuanya,dia terus membuka beg plastik kecil yang berisi key chain.

"Ini untuk nenek,aki dan mama."
Belen lagi satu dia hadiahkan pada ibu sedara yang selalu melayan telatahnya.tiada satu pun untuk dirinya sendiri.

Hati aku terdiam.
Anggapanku tentang key chain tersebut jauh terpesong sama sekali.Sepet rupanya lebih tahu nilai key chain itu dan untuk mama nya,dia sendiri yang menyuruh agar digantungkan pada beg galas yang selalu mama nya bawa untuk ke hospital.

Lalu aku tulis,
Sebuah kisah pendek
Aku & s.e.p.e.t

MESSO BURGER
husm 10:21am
10/06/2014

Saturday, 7 June 2014

PULANGLAH ABAH...

Selesai tugasku di Pulau Perhentian selama 3hari 2malam,aku terus ke rumah mentuaku.Rasa rindu pada anak-anak tak dapat aku bendung lagi.Marissa masih dibuaian,sedang asyik lena dibuai mimpi tapi bila dia terdengar suaraku yang agak kecoh melayan Sepet,dia bangun dan mula tersenyum bila melihat aku.Rindu agaknya.
Musim cuti sekolah macam ni aku memang agak sibuk dengan kerja part time aku di Pulau Perhentian sebagai Tourist Guide.Aku terus mengangkat Marissa dan kami bermain-main di suatu sudut yang berdekatan dengan buaiannya.Hilang segala penatku melayan karenah mereka.Sepet dengan celotehnya yang suka bercerita dan Marissa dengan bahasanya cuba berinteraksi dengan aku.

Aku tinggalkan mereka dan terus pulang kerumah.Sebelum balik,Sepet sempat menyuruhku berjanji supaya datang lagi pada sebelah petang untuk ke taman permainan seperti selalu.
"papa,petang nanti datang ambil kakak dengan adik ye.kita gi taman permainan."
"ok.nanti papa datang."
Selepas aku mandi dan solat,aku terus ke bilik rehat.Mungkin terlalu penat lalu aku tertidur bersama janji-janji Sepet..

Dan bila aku terbangun,hari sudah pun hampir malam.Ya ALLAH,mesti Sepet dan Marissa tertunggu-tunggu akan kehadiranku untuk ke taman permainan.Aku terus ke rumah itu,
Sepet meluru ke arahku,memelukku dan menangis,
"kenapa papa lambat ?Sofea rindu papa."
"Maafkan papa sayang ,papa tertidur tadi.ok,malam ni Sofea balik tidur dengan papa ye..esok tak sekolah kan ?"
Sepet terus kubawa pulang dan Marissa tidak membantah,dia masih kecil.Cukup baginya jika aku mengangkat,mencium dan memeluk sepuas-puasnya sebelum aku berangkat pulang.

Malam tu aku hanya lepak depan tv dengan sepet.Sambil baring di sofa,kami menonton dan berborak-borak kosong.Aku adalah pendengar setia cerita-cerita Sepet.Dia suka bercerita tentang apa yang ditontonnya samada di tv ataupun apa yang dialaminya setiap hari tanpa aku.Tak lama selepas itu,aku ke meja laptop dan biarkannya menonton sendirian.Kali ini Sepet banyak diam,tidak seperti selalu.Selalunya dia akan menonton sambil mulutnya tak henti membuat andaian sendiri.Mungkin jalan cerita itu agak serius,jadi dia menghayatinya sepenuh hati.

"Sofea tengok cerita apa tu?"Dia masih diam.
dan aku terus mengambil remote tv untuk membaca sinopsis tentang cerita yang ditontonnya.

*PULANGLAH ABAH .
mengisahkan seorang bapa yang mempunyai 2orang anak.kisah di penghujung jalan ceritanya adalah si bapa hidup secara begelimpangan (homeless)dan terpisah dari anak-anak setelah jatuh muflis dan kematian isteri akibat dari buatan orang gajinya sendiri.Kemudian,anak-anaknya mencari jalan untuk mencari bapanya di sekitar ibu kota untuk di bawa pulang.

Aku kembali ke meja laptop,
niatku cuma ingin meng-update blog aku yang sekian lama aku biarkan "kosong".Lagipun,sudah lama aku tidak menulis tentang mereka.Tiba-tiba,Sepet memanggilku untuk temaninya.
"papa,sini la.teman sofea.."Entah kenapa,suaranya macam lain.manja sangat.
kerana anak,aku batalkan niatku untuk menulis.Lalu aku baring disebelahnya dan melayan cerita bersamanya.Untuk slot sedih,Sepet menutup matanya dengan bantal peluk.
"kenapa plak dengan budak ni..."bisik hatiku.
perlahan-lahan aku mengangkat bantal yang menutupi seluruh mukanya..
Sepet menangis tanpa suara,mungkin tak nak aku tahu.

"kenapa ni sayang ?kenapa Sofea menangis ?"aku cuba bertanya.
"Kesian ayah dia papa..."
Ya ALLAH,aku terkedu.
Memang aku sendiri akui,jalan ceritanya begitu sedih sampaikan aku sendiri terbayangkan jika semua itu terjadi pada keluarga aku.
Aku terus memeluk Sepet sambil memujinya.aku puji kerana pemikirannya dan kerana perasaan kasih-sayangnya.
"Bagus sofea,sekarang sofea faham.kalau papa jadi macam ni,apa sofea akan rasa..Sofea nak papa jadi macam ni ?"aku semakin menguji tahap perikemanusiaannya..
Dia memelukku erat-erat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya,
"sofea sayang papa.."tangisannya semakin menjadi-jadi.
Aku semakin terharu.Bertapa indahnya perasaan yang Tuhan turunkan pada aku malam tu.
tipu la kalau aku cakap yang semua itu tidak terkesan pada hati aku.
Sambil kami berpelukkan,
Aku mencium umbun-umbun Sofea dan dengan tidak disengajakan
air jernih telah mengalir diseluruh pipi aku sendiri........


MESSO BURGER
penulis sepi
11:51 am
08/06/2014



Saturday, 31 May 2014

AKU YANG TERASING



SABTU
31/05/2014
12:49 pm

Aku masih di Long Beach,Pulau Perhentian kerana tugasku sebagai Tourist Guide belum selesai.Untuk masa yang terluang,aku cuba menulis apa yang aku rasa patut aku catatkan.Kebetulan,aku sendirian di tepi pantai.Tiada aktiviti malam bagi untuk aku selain hanya lepak sambil di temani bunyi deruan ombak malam.Muzik bingit dari Beach Bar yang berdekatan masih rancak kedengaran beserta dengan laungan-laungan suara dari anak muda yang sangat dahagakan keseronokkan.Aku beredar menjauhi kawasan bar kerana terlalu sedih melihat gelagat dari bangsaku sendiri,MELAYU dan mungkin pada majoritinya adalah beragama Islam.

Perkara pertama yang aku tonton adalah mereka berselerakkan meneguk minuman keras tanpa rasa segan malah semakin riak menambahnya sebotol demi sebotol di hadapan tontonan umum.Sememangnya niatku hanyalah untuk memerhati,berfikir serta menulis apa yang aku lihat.
Beginikah asal-usul bangsaku ?
Menjadikan arak sebagai pembuka nafsu.Kemudian mereka ke dance floor,menari sakan seakan dirasuk hantu.Aku semakin meluat,kemudian aku cuba beralih tempat untuk memerhati dari sudut yang lain.

Kemudian pandanganku meluru kearah 2 wanita dan 2 kanak-kanak perempuan.Aku tak pasti siapa gerangan si kanak-kanak dan mengapa mereka boleh berada di bar pada waktu itu.Pakaian si tua yang sangat menjolok mata dan kanak-kanak itu juga dipakaikan pakaian berkonsepkan "party" seperti untuk ke kelab malam.Sebaik sahaja DJ memainkan muzik rancak,mereka terus berjoget sambil memegang tangan kedua-dua budak itu seakan di kelas tarian.Sangkaan ku tepat,ye !Mereka sedang mengajar dan diajar atau dipaksa belajar menari.Demi Tuhan,aku semakin meluat !

Apakah ini yang dikatakan "perempuan melayu terakhir" ?
Membawa anak kecil ke bar dan mengajarnya cara-cara untuk berseronok .
Apakah ini yang dimaksudkan "ibu mithali" ?

Aku semakin mengundurkan langkah,lalu aku ke tepian pantai untuk menulis apa yang kurasa.
Aku masih memikirkan tentang nasib bangsaku atau mungkin juga aku terfikirkan tentang sebabnya.
Aku yakin,setiap apa yang berlaku adalah bersebab.Adalah tidak adil bagiku untuk membuat kesimpulan secara melulu.
Aku akui,Long Beach terlalu banyak ceritanya.Siapa yang pernah melalui,sesiapa yang pernah melewatinya pasti faham bahawa Long Beach sebenarnya tidaklah seindah gambaranya.Cukup bagiku untuk kenali Long Beach sebagai tempat persinggahan "SYURGA DUNIA".

MESSO BURGER,
Un-Official Tourist Guide
Long Beach,
Perhentian Island.

Wednesday, 28 May 2014

KISAH PENDEK SI SEPET DAN SI BUTA




Sedang asyik aku dan sepet menjamu selera,tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang makcik tua berjalan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat.Di tangannya terdapat satu bungkusan,mungkin bungkusan pakaian atau pun hanya sekadar untuk mengisi beg duit.keadaannya begitu menyentuh perasaan siapa sahaja yang melihatnya tidak terkecuali aku.Tambahan pula bila aku terdengar suara makcik tu menanyakan jalan pada tuan kedai.sebenarnya dia buta.

Jika aku terserempak dengan situasi macam ni bersama sepet,aku akan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengajarnya sesuatu.kali ini aku cuba mengambil peluang untuk mengajar sepet tentang erti BERSEDEKAH.sebelum aku menulis lebih lanjut cerita ini,ingin aku tegaskan bahawa artikel pendek aku ini bukannya untuk menunjuk-nunjuk tentang kebaikan atau apa yang aku lakukan.Ini adalah salah satu cara aku dalam mendidik anak.untuk yang berpositif,ambil lah isi cerita ini sebagai pedoman.

Hatiku betul-betul tersentuh sejak melihat makcik tu di kerusi.mungkin dia berhenti seketika untuk menghilangkan penat.

"Sofea,nampak makcik kat depan tu?"kemudian sepet terus menoleh ke arah yang aku tunjukkan.
"Kenapa makcik tu pakai tongkat papa."dia inginkan kepastian.
"Makcik tu buta sayang.dia xnampak jalan untuk berjalan ke sesuatu tempat.makcik tu xmacam kita nak."
Lalu aku cuba hulurkan note kertas dengan tujuan ingin mengajar sepet supaya lebih kesiankan orang yang tidak bernasib baik,khususnya golongan warga emas yang daif.
"Sofea,ambil ni.pegang tangan makcik tu kemudian suruh dia simpan elok-elok."

Sofea cepat faham,tanpa alasan dia terus meluru ke arah makcik tu dan membuat apa yang telah aku perintahkan.Tergambar jelas riak syukur pada wajah makcik tu sewaktu sofea cuba genggamkan tangannya dengan sedikit pemberian dan kemudian dengan langkah yang perlahan makcik itu meneruskan perjalanannya yang entah ke mana...

Aku harap kisah pendek ini dapat memberi kesan dan pedoman pada sepet.aku menulis bukan niat untuk mendapat pujian atau apa-apa cara yang boleh menimbulkan riak,niat aku cuma satu ;
*bagi mereka yang mempunyai anak,ajarkanlah mereka berbuat baik dengan apa cara sekalipun.sekurang-kurangnya bila mereka besar mereka akan ingat ,
"Oh,papa pernah pesan dulu."
Dengan itu kita sudah laksanakan amanat yang telah dipertanggungjawabkan.

Wallahualam,
MESSO BURGER
kisah aku & s.e.p.e.t

Tuesday, 27 May 2014

27/05/2014

Sofea pulang ke rumahku selepas dia temankan aku makan tengahari.tiada lagi sepi dengan melayan telatah dan celotehnya. sambil menonton tv,aku menpelawanya menikmati buah mangga yang telah tersedia di dalam peti.saat aku sediakan mangga tersebut kepadanya,dia nyatakan sesuatu pada aku ...

"Papa ,elok-elok dengan pisau tu.kalau terkena jari papa,sofea akan nangis."

Aku terdiam.
Dilubuk hatiku sangat terharu dengan kata-kata sofea itu.
Kemudian aku suapkan mangga untuknya.sambil makan kami borak-borak.
Entah kenapa harini banyak kata-kata dari sofea membuatkan aku terkedu,tidak dapat menjawab soalan-soalannya seperti selalu.

"Papa,lama lagi ke mama kena ke hospital?lenkali bawa sofea sekali,sofea nak ikut.kalau papa tak bawak sofea sekali,sofea taknak kawan dengan papa."dia mengugutku.

Sumpah aku menangis.hatiku tak henti-henti menangis dengan telatah seorang budak kecil yang baru mengenal erti kasih sayang.
Terlalu indah,perasaan ini hanya aku faham setelah aku bergelar seorang papa.

Aku tidak sanggup menerangkan segalanya pada budak yang setulus sofea lalu aku terus membiarkannya di depan tv dan berlalu ke dapur kemudian aku cuba tenangkan hatiku sendiri ,
Diruang bilik tidur....

MESSO BURGER
Kisah aku & s.e.p.e.t

26/05/2014



"Aku tiada daya mendidik anak-anakku dalam semua hal.namun,jauh di sudut hatiku berharap agar anak-anakku menjadi seorang hamba yang terbilang.seperti aku,ibu-bapaku telah mengajarku cara yang terbaik supaya aku belajar berdikari sejak kecil.tiba masanya nanti,mereka juga akan seperti ku ,
Menjejaki sesuatu
Mencari apa maksud sebenar tentang kehidupan.

Duhai anak-anakku ,
Kembangkanlah sayap-sayap itu
Terbanglah kemana saja hala tuju mu
Terbanglah
Seperti bebasnya sang kupu-kupu
Dan ingatlah,
Aku akan tidak selalu disampingmu
Aku akan hanya dihatimu.."

MESSO BURGER
ayah & ibu.

DEFINISI RINDU ITU



25/05/2014
09:17pm 

Dia masih ditahan diwad kerana masih perlu diberikan suntikan "baja" untuk sel darah putihnya sebagai antibodi melawan penyakit.rawatan chemotherapy untuk harini selesai agak lewat kerana dia perlu lebih dipantau oleh doktor pakar.

Petang tadi bapa mentuaku menghubungi aku untuk bertanya khabar tentang dia dan pada masa yang sama aku mengambil peluang untuk bertanya khabar tentang anak-anak.marissa seperti biasa,tiada masalah kerana sejak dilahirkan dia memang membesar didukungan neneknya.Sofea yang perlu aku tekankan kerana dia kini kian membesar dan sudah bersekolah.
Sebetulnya dia sudah nyatakan dari awal sebelum aku berangkat ke HUSM ,
"papa,sofea nak pergi sekolah dengan papa."
"Mana boleh sayang,papa kena jaga mama di hospital.sofea pergi sekolah dengan aki,jangan tunggu papa."
Lalu dia gelengkan kepala.sofea memang macam tu,keras kepala.

Memang betul.tadi dia malas bangun pagi dan absent ke kelas.tunggu saja nanti,hujahan pening lalat yang bakal dibentangkan nanti.alasan ciptaan,siap dengan mimik muka serius.ingatkan telatah sofea,membuatkan aku tersenyum sorang-sorang.mengalahkan orang yang sedang bercinta.

Itu sofea,
Marissa lain pula ceritanya.dia sekarang sudah ada sifat cemburu akan kakaknya.begitu juga sofea.salah seorang darinya dilarang rapat pada aku setiap kali kami bertemu.jika salah satunya dekat pada aku,nescaya akan ada suara teriakan samada dari marissa ataupun sofea.tapi mereka sangat rapat,sofea pun sudah pandai suapkan susu atau nasi untuk marissa.

Saat ini rindu bertandang lagi ,
Rindu pada seorang budak yang selalu mengajakku main kejar-kejar ,
Rindu pada soalan-soalan nakal dari seorang budak pintar.
Dan yang paling aku rindu
Saat mereka terlelap di celah-celah ketiak kiri dan kananku....

MESSO BURGER
definisi rindu itu.

25/05/2014




*INI ADALAH CHEMO PORT.
Seperti yang telah aku nyatakan di facebook dan update di blog tempohari yang mana dia telah menjalani pembedahan kecil untuk chemo port pada 21/04/2014.

"Terima kasih kepada yang membantu,semoga sumbangan yang telah diberikan akan bermanfaat dan pahalanya akan berpanjangan.demi Tuhan,aku sangat selesa melihat dia jalani rawatan chemotherapy dgn menggunakan chemo port tidak seperti yang sebelumnya,puluhan kesan cucukan jarum pada kawasan pergelangan tangan dan lengan.
TERIMA KASIH,SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN."

CATATAN PAGI




25/05/2014
07:52 am

Semua pesakit telah bangun dan dibekalkan sarapan pagi.aku memang sudah beberapa kali terbangun seawal jam 5pagi kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk .katil setiap pesakit dikemaskan oleh pekerja-pekerja yang bertugas dan seluruh kawasan wad dibersihkan secara berkala.

Sejak dari semalam,
Dia telah banyak diberi suntikan.seperti yang dinyatakan oleh doktor,suntikan-suntikan ini merupakan "baja" untuk sel darah putihnya kerana sejak seminggu yang lalu,keadaan suhu badannya tidak stabil dan sering demam pada sebelah malam.sebelum bersarapan,dia lagi sekali disuntik dan kali ini dia mengadu sakit pada bahagian tulang pinggul.berbekalkan cream ubat,aku cuba meringankan beban rasa sakitnya.

Pada 3hari yang lepas,
Dia ada menimbang berat badannya namun masih ditahap yang kurang menyenangkan.beratnya hanya 33kg.mungkin itu adalah efek dari demamnya yang selalu on/off sejak seminggu yang lepas dan kemudian menganggu seleranya untuk menelan segala yang dirasakan enak pada lidah.

Kini dia menunggu saat untuk proses chemotherapy nya di cycle yang ke-3.ini adalah chemotherapy yang ke-6 baginya sejak disahkan menghidapi canser Hodgkin Lymphoma.seterusnya dia masih perlu jalani 3 cycle chemotherapy (bersamaan 6kali chemotherapy) sebelum proses yang terakhir yang perlu dilakukan di Putra jaya .

Sedikit catatan pagi
Di rumah sakit.
MESSO BURGER

DEFINISI RINDU



24/05/2014
10:18pm

Pesakit-pesakit mula melabuhkan tirai langsir.tiada tilam empuk untuk aku,cuma disediakan "kerusi malas" yg boleh dibaringkan seperti katil bujang.itu semua tidak menjadi masalah bagiku yang telah terbiasa dengan pelbagai situasi ketika travel ke mana-mana tempat.
Saat seperti ini,yang ada dalam kepalaku hanyalah anak-anak.sebelum kami berangkat ke HUSM pagi tadi,mereka sempat bergurau senda dan bermanja dengan aku.
Marissa sangat comel saat bermain dengan kucing yang di bela oleh sofea.dihulurnya jari ke celah-celah sangkar kucing seakan ingin menyuapkan sesuatu.sofea pula dengan telatah nakalnya yang suka menyakat marissa.
Jerit,
Teriak itu biasa.
Mungkin itu cara mereka dan hanya mereka fahami cara untuk merasainya.aku hanya tersenyum sambil memantau dari jauh.

Sungguh indah perasaan yang Tuhan anugerahkan.walaupun aku tahu,aku tidak selalu akan bersama mereka namun perasaan itu tidak pernah pudar.sekecil marissa pun tahu erti kasih sayang,buktinya hanya aku yang dapat rasakan setiap kali kami berpelukan.

Kedua-duanya aku sayang,
Tiada pernah aku bandingkan.
"Kakak,adik.papa rindu."

MESSO BURGER
definisi rindu.
HUSM

24/05/2014



Setelah selesai register untuk memasuki wad,aku terus ke cafe untuk membeli makanan tetapi semua cafe ditutup pada harini kerana cuti umum.untuk mengalas perut,aku beli sandwish serta mee goreng yang telah tersedia di koperasi hospital.semasa aku temaninya makan di katil wad,nurse datang memeriksa dan mencatat segala yang berkaitan.ini adalah prosedur biasa sebelum menjalani rawatan chemotherapy esok hari.keadaannya stabil cuma harini dia akan diberi suntikan sebagai "baja" untuk sel darah putihnya.itu adalah sebab utama mengapa dia diwajibkan menetap di wad sehari sebelum rawatan chemotherapy seperti harini.
Aku terlelap,
Mungkin terlalu penat.terasa waktu yang begitu panjang.aku terbangun bila laungan azan asar berkumandang di segenap speaker hospital lalu aku turun ke blok bawah lg untuk membeli air mineral serta ke surau.
Keadaan di sini sudah biasa bagi aku kerana sudah terlalu kerap aku berulang-alik dan menetap sementara.
Sebenarnya,
Kawasan hospital juga adalah salah satu tempat yang tenang.bila di sini,kita akan banyak berfikir serta lebih menghargai apa yang kita miliki.tiada apa sebenarnya yang lebih ternilai jika dibandingkan dengan nikmat kesihatan.di sini,
Si kaya atau si miskin
Si tua atau si muda
Si besar atau si kecil
Yang paling hebat atau tercorot daif
Semua mempunyai 1 hasrat ;

"Aku mahu pulih."

M E S S O B U R G E R
hodgkin lymphoma
Life story journalist.

Wednesday, 14 May 2014

SEPET TRAUMA


Seperti biasa aku akan ke sekolah untuk menjemput sepet sebelum jam 12:30 tengahari.namun tengahari tadi aku sedikit lewat kerana mahu memberi ruang pada sepet untuk bermain-main di taman permaianan taska nya.sepet suka buaian,setiap hari dia akan bermain buaian sebelum pulang dan aku sentiasa menemaninya.
harini agak kusam ,
aku tiba di kelas sepet dan kelihatan keadaan pada halaman hadapan kelasnya agak berterabur.ada kerusi patah dan masa tu aku lihat seorang anak kecil berada di dakapan si ibu,sedang ditenangkan oleh ibu..aku cuba bertanya namun keadaannya seperti tidak sesuai untuk ceritakan apa sebenar yang berlaku.tiba-tiba sepet meluru ke arahku...memelukku dengan erat serta mukanya mencium erat bajuku.

"kenapa ni sayang ?"
dia terus menangis teresak-esak.dari kecil aku memang faham akan perangainya yang tidak suka dipaksa.apalagi jika didesak untuk menceritakan sesuatu di saat dia menangis.aku biarkan sepet terus menangis sambil memeluk erat serta mendukungnya seperti selalu..

"cikgu,apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan anak saya menangis sampai macam ni sekali ??"
dengan perlahan cikgunya menceritakan detik cemas yang terjadi sebentar tadi.rupanya ada satu pergelutan antara dua lelaki.puncanya kerana anak.
untuk pendekkan cerita ,aku simpulkan sebagai ;

*seorang lelaki yang sudah lama bercerai dengan isterinya dan kemudian kerana terlalu rindukan anaknya lalu dia datang ke sekolah untuk menjenguk si anak tersayang dan kemungkinan (mengikut cerita yang aku terima) si ibu / bekas isterinya juga berada ditempat yang sama untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah,saat itu si ibu ditemani anak lelaki (anak tiri nya) dan kemudian berlaku sedikit perbalahan kecil (kata-kata /lidah) yang tidak terkawal lalu si ayah mengasari si ibu dengan menampar muka si ibu di hadapan pintu kelas dengan disaksikan anak-anak kecil yang sedang menunggu masa untuk pulang (tidak terkecuali dengan si sepet yg turut menyaksikan drama yg penuh emosi tersebut).apabila si anak tiri melihat kelibat si ayah yg sedang asyik memukul si ibu,mungkin tidak sepatutnya dia membenarkan hal itu terus berlaku lalu turut serta campur tangan untuk membela nasib si ibu.maka,mereka bergolak sehingga menggunakan salah satu kerusi milik taska untuk beradu tenaga.mereka (kanak-kanak taska masih lagi tergamam dengan aksi ganas 2 lelaki secara live )dan kemudian dapat ditenangkan setelah cikgu taska ingin memaklumkan hal tersebut kpd pihak polis.si ayah menyerah...melarikan diri...
itu adalah kesimpulan tentang apa yang sepet tonton.

aku cuba untuk tenteramkan sepet dgn cara paling lembut agar dapat melupakan setiap detik cemas yg telah dia lihat seawal umur 5 tahun.pada aku perkara ini tidak seharusnya berlaku ditempat umum,apalagi di tempat kelompok kanak-kanak yang sedang mencari input untuk mengenal abjad dan nombor.
jika input ganas seperti itu dipertontonkan walaupun secara tidak sengaja,mungkin akan memberi efek yang sangat mendalam dalam perkembangan otak si kecil.
perkara ini mungkin akan menjadi teladan bagi semua ibu bapa yang hadir untuk menjemput anak mereka tengahari tadi.itu adalah bukti jelas tentang apa yang tidak sepatutnya kita pertontonkan pada anak-anak jika berada di rumah ;

1,jika terdapat selisih faham antara ahli keluarga,seeloknya carilah tempat khusus untuk berbincang.kawal emosi dan cuba fahami emosi si kecil.apa yang mereka fikir jika kita sentiasa bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat di depan mereka ?
2.jangan pertontonkan (movie) / rancangan yang mempunyai aksi ganas ketika bersama si kecil di rumah.trauma adalah suatu perkara serius bagi si kecil.sehingga kadang-kadang boleh terbawa ketika tidur serta mengganggu emosi.

itu cuma pandangan aku,
sekarang sepet seakan melupakan hal itu setelah mendapat sebatang aiskrim namun aku yakin cerita ini tak kan terhenti dalam fikiran nya seperti mana dia asyik menceritakan hal yang sama pada aku walaupun aku tahu cerita itu sudah bertahun telah berlalu...dia masih lagi menceritakan hal yang sama ,

"papa,sofea masih ingat waktu sofea temankan papa di hospital.masa tu mama sakit perut (saat nak melahirkan adiknya,puteri yasmin marissa).bla...bla ..bla.."
itu adalah kenangan terindah.
jika kenangan yang menakutkan ??
fikir sejenak....

M E S S O B U R G E R
penulis bebas
12:52pm
15/05/2014

Saturday, 3 May 2014

CHAPTER 4

03/04/2014,sabtu
Harini aku cuti.Entah kenapa fikiranku masih ditahap yang sama.Tiada fokus pada sesuatu yang ingin aku lakukan.mungkin aku terlalu fikirkan tentang fikiran semua orang dengan apa yang bakal aku tempuhi kelak.
Ibuku sering kali berpesan ;
"sebelum kamu fikirkan orang lain,fikirkan dulu apa perasaan kamu.."
ye,naluri ibu memang aku akui.ibuku merupakan penasihat sejati sejak aku mula mampu melihat alam dunia.

Lalu aku terus ke pantai bersama sekeping papan yang selalu mendampingiku walaupun aku tahu musim ombak girang sudah pun berlalu...
Rakan-rakan ku sudah sedia menunggu,sudah sekian lama agaknya kami tidak berkumpul memeriahkan pantai.dari jauh aku lihat ,mereka asyik dengan corak permainan.Hatiku masih tak menentu,apalagi bila melihat tiada kelibat ombak sebesar di musim tengkujuh.
"arghhh...mana ombak ? "bisikku sendirian.

Tanpa memikirkan apa-apa,aku bersiap dgn niat sekadar untuk mandi.memadai bagi aku jika terkena air masin untuk menghilangkan "gian" yang terpendam.aku berlari-lari bersama papan.ombak pertamaku lebih kurang paras lutut.lantak,aku main !
Lega,
saat mula terkena air masin.kemudian aku berlari lagi,mengejar ombak kecil musim panas.
Inilah duniaku,sejak aku bermulanya kisah aku..tahun ini telah masuk musim kedua aku "bercinta" dengan ombak.

biasanya kami akan mula berhenti meluncur bila matahari semakin terbenam dan saat itulah aku akan mula sibuk merakamkan detik indah aku di pantai.aku adalah pencinta sunset.warna-warna yang terhasil adalah warna keindahan,ketenangan,kebebasan dan pelbagai tafsiran lagi.sangat Agung ciptaan Tuhan,lukisan alam adalah seni terindah yang pernah aku lihat.

usai solat,
aku kerumah itu lagi.menjenguknya yang sudah 2hari mengadu panas badan.mungkin demam atau sekadar kekurangan air dalam badan atau mungkin itu adalah kesan sampingan Chemotherapy tempohari.
"awak ada check suhu badan ?"aku cuba bertanya khabar sebelum aku sendiri check secara manual suhu pada pangkal lehernya.tidak terlalu panas,mungkin sebab cuaca.
Doktor berpesan,jika suhu badannya melampau,dia perlu segera ke wad kecemasan berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan menyatakan 3 perkara penting tentangnya :
(1)saya adalah pesakit canser dan
(2)saya kini dalam proses rawatan Chemotherapy dan
(3)kini saya _____________________ dan perlu jalani rawatan segera atas arahan HUSM.

3 perkara penting ini perlu aku ingat untuk nyatakan pada mereka yang bertugas di saat aku alami situasi cemas semasa berada di rumah.

Sebenar semalam saat aku menjenguknya,dia sedang tidur di kerusi ruang tamu.saat itu "mask" yang selalu dipakainya berada di ikatan pada lehernya.mungkin dia sedikit rimas untuk bernafas melalui mask.tapi demi menjaga apa yang disedutnya,terpaksa dia akur.mask adalah teman sejatinya...
aku menghampirinya dengan mataku tertumpu pada kesan tompokkan kecil kemerahan tepat pada ruangan sedutan nafasnya pada mask tersebut.lalu dia terjaga kerana aku cuba menarik mask itu untuk memastikan kesan merah itu adalah bukan darah.

"awak ada batuk-batuk tak tadi ?"dia mengangguk.
aku sedikit konfius dengan apa yang aku lihat.merah sedikit bercampur dgn warna coklat.mask tu perlu disimpan untuk rujukan doktor pada tarikh 05/05/2014 nanti ...

temujanji berikutnya adalah pada hari ISNIN 05/05/2014 di HUSM,KUBANG KERIAN dan seperti biasa sehari sebelum tarikh temujanji ,dia diwajibkan membuat BLOOD TEST di hospital berdekatan iaitu pada AHAD 04/05/2014.

Sebelum aku pulang ,
dia ada menyatakan bahawa dia perlu ke Unisza untuk menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan cuti,mc dan segalanya di pejabat pentadbiran tempat dia bekerja dan akan bergegas pulang untuk jalani BLOOD TEST seperti yang dijanjikan.kali ini ayahnya sebagai peneman kerana aku mempunyai hal mustahak yang tidak dapat dielakkan dan dijelaskan di sini.

SOFEA DAN MARISSA ,
saat itu mereka sedang asyik dengan dunianya.sofea sedang belajar menulis dan marissa dengan aksi joget kartun kegemarannya di depan tv.segala keperluan mereka aku dah aturkan,susu dan lampin pakai buang marissa pun masih banyak dalam simpanan.tiba-tiba sofea datang lalu menunjukkan bekas pensel nya yang kian kosong...

"papa,pensel sofea dah hilang.haritu sofea pinjam pensel cikgu untuk menulis.."
kesian,aku sendiri lihat bagaimana kesungguhannya untuk belajar menulis.
"kejap lagi papa beli pensel untuk sofea.pagi esok jangan bangun lambat untuk ke sekolah,kalau nak pensel bangun awal-awal.nanti tunggu papa datang."
"ok papa"

saat aku mula melangkah untuk pulang,
perlahan-lahan marissa datang..mimik muka nya sangat aku faham.aku cuba melambaikan tangan namun dia masih tercegat di muka pintu seperti tidak membenarkan aku pulang.langkahku terhenti,aku tenung tepat matanya yang sayu lalu aku peluk cium nya sepuas hati aku.
memang aku akui,hati aku selalu menangis saat aku memeluk erat anak-anak.mereka belum mengerti,belum faham untuk aku jelaskan..dan saat itu juga aku berdoa ,

"Ya Tuhan,jika umurku masih panjang untuk mereka.Kau kembalikanlah mereka pada aku.sesungguhnya hati ini selalu merindu pada telatah mereka seperti dulu-dulu..."

Aku akan terus menunggu ,
saat itu.

bersambung...
M E S S O  B U R G E R
aku yang merindu.
03:19am


Sunday, 27 April 2014

DIARI UNTUKMU MARISSA



                                          *untukmu sayangku Puteri Yasmin Marissa*


       Maafkan papa sekiranya tidak terlalu banyak yang papa tulis tentangmu,sebenarnya papa tertunggu-tunggu saat dimana papa dapat merakamkan setiap telatah comel mu.marissa kini semakin membesar,semakin comel dan yang paling ketara marissa selalu membuatkan papa tergelak dengan telatah lucu yang betul-betul menceriakan hari papa.marissa seakan faham ,selalu hiburkan papa dan mama.cuba tengok picture yang papa berjaya rakamkan ni .comel kan??saat ini kamu baru terjaga dari tidur di mana kamu terus terbangun apabila mendengar suara papa yang memanggil nama marissa dan terus kamu ekspresikan mimik muka sedemikian.tergelak sakan papa selepas melihat reaksi muka kamu di skrin telefon papa.        
         Papa juga ingin jelaskan pada kamu tentang keadaan papa disaat kamu membesar.maafkan papa sayang ,papa tahu papa tidak banyak masa bersama kamu.namun ,setiap pagi papa akan cuba adakan masa papa bersama kamu,itu pun jika kamu sudah terjaga dari tidur.setiap pagi papa akan menjenguk mu di bilik yang selalu marissa tidur sementara menunggu sofea untuk ke sekolah.comel sangat marissa time tidur ,tapi papa tahu marissa tak kan perasan semua tu sebab papa hanya menjenguk kamu dari jauh,sesunyi yang mungkin papa tidak akan bersuara demi menjaga mimpi indahmu.papa sangat rindu untuk bersama kamu pada setiap malam,percayalah tidak sedetik pun papa melupakan kamu.papa terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan ,papa redha sayang.....asal kamu tidak jauh dari papa.
              Sudah memadai bagi papa , saat papa cuba mengajar kamu menyebut perkataan "PAPA" dan kamu faham walaupun dengan hanya sebutan "PA" .papa tahu,kamu pun turut merasai naluri seperti papa.
sesungguhnya ini adalah anugerah terindah dalam hidup papa,dianugerahkan kamu dan kakak kamu sofea.
Hidup ini tidak selalunya indah sayang,
kamu terpisah dari papa sejak kamu dilahirkan dan itu sangat-sangat membuatkan papa terlalu rindu untuk memelukmu disaat papa ingin melelapkan mata.papa akan sentiasa menunggu saat kamu dan sofea membesar,papa akan sediakan bilik untuk kamu temani hari-hari papa nanti.itu janji papa.
             Kadang-kadang papa terasa malu pada orang sekeliling ,
hidup papa sendiri.hidup papa sepi.mereka tak tahu apa yang papa alami dan papa tidak pernah salahkan mereka kerana silap papa yang terlalu berahsia.biarlah.....
papa yakin masa akan menentukan segalanya,menunggu saatnya nanti sofea dan marissa berada di sisi papa walaupun papa tahu di masa itu papa sudah menjangkau usia tua.namun,papa tetap muda untuk kalian.

Marissa,
Harini papa menjenguk mu lagi.kamu sudah mula belajar bercakap ikut bahasa kamu sendiri.papa cuba faham / buat-buat faham.pernah juga papa terlelap seketika semasa asyik melayan telatah kamu dan kemudian telefon papa berbunyi.sejurus itu,
kamu terus datang berdiri di hadapan telefon dan berceloteh seakan ingin memberitahu papa tentang hal itu.
sangat comel dan kamu sangat alert tentang papa.
cuma satu ,
marissa sangat-sangat berbeza dengan sofea.masing-masing dengan cara tersendiri dan kedua-dua nya papa sayang.kalian merupakan ujian bagi papa...papa akan pantau kamu,walau dari jauh sekalipun papa tetap fikirkan kamu.
mungkin kamu akan terasa papa sedikit jauh kerana masa ,tapi naluri papa tetap bersama kamu.kamu tetap di hati walau kemana papa pergi....

lagi sekali papa minta maaf ,
hanya ini yang mampu papa bagi untuk tatapan kamu nanti.satu-persatu akan papa tulis sebagai kenangan kita.untuk perkembangan mama saat ini,insyALLAH dia akan semakin pulih .tentangnya juga papa akan tulis agar marissa tahu walaupun ianya telah lama berlalu sehinggalah kamu dapat membaca setiap isi blog ini.
Redha lah dengan apa yang berlaku dan jangan sesekali salahkan takdir.
kamu perlu kuat melalui nya sepertimana mama kamu yang terlalu tabah melawan sakitnya...
Ketika itu kamu masih kecil sayang...
masih di dukungan kami..
belum faham,belum tahu.

selebihnya carilah ,
bertanyalah kepada mereka yang tahu.

M E S S O   B U R G E R
blogger tua.
01:54am
28/04/2014

Friday, 25 April 2014

DIARI UNTUKMU SOFEA


JUMAAT , 25/04/2014_ Harini papa bawa kamu ke pantai di mana tempat yang selalu kamu bermain sejak kamu kecil.seronok papa tengok,kamu suka main air berbanding pasir tidak seperti kebanyakkan kanak-kanak yang lain.tidak seperti sewaktu kamu masih kecil dulu,papa masih ingat saat pertama kali papa bawa kamu ke pantai ,
kamu menangis bila mendengar deruan ombak kecil dan kamu segera mengangkat kaki serta meronta-ronta saat air masin mula menyentuh kulit halus telapak kakimu.saat itu,kamu dalam lingkungan umur belum menjangkau setahun dan mama kamu masih sangat-sangat sihat.

Sofea tahu ,
sebenarnya pantai ini juga menyimpan seribu kenangan bagi papa.saat papa gusar ,saat papa sedih ,saat papa rindu ,papa akan sentiasa di pantai.mungkin kamu tak pernah tahu semua tu.kamu masih kecil dan belum faham.pantai inilah tempat papa meluahkan segalanya.dan papa yakin,suatu hari nanti kamu akan tercari akan segalanya..maka carilah ,
papa hanya cuba menulis apa yang terbuku untuk tatapan kamu dan adik kamu.namun ,disebaliknya kamu akan faham satu persatu apabila ada yang akan bercerita tentang itu bila tiba waktunya...

Petang tadi kamu sedikit nakal ,
tak pernah nak dengar arahan dari papa.tapi papa tak kisah,itu adalah dunia kamu.maka teruskanlah,belajar dari kesilapan kamu sendiri.papa suka cara itu kerana semuanya akan membantu proses pembesaran kamu.
tak mungkin ,
selamanya papa akan dapat memegang serta memimpin tanganmu sayang.
tiba masanya papa akan hanya mampu memberi sedikit pendapat ,namun keputusannya terserah pada kamu.
papa tak pernah memaksa kamu dalam semua hal dan kerana itu papa selalu dikatakan terlalu memanjakan kamu tidak seperti adik ,
yang hanya banyak diam serta menurut perintah.sekarang umurnya 1 tahun 2 bulan.agak jauh jarak umur antara kamu.

Setelah penat ,
papa bawa kamu makan dan memang kamu lah yang sentiasa menemani papa .
setiap kali papa menjenguk kamu dan adik,kamu lah orang pertama yang sangat-sangat gembira dengan kedatangan papa.dalam kepala kamu hanyalah aiskrim,seperti yang selalu papa hadiahkan untuk memujuk serta menggembirakan hati kamu.kalau ikut papa,gerenti dapat aiskrim.kan ?
ingatkah kamu semua itu ??

Bila pulang ke rumah usang papa ,
biasanya kamu akan terus ke meja laptop.minta papa pasangkan rancangan kartun kegemaran kamu atau lagu-lagu nyayian ABC kanak-kanak.papa tak minat pun semua tu tapi kerana kamu,papa turut nyanyi...
gembiranya dunia kamu wahai sayangku ,
tiada kata-kata yang dapat papa coretkan untuk menggambarkan tentang semua itu.papa hanya senyum ,
melihat telatah dan gaya kamu saat menyanyikan sesebuah lagu.kemudian ,

Kamu terus ke bilik ,
dan memanggil papa supaya memeluk serta menemani setiap detik sebelum kamu belayar ke alam mimpi indahmu.jemarimu papa genggam seakan tidak terlepas.itu adalah gambaran tentang perasaan papa pada kamu.tak perlu papa jelaskan secara terperinci , itu sudah memadai bagi seorang ayah yang sentiasa merindui serta mengharapkan detik-detik itu kembali...

Sofea ,
saat ini kamu sedang lena dibuai mimpi namun papa masih lagi seperti selalu.
menulis apa yang mungkin dapat menjadi bahan tatapan kamu bila besar nanti.
dan mungkin semua ini takkan pernah terhenti sehinggalah suatu hari nanti ,
saat semuanya pergi berlalu bersama waktu.
dan saat itu ,
hanya inilah yang papa mampu bagi
ianya akan abadi dan
tak kan mati...

"selamat tidur sayang,jadikanlah kenangan sepanjang hari sebagai bunga-bunga tidurmu yang indah..."


M E S S O  B U R G E R
01:19am
26/04/2014