Sunday, 27 April 2014

DIARI UNTUKMU MARISSA



                                          *untukmu sayangku Puteri Yasmin Marissa*


       Maafkan papa sekiranya tidak terlalu banyak yang papa tulis tentangmu,sebenarnya papa tertunggu-tunggu saat dimana papa dapat merakamkan setiap telatah comel mu.marissa kini semakin membesar,semakin comel dan yang paling ketara marissa selalu membuatkan papa tergelak dengan telatah lucu yang betul-betul menceriakan hari papa.marissa seakan faham ,selalu hiburkan papa dan mama.cuba tengok picture yang papa berjaya rakamkan ni .comel kan??saat ini kamu baru terjaga dari tidur di mana kamu terus terbangun apabila mendengar suara papa yang memanggil nama marissa dan terus kamu ekspresikan mimik muka sedemikian.tergelak sakan papa selepas melihat reaksi muka kamu di skrin telefon papa.        
         Papa juga ingin jelaskan pada kamu tentang keadaan papa disaat kamu membesar.maafkan papa sayang ,papa tahu papa tidak banyak masa bersama kamu.namun ,setiap pagi papa akan cuba adakan masa papa bersama kamu,itu pun jika kamu sudah terjaga dari tidur.setiap pagi papa akan menjenguk mu di bilik yang selalu marissa tidur sementara menunggu sofea untuk ke sekolah.comel sangat marissa time tidur ,tapi papa tahu marissa tak kan perasan semua tu sebab papa hanya menjenguk kamu dari jauh,sesunyi yang mungkin papa tidak akan bersuara demi menjaga mimpi indahmu.papa sangat rindu untuk bersama kamu pada setiap malam,percayalah tidak sedetik pun papa melupakan kamu.papa terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan ,papa redha sayang.....asal kamu tidak jauh dari papa.
              Sudah memadai bagi papa , saat papa cuba mengajar kamu menyebut perkataan "PAPA" dan kamu faham walaupun dengan hanya sebutan "PA" .papa tahu,kamu pun turut merasai naluri seperti papa.
sesungguhnya ini adalah anugerah terindah dalam hidup papa,dianugerahkan kamu dan kakak kamu sofea.
Hidup ini tidak selalunya indah sayang,
kamu terpisah dari papa sejak kamu dilahirkan dan itu sangat-sangat membuatkan papa terlalu rindu untuk memelukmu disaat papa ingin melelapkan mata.papa akan sentiasa menunggu saat kamu dan sofea membesar,papa akan sediakan bilik untuk kamu temani hari-hari papa nanti.itu janji papa.
             Kadang-kadang papa terasa malu pada orang sekeliling ,
hidup papa sendiri.hidup papa sepi.mereka tak tahu apa yang papa alami dan papa tidak pernah salahkan mereka kerana silap papa yang terlalu berahsia.biarlah.....
papa yakin masa akan menentukan segalanya,menunggu saatnya nanti sofea dan marissa berada di sisi papa walaupun papa tahu di masa itu papa sudah menjangkau usia tua.namun,papa tetap muda untuk kalian.

Marissa,
Harini papa menjenguk mu lagi.kamu sudah mula belajar bercakap ikut bahasa kamu sendiri.papa cuba faham / buat-buat faham.pernah juga papa terlelap seketika semasa asyik melayan telatah kamu dan kemudian telefon papa berbunyi.sejurus itu,
kamu terus datang berdiri di hadapan telefon dan berceloteh seakan ingin memberitahu papa tentang hal itu.
sangat comel dan kamu sangat alert tentang papa.
cuma satu ,
marissa sangat-sangat berbeza dengan sofea.masing-masing dengan cara tersendiri dan kedua-dua nya papa sayang.kalian merupakan ujian bagi papa...papa akan pantau kamu,walau dari jauh sekalipun papa tetap fikirkan kamu.
mungkin kamu akan terasa papa sedikit jauh kerana masa ,tapi naluri papa tetap bersama kamu.kamu tetap di hati walau kemana papa pergi....

lagi sekali papa minta maaf ,
hanya ini yang mampu papa bagi untuk tatapan kamu nanti.satu-persatu akan papa tulis sebagai kenangan kita.untuk perkembangan mama saat ini,insyALLAH dia akan semakin pulih .tentangnya juga papa akan tulis agar marissa tahu walaupun ianya telah lama berlalu sehinggalah kamu dapat membaca setiap isi blog ini.
Redha lah dengan apa yang berlaku dan jangan sesekali salahkan takdir.
kamu perlu kuat melalui nya sepertimana mama kamu yang terlalu tabah melawan sakitnya...
Ketika itu kamu masih kecil sayang...
masih di dukungan kami..
belum faham,belum tahu.

selebihnya carilah ,
bertanyalah kepada mereka yang tahu.

M E S S O   B U R G E R
blogger tua.
01:54am
28/04/2014

Friday, 25 April 2014

DIARI UNTUKMU SOFEA


JUMAAT , 25/04/2014_ Harini papa bawa kamu ke pantai di mana tempat yang selalu kamu bermain sejak kamu kecil.seronok papa tengok,kamu suka main air berbanding pasir tidak seperti kebanyakkan kanak-kanak yang lain.tidak seperti sewaktu kamu masih kecil dulu,papa masih ingat saat pertama kali papa bawa kamu ke pantai ,
kamu menangis bila mendengar deruan ombak kecil dan kamu segera mengangkat kaki serta meronta-ronta saat air masin mula menyentuh kulit halus telapak kakimu.saat itu,kamu dalam lingkungan umur belum menjangkau setahun dan mama kamu masih sangat-sangat sihat.

Sofea tahu ,
sebenarnya pantai ini juga menyimpan seribu kenangan bagi papa.saat papa gusar ,saat papa sedih ,saat papa rindu ,papa akan sentiasa di pantai.mungkin kamu tak pernah tahu semua tu.kamu masih kecil dan belum faham.pantai inilah tempat papa meluahkan segalanya.dan papa yakin,suatu hari nanti kamu akan tercari akan segalanya..maka carilah ,
papa hanya cuba menulis apa yang terbuku untuk tatapan kamu dan adik kamu.namun ,disebaliknya kamu akan faham satu persatu apabila ada yang akan bercerita tentang itu bila tiba waktunya...

Petang tadi kamu sedikit nakal ,
tak pernah nak dengar arahan dari papa.tapi papa tak kisah,itu adalah dunia kamu.maka teruskanlah,belajar dari kesilapan kamu sendiri.papa suka cara itu kerana semuanya akan membantu proses pembesaran kamu.
tak mungkin ,
selamanya papa akan dapat memegang serta memimpin tanganmu sayang.
tiba masanya papa akan hanya mampu memberi sedikit pendapat ,namun keputusannya terserah pada kamu.
papa tak pernah memaksa kamu dalam semua hal dan kerana itu papa selalu dikatakan terlalu memanjakan kamu tidak seperti adik ,
yang hanya banyak diam serta menurut perintah.sekarang umurnya 1 tahun 2 bulan.agak jauh jarak umur antara kamu.

Setelah penat ,
papa bawa kamu makan dan memang kamu lah yang sentiasa menemani papa .
setiap kali papa menjenguk kamu dan adik,kamu lah orang pertama yang sangat-sangat gembira dengan kedatangan papa.dalam kepala kamu hanyalah aiskrim,seperti yang selalu papa hadiahkan untuk memujuk serta menggembirakan hati kamu.kalau ikut papa,gerenti dapat aiskrim.kan ?
ingatkah kamu semua itu ??

Bila pulang ke rumah usang papa ,
biasanya kamu akan terus ke meja laptop.minta papa pasangkan rancangan kartun kegemaran kamu atau lagu-lagu nyayian ABC kanak-kanak.papa tak minat pun semua tu tapi kerana kamu,papa turut nyanyi...
gembiranya dunia kamu wahai sayangku ,
tiada kata-kata yang dapat papa coretkan untuk menggambarkan tentang semua itu.papa hanya senyum ,
melihat telatah dan gaya kamu saat menyanyikan sesebuah lagu.kemudian ,

Kamu terus ke bilik ,
dan memanggil papa supaya memeluk serta menemani setiap detik sebelum kamu belayar ke alam mimpi indahmu.jemarimu papa genggam seakan tidak terlepas.itu adalah gambaran tentang perasaan papa pada kamu.tak perlu papa jelaskan secara terperinci , itu sudah memadai bagi seorang ayah yang sentiasa merindui serta mengharapkan detik-detik itu kembali...

Sofea ,
saat ini kamu sedang lena dibuai mimpi namun papa masih lagi seperti selalu.
menulis apa yang mungkin dapat menjadi bahan tatapan kamu bila besar nanti.
dan mungkin semua ini takkan pernah terhenti sehinggalah suatu hari nanti ,
saat semuanya pergi berlalu bersama waktu.
dan saat itu ,
hanya inilah yang papa mampu bagi
ianya akan abadi dan
tak kan mati...

"selamat tidur sayang,jadikanlah kenangan sepanjang hari sebagai bunga-bunga tidurmu yang indah..."


M E S S O  B U R G E R
01:19am
26/04/2014

Wednesday, 23 April 2014

CHAPTER 3


Setelah selesai rawatan Chemotherapy yang pertamanya,dia perlu berehat selama 2minggu dan kemudian repeat balik pada tarikh yang berikutnya.sepanjang tempoh tersebut dia dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih makanan kerana dalam tempoh ini sel-sel darah putihnya semakin berkurangan (sel darah putih untuk melawan penyakit).makanan perlu dimasak secukupnya,begitu juga dengan air minuman.hendaklah dimasak terlebih dahulu dan tidak dibenarkan meminum minuman segera walaupun dari punca air yang bersih seperti mineral.untuk makanan seperti nasi dan lauk-pauk,seeloknya dimasak sendiri di rumah yang lebih terjamin tentang kebersihannya dan makanan juga adalah tidak melebihi 3 jam setelah dimasak.memang sukar untuk menjaga segala makan minum nya.namun,ini hanyalah bersifat sementara.hanya semasa dalam proses rawatan chemotherapy.

Untuk proses rawatan Chemotherapy kali kedua ,
segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.begitu juga untuk tempoh 2 minggu yang seterusnya iaitu rawatan untuk kali ketiga,juga tiada masalah.
mengikut perancangan doktor pakar,setelah selesai rawatan untuk kali ketiga dia diwajibkan menjalani proses x-ray untuk membuat analisis tentang canser nya antara sebelum dan selepas proses rawatan Chemotherapy sebanyak 3 kali.
dia lagi sekali diberi tarikh temujanji untuk berbincang / menjalani rawatan susulan yang berikutnya.

Pada hari yang dinantikan,iaitu hari result x-ray dikeluarkan kami terus ke bilik doktor pakar.kelihatan 2 orang doktor pakar sedang menunggu kami dengan riak wajah yang tenang...

"apa khabar nurul ? sihat ?"
dia hanya tersenyum menandakan yang tahap kesihatannya semakin pulih.pada aku,pulih dari segi semangat untuk melawan penyakit.
"sila duduk..."
lalu doktor mempelawa kami duduk di depan skrin komputer yang terpampang jelas gambaran tengkorak dan organ dalaman manusia di bahagian paru-paru..
doktor kemudiannya membuka cerita mengenai apa yang telah dianalisisnya...

"Sebenarnya kami merasa hairan,setelah saya membuat perbincangan dengan seorang lagi doktor pakar tentang canser yang awak alami.sepatutnya setelah 3 kali menjalani rawatan Chemotherapy,sel-sel canser tersebut akan mengecut.tidak banyak,at least dalam nisbah kecil kerana sel canser ni agak agresif.namun,berdasarkan result x-ray yang kami terima sel canser ni semakin membesar di bahagian paru-paru kamu .saya nak kamu lebih tenang tentang apa yang akan saya terangkan sebentar nanti.....
kerana itu,
tahap canser kamu sekarang adalah di tahap 4.
Namun,
Setelah membuat perbincangan dengan seorang pakar darah dan saya telah meminta pendapat kedua dari nya ,jenis canser kamu sebenarnya bukanlah CARCINOMA SARCOMA seperti yang sebelum ini kerana canser tersebut teramat-amat jarang berlaku di Malaysia.sifatnya adalah mirip kepada canser jenis HODGKIN LYMPHOMA (canser darah) dan setelah membuat analisis secara terperinci kami bersependapat bahawa kamu telah menghidapi canser darah iaitu HODGKIN LYMPHOMA.
walaupun kamu kini di tahap 4,
Hodgkin lymphoma adalah tidak seagresif carcinoma sarcoma dan kamu masih mempunyai harapan yang cerah untuk sembuh secara berperingkat mengikut rawatan susulan yang bakal dijadualkan.berdoalah pada tuhan,semoga ada sinar harapan baru bagi penyakit kamu.
untuk rawatan chemotherapy HODGKIN LYMPHOMA,
kamu dikehendaki membuat rawatan chemotherapy sebanyak 6 cycle dimana 1 cycle bersamaan 2kali chemotherapy.bermakna kamu akan menjalani rawatan chemotherapy sebanyak 12kali dan setiap 6kali rawatan,kamu akan melalui proses CT SCAN GLIDED BIOPSY untuk memastikan sel-sel canser tersebut mengecut seperti yang diharapkan.untuk rawatan kali ini,kamu akan dibekalkan ubat khas berdasarkan jenis sel canser tersebut iaitu dipanggil ABVD..."

aku mendengar dengan penuh teliti dan sempat mencatat apa yang telah dijelaskan oleh doktor tentang HODGKIN LYMPHOMA.saat itu dia kelihatan buntu.sedih bercampur gembira ;

*SEDIH = kerana canser nya kini berada di stage 4.
*GEMBIRA = kerana sinar harapan untuk sembuh semakin cerah jika dibandingkan antara hodgkin lymphoma dan carcinoma sarcoma.

Setelah mendapat penerangan terperinci dari doktor,
Dia meneruskan rutin rawatannya.ubat chemotherapy telah dibekalkan.
dan seperti selalu ,
aku adalah peneman rintihannya saat dia menahan sakit ketika jarum-jarum serta menahan kepedihan cecair jernih yang mula menular ke seluruh saluran darah di dalam tubuhnya.....

"Awak, saya sakit..."

to be continued.

M E S S O B U R G E R
chapter 3 of Hodgkin Lymphoma figther
01:25 am
24/04/2014

Tuesday, 22 April 2014

CHAPTER 2


Setelah kami diberitahu tentang result sample tisu dan dia disahkan menghidapi canser CARCINOMA SARCOMA pada tahap 3 ,dia perlu dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),kubang kerian untuk menjalani proses rawatan CHEMOTHERAPY secepat mungkin kerana sel-sel canser yang dihidapinya agak agresif dan kian merebak pada saluran pernafasan.mengikut kata doktor,jika sel-sel ini merebak ke saluran pernafasan mungkin dia akan mengalami gangguan / sesak nafas dan pada masa itu,terdapat sedikit bonjolan kecil dan agak keras pada pangkal lehernya.memang itu adalah kesan / ketumbuhan yang dihidapinya..
Hari pertama di HUSM ,
Kami dibawa berdiskusi dengan 2 orang doktor pakar canser.mereka menerangkan segala hal yang berkaitan bedasarkan sample slide tisu,result x-ray,sample darah yang sebelumnya dikendalikan oleh pihak Hospital Nur Zahirah,kuala terengganu.
Mengikut perancangan doktor,dia perlu menjalani rawatan Chemotherapy dengan kadar seberapa segera untuk memastikan sel-sel canser nya mengecut secepat yang mungkin.dia diberi jadual dan tarikh temujanji untuk proses 6 kali Chemotherapy.kemudian,keesokkan harinya bermula lah rawatan untuk pertama kalinya....
Hari pertama rawatan Chemotherapy ,
proses rawatan mengambil masa lebih kurang hampir 10 jam mengikut perancangan.prosedur-prosedur dijalankan adalah secara berperingkat dan untuk prosedur pertama adalah pesakit wajib mengambil ujian darah.
Sekali lagi dia diruncing masalah,
darahnya tidak mencukupi untuk membenarkan dia menjalani rawatan seterusnya dan kemudian doktor mengarahkan agar dia diberikan sebotol darah sebagai syarat.rawatan Chemotherapy untuk kali pertama bagi nya terpaksa ditunda ke tarikh esok hari.kondisinya semakin lemah,semakin penat dan tidak bermaya.penat dengan melawan penyakit dan juga mungkin penat berulang-alik dari rumah ke HUSM yang jaraknya kira-kira 1 jam dengan berkereta.
Keesokan harinya ,
kami datang lagi ke HUSM dan dia kini dibenarkan menjalani rawatan tersebut di dalam bilik khas (DAY CARE) yang mana semua nya adalah pesakit canser.di situ terdapat pesakit dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.setelah semuanya lengkap,vaksin Chemotherapy mula dimasukkan melalui jarum-jarum yang dicucuk di sekitar pengelangan tangan nya...kesakitannya mula terasa apabila aku melihat ada titik-titik air jernih yang menghiasi kelopak matanya....pada hari tu,kebetulan bapanya juga ada menemani nya,dan untuk masa yang terluang aku meminta diri untuk membeli makanan sebagai bekalannya.lalu aku ke cafe yang berdekatan ,
Kira-kira setengah jam kemudian,aku mendapat panggilan dari bapa mentua ku.dia mengalami sesak nafas yang teruk sehingga memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas.aku ke bilik DAY CARE dengan segera bersama bungkusan makanan yang dipesannya..bila aku sampai,aku tengok keadaan nya yang lemah serta tidak bermaya dan doktor menegaskan bahawa isteri ku ada masalah angin di dalam badan ( gastrik ) dan kerana efek tersebut,menyukarkan dia untuk bernafas dalam keadaan normal.
proses chemotherapy terpaksa dihentikan dan dia diberi ubat gastrik dan disarankan bersarapan dahulu untuk tenaga dan alas perut.
Alhamdulillah ,
prosesnya rawatannya masih boleh diteruskan.dia kini terlantar di katil pesakit sementara menunggu semuanya selesai.sambil menunggu ,aku ke sudut bacaan untuk mengisi masa yang terluang.sejak dia sakit,aku telah banyak membaca bahan bacaan tentang canser dan salah satunya adalah tentang kisah hidup seorang doktor yang mana dulunya beliau juga adalah salah seorang pesakit canser kronik.berbekalkan semangat,doa dan rawatan yang berterusan dia kini telah 100% bebas canser dan kini merupakan pakar kaunseling canser yang selalu menganjurkan seminar-seminar khas untuk pesakit / bekas pesakit canser.aku sangat kagum dengan semangat beliau dan kami juga berpeluang menemuinya untuk pertama kali pada hari tersebut.dia menyapa dengan penuh senyuman,memberi sedikit kaunseling dan kata-kata semangat kepada kami..
Seperti yang kami maklum ,
efek dari rawatan Chemotherapy adalah seperti keguguran rambut,kulit sedikit hitam (macam kesan terbakar) dan pelbagai kesan sampingan yang lain.kira-kira 3 hari selepas rawatan pertama,efeknya mula terkesan....
Aku ke bilik tidurnya untuk memastikan kesihatannya,
tiada demam ,cuma batuk-batuk masih kedengaran.
dan bila aku cuba mengusap rambutnya macam selalu,
hatiku mula tersentuh ,
"awak,tengok ni.."
kemudian dia cuba menggenggam segumpal rambutnya dan tunjukkan pada aku.
"ye saya tahu,ini adalah ujian bagimu..."
rambut-rambutnya gugur satu-persatu.
kemudian dia menangis.
bersambung....
M E S S O B U R G E R
penulis siri hidup seorang pesakit canser
11:00am
23/04/2014

CHAPTER 1


Di sepanjang aku berada di hospital,telah banyak yang aku lalui bersama pesakit canser.katil pesakit memenuhi setiap ruang di wad dan pesakit adalah terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.paling muda,berumur 16 tahun dan kini sedang menjalani proses chemotherapy seperti pesakit-pesakit yang lain.jelaslah bahawa sesungguhnya canser tidak pernah mengenal siapa..
Jika aku flashback,
sakitnya bermula hanya dengan batuk-batuk kecil semasa mengandungkan anak kedua kami,Puteri Yasmin Marissa.pada mulanya aku hanya beranggapan itu hanyalah alahan orang mengandung,namun batuknya berpanjangan sehinggalah marissa dilahirkan.batuk tanpa henti kemudian merebak demam pada sebelah malam.paling teruk demam beserta dengan peluh dan menggigil.
pada suatu malam,
seawal subuh dia terpaksa ke hospital untuk dirawat di unit kecemasan kerana demam dan batuk yang berterusan dan kemudian dia terpaksa ditahan di wad selama 9 hari kerana disyaki mengidap demam denggi.doktor mula mengambil sample darah untuk kepastian namun result nya "blur" dan secara kebetulan agensi yang bertugas mengkaji atau yang berkaitan dengan demam denggi adalah rakan lama sekampungku.
aku tidak diberitahu malah tidak mendapat penjelasan yang tepat tentang keputusan darahnya.
"sol,isteri kamu bukan dijangkiti virus denggi."
itu sahaja yang aku tahu..

Selepas berkampung selama 9 hari di wad,dia dibenarkan pulang.namun demam dan batuknya masih belum pulih sepenuhnya dan cuma bertahan pada ubat tahan sakit yang diberikan.kemudian dia kembali bekerja seperti biasa sehinggalah dia terpaksa dirujuk ke Hospital Nur Zahirah(HNZ) ,Kuala Terengganu kerana mengalami pendarahan kecil kerana batuk.(terdapatan ketulan darah dalam nisbah yang kecil di dalam kahaknya).

Di HNZ bermulanya eksperimen doktor tentang penyakitnya.
pada peringkat awal,doktor mengambil langkah x-ray sebagai pengesahan tentang permasalahan itu.memang benar,terdapat sesuatu yang agak ganjil pada bahagian hadapan paru-paru nya.kemudian,doktor aturkan tarikh bagi mengambil sample darah.ujian ini adalah secara berperingkat mengikut kondisi dan keadaan pesakit.kali pertama sample darah di ambil namun mereka masih tidak berpuas hati dan kemudian sample darah untuk kali kedua di uji...

Tempoh untuk mengetahui result sample darah tersebut cuma beberapa hari kerana pihak yang berwajib harus berdiskusi sesama mereka mengikut kaedah dan apa yang dipelajari.dan pada masa itu,kondisi atau keadaan dia semakin merosot.berat badannya turun secara mendadak dalam hanya tempoh 2 bulan.
Akhirnya,keputusan darah diperolehi namun doktor-doktor yang ditugaskan untuk mengendalikan kes ini masih belum berpuas hati dan...

dia aturkan lagi sekali tarikh temujanji.kali ini untuk tujuan pengambilan sample tisu pada bahagian yang berkaitan.untuk pertama kali dalam hidupnya,dia terpaksa melalui proses pembedahan kecil bagi tujuan tersebut.
Setelah pembedahan sample tisu selesai,dia lagi sekali terpaksa ditahan di wad bagi pemantauan penuh dari pihak hospital.dan kali ini result untuk sample tisu mengambil masa yang agak lama untuk di ketahui kerana bahan ujikaji tersebut perlu dihantar ke makmal yang berpusat di Kuala Lumpur bagi mendapat pengesahan dari doktor pakar.

Dalam tempoh yang telah ditetapkan,dia wajib menjalani satu lagi ujian sebelum result sample tisu dikeluarkan iaitu dia perlu menjalani proses CT SCAN GUIDED BIOPSY.ini bagi memastikan nisbah sebenar ketumbuhan yang kini agak agresif pada bahagian hadapan paru-paru nya.kira-kira sebulan selepas proses tersebut,result sample tisu dikeluarkan dan dia diberi tarikh yang amat sesuai bagi penerangan serta perbincangan khas dengan doktor pakar tentang semua yang berkaitan..

seperti biasa,aku akan menemaninya..

pada hari tersebut,
kami ke bilik doktor pakar .aku sememangnya sudah bersedia dengan segala keputusan yang bakal diterangkan oleh doktor.pada masa tu,keadaan badannya semakin lemah,cepat penat,kurus dan kurang selera makan...
hati manusia bisa luntur,
kerana semua kita bukanlah malaikat atau para wali.
dalam keadaan redha ,airmatanya membasahi pipi saat doktor pengakhiri perbualan kami ;

"sorry to say that .
nurul,bertabahlah.setiap apa yang terjadi sememangnya telah ditentukan.mengikut sample yang diambil,kamu kini menghidapi 
CARCINOMA SARCOMA  dan kini sudah berada di stage 3 ."

bersambung.....

M E S S O B U R G E R
pembenci canser.
01:12 am
22/04/2014.

21/04/2014

Aku terbangun seawal pagi dengan kehadiran nurse dan doktor yang merawat dia.dia dipantau setiap 2jam oleh doktor yang bertugas.rutinnya wajib dipantau tekanan darah,kandungan air dan meliputi pelbagai aspek seperti pesakit canser yang lain.
Dia kini semakin stabil dan mampu utk berjalan walaupun langkahnya agak perlahan.untuk masa yang terluang,sesekali aku lihat dia menonton video-video si kecilyang telah terakam di telefon bimbitnya.
Rindu,
Rindu dengan telatah sofea dan marissa.begitu juga aku.
Sebelum aku berangkat ke hospital,aku hanya sempat meluangkan hanya beberapa jam bersama mereka dan pada 3 hari sebelumnya,aku masih dengan tugasku di pulau perhentian.
Semalam,
Kami sempat mendengar celoteh bahasa marissa melalui telefon.hanya itu sahaja medium pelepas rindu pada anak-anak.sofea tentu bersekolah,namun pagi nya tanpa aku dan pulang nya aki nya yang akan menjemput dia dari sekolah.
Sementara memberi ruang kepada doktor yang bertugas , aku keluar dan bersantai di taman yang berhampiran.di sini terdapat himpunan manusia yang mempunyai pelbagai karakter.mereka mengejar masa,mereka berkerusi roda,mereka bergelak tawa,dan mereka dengan cara mereka.
Tapi aku masih di sini ,
Sampai entah bila.......
Mengikut kata doktor pagi tadi,
Harini tak mungkin dia dibenarkan pulang dan sekarang aku sedang menemaninya untuk berjumpa pakar tentang saluran pernafasannya...

M E S S O B U R G E R
journalist tidak bernama.

21/04/2014

Sambil aku menunggu dia di luar bilik bedah,aku memerhatikan orang-orang di sekelilingku.rata-ratanya adalah waris atau orang yang terdekat dengan pesakit yang sedang menjalani pembedahan.kerana kepenatan,aku hampir terlelap dan lamunan aku terbantut apabila tiba-tiba aku mendapat panggilan dari pihak hospital.alhamdulillah,dia kini stabil dan telah di tempat di wad khas,terasing dari pesakit canser yang lain.
Aku terus ke bilik di mana tempat dia berehat dengan suasana yang agak tenang tanpa apa-apa gangguan bunyi.lebih tenang apabila kedengaran sayup-sayup suara alunan ayat-ayat suci al-quran kedengaran di setiap pembesar suara seluruh wad.
Di dada nya kini tertanam Chemotherapy Port yang mana sistem ini akan memudahkan lagi proses Chemotherapy nya yang akan datang.kerana tidak mahu mengganggu nya yang sedang enak beradu,aku keluar bilik dan lepak di sudut bacaan,di situ aku ditemani dengan gerak lincah seorang budak kecil yang sedang asyik bermain dengan jet kertasnya....umurnya dalam lingkungan si sepet,anak sulongku.

"Adik datang sini teman siapa?"
"Mama."
"Mama sakit apa?"
"Cansyer(canser)"

Itu adalah antara dialog pendek aku dengan budak tu .
Dengan penjelasan ringkas budak kecil tu tentang penyakit ibunya membuatkan aku terfikir akan si sepet.selama ini aku hanya menipunya setiap kali aku ke hospital....

"Sofea,jaga adik elok-elok.papa nak ke hospital,mama kamu demam lagi....."

M E S S O B U R G E R
life story journalist.

21/04/2014

Aku masih berada di luar bilik bedah.dia masih belum sedar,mungkin dari kesan ubat yang diberikan sebelum proses pembedahan.
Sebelum dia memasuki ruang pendaftaran di bilik bedah,kami sempat berborak-borak kosong.tujuan aku adalah untuk menghilangkan sedikit rasa gentarnya sebelum operation dijalankan.semasa dalam perjalanan dari wad ke bilik bedah,kelihatan dia sangat gembira dan sempat menyuruh aku mengambil beberapa keping gambarnya,mungkin itu adalah sebagai moment utk kenang-kenangannya.
Setelah semuanya lengkap,doktor mengarahkan aku supaya menunggu di ruang yang telah disediakan.untuk saat terakhir sebelum dia memasuki bilik bedah,aku lihat matanya tepat merenung wajahku....dan saat itu,aku terus menghampirinya serta mengucup dahinya sebagai pembakar semangat...
Lalu,
Dia menangis sehinggalah dia mula hilang dari pandanganku.....

"Tuhan,dengarkan rintihan suci hatiku.selamatkanlah dia demi si kecil yang menanti kasih sayang darinya...."

M E S S O B U R G E R
Husm,kubang kerian.

PESANAN DIA

PESANAN DIA
-----------------
Susulan rawatan Chemoterapy nya yang kini tertangguh 1 sesi,doktor sarankan dia supaya jalankan operation CHEMOTERAPY PORT secepat mungkin.Ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi proses chemoterapy yang akan datang.untuk cara operation dan contoh image yang aku google ,ia seperti satu saluran ke pembuluh darah yang paling besar. ( https://www.google.com.my/search?q=chemo+port+lymphoma&biw=1366&bih=624&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=7YVLU6XHHs6D8gXD8oGoCQ&ved=0CIIBELAE ) yg berada di sekitar atas bahagian paru-paru pesakit.

Mengikut rancangan doktor,
dia akan menjalani proses tersebut minggu depan dan sebelum itu,dia diwajibkan admit ward sebelum operation.segala kos rawatan masih dibawah tanggungan UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN,gong badak kuala terengganu di mana tempat kerja nya sebelum ini.namun,untuk permulaan segala kosnya adalah wajib dibayar secara tunai.kos keseluruhan CHEMOTERAPY PORT ini adalah lebih kurang rm850.

Dan untuk itu,
tujuan aku menulis ini adalah bertujuan untuk sampaikan ucapan ribuan terima kasih kami kepada mereka yang telah memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada kami.insyALLAH kami akan gunakan wang tersebut dalam bentuk yang paling berfaedah khususnya untuk sepanjang proses rawatan dia yang lebih kurang lagi 6 bulan mengikut jadual dan perancangan dari doktor pakar canser di HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,kubang kerian.
Seperti yang kami maklum,ramai diantara penderma adalah dari rakan sekolah,rakan sekolah lama,sedara-mara,followers blog,followers facebook malah ada segelintir yang sememangnya tidak mengenali antara kami.terima kasih,kami hargai nya dengan sepenuh hati dan semoga Tuhan membalasnya dengan segala seperti kebaikan yang telah disalurkan kepada kami.

"sampaikan pada mereka,beritahu pada tentang perkara ini.bagitahu mereka,sampai mati saya akan hargai semua ini...."

sebarkan.

NURUL SYAIDATUL ADHA,
hodgkin lymphoma figther.

Sunday, 13 April 2014

14/04/2014

RAWATAN SUSULAN.
--------------------------
Setelah lebih dari 5 kali rawatan chemoterapy,keadaannya  kini semakin positive.semakan doktor tentang keputusan dari lampiran x-ray nya menunjukkan result yang sangat menggembirakan hati kami.doktor menyatakan bahawa kira-kira 1/3 sel canser nya kini mengecut.alhamdulillah,tergambar jelas keceriaan diwajahnya ketika doktor menyatakan dan menterjemahkan kepingan kertas x yang menunjukkan kawasan sekitar paru-paru nya yang dijangkiti sel canser.harapan kini semakin cerah,
kemudian,pihak hospital memberikan tarikh temujanji yang seterusnya bagi menjalani rawatan yang berjadual.seperti yang dirancang,dia perlu datang pada 2 minggu kemudiannya.biasanya ,2 atau 3 hari selepas sesi rawatan,badan nya akan mula sakit dan dia akan banyak terlantar dan habiskan masa di dalam bilik.keluar jika hanya dia lapar atau untuk menonton tv.
pernah sekali,
bila aku membuka pintu bilik untuk melihat keadaannya,dia dalam keadaan menangis sambil ditangan nya terdapat kitab suci Al-Quran.aku sudah pasti faham,mungkin itu adalah terapi untuk jiwa nya.perlahan-lahan dia mengalunkan ayat suci dengan linangan airmata....

Sehari sebelum tarikh temujanji,dia diwajibkan untuk buat "blood test" di hospital daerah atau hospital yang paling dekat dengan kediaman.jika keputusan nya OK,baru lah seterusnya diluluskan untuk membuat rawatan Chemoterapy.Entah kenapa,kali ini ujian darahnya NEGATIVE.mungkin dia kurang makan,atau mungkin kurang tidur atau pelbagai sebab lagi.dia lagi sekali menangis.....kerana pada pemerhatian aku,untuk tempoh selepas rawatan tempohari dia sudah banyak berubah dari segi emosi dan jati diri.semakin kuat,semakin bersemangat malah dia sendiri telah ke ofis nya untuk uruskan hal-hal yang berkaitan untuk tempoh sepanjang ketiadaan nya di pejabat.sangat kuat,semangat nya betul-betul kuat dalam melawan penyakit.

13/04/2014.
HARI BLOOD TEST DI HOSPITAL DAERAH BESUT
resultnya negative.dia tidak dibenarkan untuk jalani rawatan chemoterapy pada 14/04/2014 di HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,kubang kerian.
Dan untuk memujuk emosinya yang sedikit tertekan,
aku mengambil keputusan untuk cuti dan membawanya jalan-jalan bersama anak-anak.tempat pilihan aku adalah kawasan berhampiran jeti.di situ kami dapat menikmati angin pantai dan keindahan warna alam ketika senja .....

Marissa semakin membesar dan kini sudah mampu berjalan.tergambar jelas pada wajah Sofea,seorang kakak yang sangat perihatin pada adiknya.sofea memimpin tangan marissa yang ingin berjalan mengelilingi kawasan.aku cuma tersenyum melihat telatah dua beradik yang sangat akrab.Doa ku sentiasa untuk mereka,semoga mereka jadi anak-anak yang solehah dan akrab sehingga akhir hayat.tiba-tiba mata ku terpaut pada reaksi wajah nya yang ketika itu turut memerhati telatah si sofea dan marissa..
air jernih melimpahi pipi nya,mata nya merah menahan sebak....
lantas aku dekati nya sambil mengusap-usap kepalanya ;

"kenapa awak nangis ? "
dia diam seribu bahasa.
aku tahu,
hati nya terusik melihat telatah anak-anak kami.
aku tahu,
dia mungkin fikirkan penghujung cerita antara kami.
dan aku tahu,
dia pernah menyuruh aku berjanji ;
"carilah orang yang baik-baik untuk mereka nanti....."


MESSO BURGER
epilog cinta.
02:25am
mon,14/04/2014.