Aku masih berada di luar bilik bedah.dia masih belum sedar,mungkin dari kesan ubat yang diberikan sebelum proses pembedahan.
Sebelum dia memasuki ruang pendaftaran di bilik bedah,kami sempat berborak-borak kosong.tujuan aku adalah untuk menghilangkan sedikit rasa gentarnya sebelum operation dijalankan.semasa dalam perjalanan dari wad ke bilik bedah,kelihatan dia sangat gembira dan sempat menyuruh aku mengambil beberapa keping gambarnya,mungkin itu adalah sebagai moment utk kenang-kenangannya.
Setelah semuanya lengkap,doktor mengarahkan aku supaya menunggu di ruang yang telah disediakan.untuk saat terakhir sebelum dia memasuki bilik bedah,aku lihat matanya tepat merenung wajahku....dan saat itu,aku terus menghampirinya serta mengucup dahinya sebagai pembakar semangat...
Lalu,
Dia menangis sehinggalah dia mula hilang dari pandanganku.....
"Tuhan,dengarkan rintihan suci hatiku.selamatkanlah dia demi si kecil yang menanti kasih sayang darinya...."
M E S S O B U R G E R
Husm,kubang kerian.

No comments:
Post a Comment