02:22 pagi ,
mataku masih belum terlelap walaupun disisiku kepeluk erat puteri kesayangan.dia kubawa pulang setelah usai makan malam.bersama baju & beg sekolahnya,kami pulang ke teratak usang.sebelum dia melelapkan mata,kami sempat borak-borak & menonton kartun kesukaannya.
imbas kembali ;
sewaktu di kedai makan dia mengaturkan segala syaratnya sebelum pulang.syarat utama adalah bermain buaian di taman permainan bersebelahan kawasan kedai makan.dengan itu,aku turutkan.sambil melayan,sambil berborak riang.katanya ;
"papa perlu temankan sofea main buaian."
ok.tak pernah aku menidakkannya.dan aku sempat bertanya ;
"sampai bila papa perlu temankan sofea main buaian?bila sofea dah besar,papa pasti dah tak dapat temankan sofea macam ni."
maksudku bukan untuk kepastian,tapi mempunyai mesej yang mendalam untuk fahamannya di masa akan datang.
tiba masanya,
memang aku tak dapat selalu temankannya.saat itu,dia sudah mulai membesar dan aku yakin dia sudah pandai membela diri dari segala anasir yang tidak diketahui.dan untuk aku juga di masa tua nanti,mungkin dia akan temankan aku ke taman permainan untuk therapy atau mungkin kami akan ke taman permainan untuk mengimbau kembali semua kenangan yang terpatri.
02:39pagi ,
aku masih lagi merenung wajah suci
mengusap jari-jemari ,mencium dahi ....
pejamkanlah ,
rebahkanlah dirimu & biarkan dirimu melayang
lupakanlah segala yang telah kau lewati
bermimpilah,
mimpi tentang diriku
jadikanlah sebagai
bunga tidurmu yang indah..
selamat malam sofea,
MESSO BURGER
19/03/2014
Tuesday, 18 March 2014
Wednesday, 12 March 2014
13/03/2014
DIARI PAGI
--------------
Seperti biasa,aku akan menjemput sepet dari rumah neneknya untuk ke sekolah.pagi tadi aku agak kelewatan kerana aku singgah ke gerai untuk membeli sarapan pagi untuk mereka.setibanya aku di rumah itu,kelihatan si sepet sudah tercegat depan pintu menantikan kehadiran aku.
"kenapa papa lambat."dia mempersoalkan waktu aku.
"sori sofea,papa singgah beli nasi lemak tadi."
kemudian,terus dia masuk ke dalam kereta.belum apa-apa lagi dia dah mula membuka cerita..
"papa,semalam sofea nangis ."
"kenapa sayang?"
"sofea rindukan papa..."
"kalau rindu,kenapa tak telefon papa?,boleh papa ambil sofea balik rumah tidur dengan papa lepas papa keje.."
setiap kali sepet mengadu rindukan aku,hati aku tersentuh.bila difikirkan waktu pulang dari kerja yang agak lewat malam,aku tak sampai hati nak kejutkan sofea untuk dibawa pulang.aku tak sampai hati nak rosakkan mimpi indahnya.walhal setiap malam aku akan cuba bertanyakannya kalau-kalau dia masih belum tidur dan aku berkesempatan untuk menjemputnya pulang ke rumah aku.
bila sampai di sekolah,
kelihatan cikgunya sudah berada di luar pintu kelas untuk mengemaskini kan buku yang perlu di isi setiap pagi oleh penjaga.aku memaut erat tangan si sepet kemudian menuju ke arah cikgunya...
"selamat pagi cikgu,saya nak tanya tentang sofea.adakah dia ok sepanjang pembelajarannya di sini ?"
cikgunya bercerita pada aku tentang sofea,alhamdulillah banyak yang positive dan sebagai seorang ayah memang itu adalah harapan aku sejak sofea dilahirkan,menjadi seorang yang baik,seorang yang bijak pandai.cuma satu,cikgu nya bagitahu yang sofea suka sangat merayau semasa di dalam kelas.merayau hingga mengganggu group lain belajar.
aku tengok saat tu,sofea tertunduk.mungkin sebab dia takut aku marah.dengan nada lembut aku menegur tentang tingkahnya.sambil menghulurkan jari kelingking macam selalu,aku memaut erat jari kelingkingnya...
"sofea,papa nak sofea berjanji dengan papa depan cikgu.janji jangan buat macam tu lagi,jangan ganggu kawan-kawan yang ingin belajar.boleh ?"
dia hanya tertunduk dan menganggukkan kepala.
kemudian aku cium dahinya...
"belajar rajin-rajin ye sayang.selalu ingat pesan papa & mama."lantas dia memasuki kelas..
cikgunya sempat bertanyakan tentang mamanya,aku terangkan padanya tentang segalanya agar dia faham sofea bukanlah seperti anak-anak yang lain.bertapa beruntungnya mereka dapat tinggal bersama ayah & ibu,dapat diberi sepenuh perhatian dari ayah & ibu.
Cikgunya mengangguk faham,air mukanya berubah.
sofea adalah anak yang sepi...
sofea adalah anak yang sunyi...
fahamilah tentang kami.
MESSO BURGER
coretan pagi
thu13/03/2014
10:12am

KISAH NOMBOR
--------------------
Pada awal perkenalan kami,hanya lah sebagai seorang kawan.namun,tak lama lepas tu timbul satu perasaan yg tak dapat digambarkan.semuanya indah.terungkai kembali kenangan saat kami berjanji untuk sejiwa bermula dengan penukaran no telefon baru.pada hari yang dijanjikan,kami ke kedai telefon untuk memilih nombor-nombor yang dirasakan sesuai.
kerana terlalu banyak kedai telefon yang ada,kami hanya memilih secara random tempat untuk di tuju..
"tokei,saya mau cari nombor kapel.ada ka ?pilih yang cantik-cantik sket."
"ada-ada,you tengok nombor ni.very nice .."
lalu tokei kedai tu menunjukkan kepada kami nombor tu pada kotak starter pack simkad telefon pra-bayar.
kami memilih-milih nombor dengan teliti.target kami ialah nombor yg senang di hafal,tiba-tiba mata aku tertumpu pada dua nombor yang sama.bezanya cuma pada hujungnya ;
XXX-XXX 7001 dan XXX-XXX 7002.
"Awak,cantik nombor ni kan ?awak setuju tak kalau kita pakai nombor ni ?saya 7001 dan awak 7002.."
ternyata dia setuju dengan cadangan aku.lalu aku beli kedua-dua nombor telefon tersebut dan terus mendaftar untuk mengaktifkannya.
sejak dari itu,kami buang nombor telefon lama dan bermula lah kisah baru dalam hidup aku.....
kini kami adalah pasangan kekasih.
beberapa tahun berlalu,
kami masih menggunakannya sehinggalah kami diijab kabulkan pada disember 2007.selepas beberapa bulan kami berkahwin,aku bercadang untuk membeli sebuah kereta.lagi-lagi bila fikirkan yang dia sedang sarat mengandungkan anak sulong kami.Dan untuk kenangan itu,lagi sekali aku abadikan nombor 7001 pada nombor pendaftaran kereta aku..alhamdulillah 2 bulan selepas aku beli kereta,Puteri Adreana Sofea selamat dilahirkan....
setahun berlalu selepas kelahiran sofea,
rezeki kami datang lagi.dia ditawarkan kerja di salah sebuah universiti di Kuala Terengganu.bermula lah kisah baru dalam hidup kami ,demi kerjaya dia terpaksa berjauhan dari anak & suami.sofea terpaksa dijaga oleh neneknya,dan kami hanya bertemu setiap kali hujung minggu..pada awalnya dia hanya menumpang kawan untuk ke tempat kerja namun bila difikirkan mampu,dia mengidamkan sebuah kereta untuk kemudahannya berulang-alik ke ofis.alhamdulillah,kereta idamannya mampu dimiliki dan untuk kenangan itu,dia pun sama abadikan nombor "kami" pada keretanya .XXX 7002
Itulah permulaan kisah kami.
untuk sofea & marissa,jika kamu terbaca blog papa tuliskan ni papa yakin kini kamu sudah pun besar.papa & mama sentiasa merindui kamu berdua.sejak dari kecil sudah banyak kisah-kisah yang papa abadikan,bacalah..
semuanya untuk kamu,penceritaan papa adalah dari hati untuk kamu ingati segala apa yang papa & mama lalui...
MESSO BURGER
blogger tua
thu13/03/2014
01:27am

Sunday, 9 March 2014
09/03/2014
SAYA RINDU ANAK-ANAK
------------------------------
Disebabkan musim panas melampau,kawasan tempat tinggal kami dilanda jerebu yang agak teruk ekoran pembakaran hutan secara terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.asap menyelubungi segenap ruang & amat bahaya untuk mereka yang menghidapi penyakit-penyakit kronik tidak terkecuali isteri aku.untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,maka isteri ku terpaksa berkampung di rumah mak aku yang lebih kurang 20minit perjalanan dari rumah mentua aku.di sana mungkin udaranya lebih segar kerana kawasannya agak pedalaman,jauh dari pekan.
pagi tadi,setelah aku hantar sofea ke sekolah aku cuba hubungi isteri aku untuk bertanya khabar & menanyakan keperluannya untuk tempoh sepanjang dia di sana nanti.
"awak nak kirim apa-apa tak ?tengahari nanti saya ke sana."
"makanan dah banyak,cuma satu je..saya rindukan anak-anak."
"ok,kalau macam tu nanti saya bawa sofea & marissa ke sana."
selepas aku jemput sofea dari sekolah,aku terus ke sana.marissa pun ikut serta,mungkin dia juga rindu kan mamanya setelah 2 hari tak jumpa.kelihatan mama nya telah menunggu depan pintu dengan wajah yang penuh kerinduan.untuk perkara yang mampu,dia hanya boleh bermain-main tanpa ada kudrat untuk mengangkat /mendukung atau mengejar marissa mahupun sofea.aku cuma mampu tersenyum melihat keadaannya dengan sayu.
memang di hatinya tersimpan seribu impian untuk kembali seperti dulu-dulu.ketabahan & semangatnya untuk melawan canser yang dihidapinya adalah di tahap yang paling atas,pada kiraan aku.
selepas makan tengahari,kami bersantai di ruang tamu sambil menonton tv.apa yg menarik perhatianku bukanlah rancangan tv,tapi frame gambar yang terdapat bersebelahan dengan skrin tv kat dinding rumah mak aku.lantas fikiran aku melayang hingga bagaikan aku berada di tahun 2007 dimana waktu tu aku sedang enak melayan photografer yg dibayar khas untuk majlis kahwin kami.dia bagaikan puteri dengan berbaju gaung putih seperti di dalam frame gambar tu.tapi,aku tak sampai hati nak ungkitkan kembali saat tu.kalau ikutkan hati aku,nak je aku nak belek-belek album kahwin kami saat tu..
marissa aku tinggalkan di rumah mak aku bersama mama nya tapi sofea terpaksa pulang ke rumah mentua aku atas dasar sesi persekolahan & waktu aku juga terbatas ekoran waktu kerja aku di sebelah petang.sewaktu aku nak balik rumah,aku lihat dia tercegat depan pintu sambil melambai-lambai tangan pada sofea.
"sofea,mama babai kat sofea tu.."lantas sofea membalas balik lambaian mama nya dengan hati yang sayu,dia juga sempat menipu aku,
"papa,cikgu cakap esok tak sekolah."
aku tidak menjawab statement yang sofea bagi tu sebab aku tahu dia cuba untuk memujuk aku agar membenarkan dia untuk tinggal bersama mama & adiknya di kampung.
"esok kita datang lagi sayang,mama demam.sofea jangan nakal-nakal.lepas sekolah esok kita datang lagi jenguk mama ye.."
bersambung.........
sun,09/03/2014
04:08pm
kisah aku & s.e.p.e.t
by messo burger
"sebuah novel tentang perjalanan hidup."

08/03/2014
KENANGAN TERINDAH
---------------------------
Setiap kali aku pulang dari berniaga mesti sepet aku menunggu aku depan grill pintu sambil melompat-lompat.masa tu,mama nya masih sihat .bila dibuka kan pintu,sofea akan datang peluk aku.satu persatu barang-barang burger yang berbaki akan aku keluarkan dari kereta sambil sepet menunggu depan pintu.
sepet menunggu-nunggu bekas dimana di bawahnya terdapat roda untuk dijadikan kereta.masa tu dia masih kecil dan masih belum pandai bercakap.setiap malam kehendak kegemarannya itu aku turutkan.caranya ;
1.letak sepet dalam bekas tu,
2.kemudian tolak sampai ke dapur.
suka sangat aku tengok telatahnya yang tersenyum bila dapat naik "kereta" menuju ke dapur & bila sampai di dapur,sepet akan ringan tulang untuk hulurkan pada aku lebihan-lebihan paket daging burger untuk disimpan ke dalam peti.sambil hulur,sambil dia kira walaupun tak ikut turutan & sebutan yang betul.
dari kecil,
dia memang suka tidur lewat.jika tertidur seawal jam 9 sekalipun,dia akan bangun bila time aku pulang dari kerja.bukan untuk dimanja cuma dia suka untuk bergelak ketawa, nakal.
setiap detik aku bersama sepet terakam dalam ingatan ,mungkin akan aku cuba tuliskan.
itu semua hanya untuk kenangan ,satu-satu nya kenangan terindah sebelum aku dijemput pulang..
sedikit cebisan dari kisah aku & s.e.p.e.t
by messo burger.
08/03/2014
03:09am

Tuesday, 4 March 2014
05/03/2014
SECEBIS KISAH YANG CUKUP MENGHARUKAN
--------------------------------------------------------
Suatu hari ibu saya mengajak saya untuk berbelanja bersamanya kerana dia Memerlukan sehelai baju yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi berbelanja bersama dengan orang lain, Dan saya bukanlah orang yang sabar, Tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli-belah tersebut.
Kami mengunjungi setiap kedai yang menyediakan baju untuk wanita, Ibu saya mencuba sehelai demi sehelai dan mengembalikan semuanya. Masa terus berlalu, saya mulai lelah. Ibu pula mula rasa hampa kerana masih tidak ketemui baju yang sesuai untuknya.
Akhirnya pada kedai terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba sehelai jubah biru yang cantik terdiri dari tiga helai. Pada blusnya terdapat sejenis tali di bahagian tepi lehernya, Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam bilik persalinan, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut. Dengan susah payah dia mencuba untuk mengikat talinya. Ternyata, tangan-tangannya tergetar-getar yang sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya.
Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang mendalam kepadanya. Saya berpaling dan pergi, cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan, saya kembali masuk ke bilik persalinan untuk mengikatkan tali jubah tersebut.
Pakaian ini begitu cantik ,dan dia membelinya.
Perjalanan membeli-belah kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilenyapkan dari ingatan saya.
Sepanjang hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam bilik persalinan tersebut. Terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengikat tali jubahnya.
Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan Saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, Dan lebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dan paling menyusup dalam hati saya.
Kemudian pada petang harinya, saya pergi ke kamar ibu. Saya mengambil tangannya, menciumnya ... Dan yang membuatnya terkejut bila saya memberitahukannya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah memberi peluang kepada saya untuk melihat, dan betapa bernilai serta berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari Kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri.
Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, Tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... With Love To All Mother.
Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik .
"JIKA KAMU MENCINTAI IBUMU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DI DUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA"
cerita copy untuk pedoman,
MESSO BURGER.

LOVE TIME DINNER
------------------------
Harini mungkin hari malas sedunia,jadi aku mengambil keputusan untuk cuti & luangkan masa bersama anak-anak.lagipun memang dah lama aku tak makan malam bersama mereka disebabkan waktu kerja aku bermula dari jam 5:30 petang hingga 11:00 malam.sebelum magrib aku dah inform kat sofea yang kami akan keluar makan bersama jam 8:00 malam.
Usai solat magrib,aku terus menjemput sofea & marissa untuk keluar makan di medan selera yang berdekatan dgn town tempat aku tinggal.
"kita nak makan kat mana ni papa?."
"padang bas,nanti sofea temankan papa makan ye.papa dah lama tak makan malam dengan anak-anak papa."
sofea bila berjalan,dia akan terus memaut erat tangan aku & marissa masih dalam dukungan beg galas.tahap kemampuan marissa berjalan masih belum meyakinkan aku untuk aku biarkan berdikari seperti sofea saat melintas jalan.kedua-duanya aku pegang sambil memerhati kereta yang lalu-lalang dengan penuh berhati-hati.
"ok,jom.pegang tangan papa ni,jangan lepas."aku memberi arahan setelah aku fikirkan masa yang paling sesuai untuk kami melintas jalan.tangan kananku memaut erat beg galas dukungan marissa sementara tangan kiriku memaut erat pergelangan tangan sofea .kami terus menuju ke gerai yang selalu aku lepak,gerai asam perut special.
"sofea nak makan ape?".aku mempelawanya makan.
"tak nak la,sofea dah kenyang makan kat rumah nenek tadi."
nampaknya,aku terpaksa makan sorang-sorang sambil ditemani anak-anak.
agak sukar untuk aku mengawal si marissa kerana ketiadaan kerusi khas untuk bayi.aku kena berhati-hati dengan suapan sup asam perut kerana marissa masih & terpaksa berada didukungan aku walaupun aku sedang makan.
makan je lah,tak kan aku nak bagi anak aku orang lain yang pegang..
selasai makan,sofea mengajak aku ke taman permaianan yang berhampiran dengan medan selera tu.dulu-dulu aku selalu layan sofea main buaian di situ,semua kenangan semasa sofea masih kecil masih segar dalam ingatan aku.
"papa,jom ! sofea rasa nak main buaian la." dia cuba berpantun 3 kerat.
"ok jom."aku membenarkan.
terlihat jelas kegembiraan sofea saat bermain buaian,aku cuma memerhati sambil tersenyum melihat gelagatnya yang seakan 10tahun tak jumpa taman permaianan.marissa juga kelihatan macam teruja untuk mencuba tatkala melihat kakaknya melambai-lambai di buaian.aku terus ke buaian bersebelahan sofea untuk melayan kehendak marissa.
Sambil aku asyik melayan karenah anak-anak,aku cuba memerhati keadaan sekeliling.rata-ratanya mungkin adalah pengunjung medan selera itu yang baru lepas menjamu selera macam aku,kemudian layan anak-anak di taman permaianan.
cuma bezanya mereka dengan aku,
mereka datang dengan isteri
anak mereka bermain riang dengan ibu
tidak seperti aku
tidak seperti anak-anak aku....
"taman permainan ini terukir seribu kenangan bagi kami."
MESSO BURGER
blogger tua.

Monday, 3 March 2014
04/03/2014
UNTUK MAMA
-----------------
"papa,sampai bila mama kena pergi hospital ?"
itulah pertanyaan sofea setiap kali aku pulang dari hospital temankan mamanya jalani rawatan chemoterapy di Hospital Universiti Sains Malaysia ,Kubang Kerian.persoalannya itu ternyata membuatkan hati aku tersentuh namun aku cuba sedaya aku untuk menjawab soalan tu.
"sofea,dengar sini papa nak cakap."sambil aku usap-usapkan rerambut nya yang ikal itu.
"mama kena selalu pergi hospital untuk cucuk dan ambil ubat.nanti bila mama dah sihat,mama tak payah pergi hospital dah."aku cuba memujuk.
"papa,nanti mama sihat suruh la mama balik rumah papa.sofea nak duduk dengan papa ,dengan adik ,dengan mama."
hati aku semakin sayu bila masuk bab ni.aku cuba terangkan seringkas mungkin agar sofea faham situasi sebenar yang berlaku selama ni..
"sofea ,mama tengah sakit .adik pula masih kecil ...jadi mama dengan adik terpaksa duduk rumah nenek.papa kan kerja..nanti bila papa kerja,sape yang nak jaga mama ?sape yang nak jaga adik ?"dia terus terdiam..
aku tahu ,dalam hati nya masih ada beribu soalan tentang kami.tapi,untuk masa sekarang biarlah semuanya berada diperancangan Tuhan.sampai masanya nanti,aku akan terangkan semuanya..
kebetulan tadi sofea ada buat hal kat rumah neneknya.dia usik adiknya yg sedang belajar berjalan,merajuk tak tentu pasal.waktu tu kami bermain-main di ruang tamu.biasa lah,anak sulung.lagi-lagi beza umur antara mereka 4tahun.mungkin dia rasa sedikit terabai bila tengok si adik bermain riang dengan aku,cemburu.
bukan senang nak fahami sofea,dia memang rapat dengan aku.jadi,jika siapa yang tak faham pasti tak kan dapat pendam rasa marah yang terpendam.jadi untuk control semuanya,sofea aku bawa balik ke rumah.bila dirumah , senang bagi aku untuk berkhutbah panjang lebar pada budak tu.
"sofea,kenapa tadi sofea kacau adik ?"soalan pertama aku.namun dia diam membisu..
"sofea tahu tak sofea adalah kakak dan marissa adalah adik sofea.kedua-duanya anak papa.semua papa sayang."dia masih lagi terdiam,tidak macam selalu.
"papa tak suka sofea buat macam tu."
saat tu hanya satu benda yang dia bagitahu aku,
"sofea rindu papa,sofea nak main-main dengan papa.sofea nak duduk dengan papa..."
aku terdiam.matanya merenung dalam...
bagaikan magnet,aku terus memeluk erat budak tu.
"sabar ye sayang...bila besar nanti,papa janji papa akan bawa sofea & marissa tinggal dengan papa."
aku cuba tahan airmata dari membasahi pipi sofea,aku menangis sepuas-puas nya dalam hati agar aku dapat sorok segala kesedihan antara kami.alangkah indah jika semua permintaan sofea tu dapat aku tunaikan ,dapat realisasikan .bukan hanya mimpi
Demi Tuhan,
yang tersiratnya sukar dijelaskan.
Dari sofea,
untuk mama.
04/03/2014
02:08am.

Saturday, 1 March 2014
02/03/2014
KERINDUAN
---------------
"papaaaaaa......"
terus sofea meluru ke arah aku & peluk aku erat-erat tatkala aku sampai ke rumah mentua aku.marissa seakan merajuk,konon-konon aku buat tak nampak.aku peluk cium mereka sepuas-puasnya.aku dukung marissa,sambil sofea memegang erat tangan aku.kami lepak di ruang tamu.
"papa,semalam sofea menangis sebab rindukan papa.kenapa papa pergi lama sangat ?"
terus dia mengadu & ajukan soalan pada aku.aku tinggalkan mereka pada pagi jumaat 28/02/2014 dan pulang pada malam 02/03/2014 kerana ke telok cempedak,kuantan pahang untuk menyertai pertandingan sukan luncur ombak,KOMRAD SKIMJAMM 2014.
perjalanan hari pertama aku bersama papan hanya dengan menggunakan bus ekspress & pulang dengan kereta bersama kawan-kawan.mereka tiba di sana sehari lebih awal dari aku,jadi aku terpaksa menaiki bus utk ke sana.
"papa pun sama rindu sangat-sangat kat anak-anak papa yg comel 2 org ni..."
ternyata sofea banyak cerita sepanjang ketiadaan aku di rumah dan seperti selalu aku akan menjadi pendengar setia dan peminat no 1 sofea ketika dia berceloteh panjang tentang kisah-kisah kehidupannya.
"papa,jangan lagi hisap rokok ye..kalau papa hisap rokok,asap tu akan masuk ke dalam jantung dan jantung akan jadi hitam."panjang lebar dia terangkan pada aku tentang keburukkan merokok bagaikan seorang doktor pakar jantung.aku hanya angguk-angguk kan kepala tanda faham & bersetuju dengan arahannya.
sambil melayan sofea berkhutbah,aku melayan marissa yang sedang syok landing kat dada aku.sesekali dia angkat mengangkat sedikit wajahnya dan merenung dalam ke mata aku.mungkin dia nak tidur,fikir ku...
selalunya bila berada di rumah mentua aku,aku lebih suka lepak di ruang tamu atau bilik bersama anak-anak.aku nak masa aku betul-betul berkualiti bila bersama mereka dan aku nak privacy aku sendiri bersama anak-anak.aku juga seperti keluarga normal yang lain ,aku ingin membina satu keluarga yang terbentuk dari isteri serta anak-anak aku sendiri.
tapi apakan daya aku,semuanya kehendak Tuhan dan aku yakin Dia adalah sebaik-baik perancang.
Masa aku sangat terbatas untuk anak-anak,
ada masanya aku perlukan masa tanpa anak-anak.banyak faktor yang tidak membenarkan aku bersama mereka.itu semua ketentuan,qada dari Tuhan.
30minit berlalu ,aku terpaksa tinggalkan mereka untuk ke kedai belli barang-barang keperluan untuk berniaga dan kebetulan juga,saat tu ada rakan-rakan ofis isteri aku dari Kuala Terengganu datang.mereka ingin bertanya khabar serta menziarahi isteri aku yang sekian lama terlantar di rumah....
MESSO BURGER,
diari seorang bapa
02/03/2014
02:54pm.

Subscribe to:
Posts (Atom)