Saturday, 1 March 2014

02/03/2014

KERINDUAN
---------------
"papaaaaaa......"
terus sofea meluru ke arah aku & peluk aku erat-erat tatkala aku sampai ke rumah mentua aku.marissa seakan merajuk,konon-konon aku buat tak nampak.aku peluk cium mereka sepuas-puasnya.aku dukung marissa,sambil sofea memegang erat tangan aku.kami lepak di ruang tamu.

"papa,semalam sofea menangis sebab rindukan papa.kenapa papa pergi lama sangat ?"
terus dia mengadu & ajukan soalan pada aku.aku tinggalkan mereka pada pagi jumaat 28/02/2014 dan pulang pada malam 02/03/2014 kerana ke telok cempedak,kuantan pahang untuk menyertai pertandingan sukan luncur ombak,KOMRAD SKIMJAMM 2014.
perjalanan hari pertama aku bersama papan hanya dengan menggunakan bus ekspress & pulang dengan kereta bersama kawan-kawan.mereka tiba di sana sehari lebih awal dari aku,jadi aku terpaksa menaiki bus utk ke sana.

"papa pun sama rindu sangat-sangat kat anak-anak papa yg comel 2 org ni..."
ternyata sofea banyak cerita sepanjang ketiadaan aku di rumah dan seperti selalu aku akan menjadi pendengar setia dan peminat no 1 sofea ketika dia berceloteh panjang tentang kisah-kisah kehidupannya.
"papa,jangan lagi hisap rokok ye..kalau papa hisap rokok,asap tu akan masuk ke dalam jantung dan jantung akan jadi hitam."panjang lebar dia terangkan pada aku tentang keburukkan merokok bagaikan seorang doktor pakar jantung.aku hanya angguk-angguk kan kepala tanda faham & bersetuju dengan arahannya.
sambil melayan sofea berkhutbah,aku melayan marissa yang sedang syok landing kat dada aku.sesekali dia angkat mengangkat sedikit wajahnya dan merenung dalam ke mata aku.mungkin dia nak tidur,fikir ku...

selalunya bila berada di rumah mentua aku,aku lebih suka lepak di ruang tamu atau bilik bersama anak-anak.aku nak masa aku betul-betul berkualiti bila bersama mereka dan aku nak privacy aku sendiri bersama anak-anak.aku juga seperti keluarga normal yang lain ,aku ingin membina satu keluarga yang terbentuk dari isteri serta anak-anak aku sendiri.
tapi apakan daya aku,semuanya kehendak Tuhan dan aku yakin Dia adalah sebaik-baik perancang.

Masa aku sangat terbatas untuk anak-anak,
ada masanya aku perlukan masa tanpa anak-anak.banyak faktor yang tidak membenarkan aku bersama mereka.itu semua ketentuan,qada dari Tuhan.
30minit berlalu ,aku terpaksa tinggalkan mereka untuk ke kedai belli barang-barang keperluan untuk berniaga dan kebetulan juga,saat tu ada rakan-rakan ofis isteri aku dari Kuala Terengganu datang.mereka ingin bertanya khabar serta menziarahi isteri aku yang sekian lama terlantar di rumah....

MESSO BURGER,
diari seorang bapa
02/03/2014
02:54pm.

No comments:

Post a Comment