Wednesday, 12 March 2014

13/03/2014

DIARI PAGI
--------------
Seperti biasa,aku akan menjemput sepet dari rumah neneknya untuk ke sekolah.pagi tadi aku agak kelewatan kerana aku singgah ke gerai untuk membeli sarapan pagi untuk mereka.setibanya aku di rumah itu,kelihatan si sepet sudah tercegat depan pintu menantikan kehadiran aku.
"kenapa papa lambat."dia mempersoalkan waktu aku.
"sori sofea,papa singgah beli nasi lemak tadi."
kemudian,terus dia masuk ke dalam kereta.belum apa-apa lagi dia dah mula membuka cerita..
"papa,semalam sofea nangis ."
"kenapa sayang?"
"sofea rindukan papa..."
"kalau rindu,kenapa tak telefon papa?,boleh papa ambil sofea balik rumah tidur dengan papa lepas papa keje.."
setiap kali sepet mengadu rindukan aku,hati aku tersentuh.bila difikirkan waktu pulang dari kerja yang agak lewat malam,aku tak sampai hati nak kejutkan sofea untuk dibawa pulang.aku tak sampai hati nak rosakkan mimpi indahnya.walhal setiap malam aku akan cuba bertanyakannya kalau-kalau dia masih belum tidur dan aku berkesempatan untuk menjemputnya pulang ke rumah aku.

bila sampai di sekolah,
kelihatan cikgunya sudah berada di luar pintu kelas untuk mengemaskini kan buku yang perlu di isi setiap pagi oleh penjaga.aku memaut erat tangan si sepet kemudian menuju ke arah cikgunya...

"selamat pagi cikgu,saya nak tanya tentang sofea.adakah dia ok sepanjang pembelajarannya di sini ?"
cikgunya bercerita pada aku tentang sofea,alhamdulillah banyak yang positive dan sebagai seorang ayah memang itu adalah harapan aku sejak sofea dilahirkan,menjadi seorang yang baik,seorang yang bijak pandai.cuma satu,cikgu nya bagitahu yang sofea suka sangat merayau semasa di dalam kelas.merayau hingga mengganggu group lain belajar.
aku tengok saat tu,sofea tertunduk.mungkin sebab dia takut aku marah.dengan nada lembut aku menegur tentang tingkahnya.sambil menghulurkan jari kelingking macam selalu,aku memaut erat jari kelingkingnya...

"sofea,papa nak sofea berjanji dengan papa depan cikgu.janji jangan buat macam tu lagi,jangan ganggu kawan-kawan yang ingin belajar.boleh ?"
dia hanya tertunduk dan menganggukkan kepala.
kemudian aku cium dahinya...
"belajar rajin-rajin ye sayang.selalu ingat pesan papa & mama."lantas dia memasuki kelas..

cikgunya sempat bertanyakan tentang mamanya,aku terangkan padanya tentang segalanya agar dia faham sofea bukanlah seperti anak-anak yang lain.bertapa beruntungnya mereka dapat tinggal bersama ayah & ibu,dapat diberi sepenuh perhatian dari ayah & ibu.
Cikgunya mengangguk faham,air mukanya berubah.

sofea adalah anak yang sepi...
sofea adalah anak yang sunyi...
fahamilah tentang kami.

MESSO BURGER
coretan pagi
thu13/03/2014
10:12am

No comments:

Post a Comment