KISAH NOMBOR
--------------------
Pada awal perkenalan kami,hanya lah sebagai seorang kawan.namun,tak lama lepas tu timbul satu perasaan yg tak dapat digambarkan.semuanya indah.terungkai kembali kenangan saat kami berjanji untuk sejiwa bermula dengan penukaran no telefon baru.pada hari yang dijanjikan,kami ke kedai telefon untuk memilih nombor-nombor yang dirasakan sesuai.
kerana terlalu banyak kedai telefon yang ada,kami hanya memilih secara random tempat untuk di tuju..
"tokei,saya mau cari nombor kapel.ada ka ?pilih yang cantik-cantik sket."
"ada-ada,you tengok nombor ni.very nice .."
lalu tokei kedai tu menunjukkan kepada kami nombor tu pada kotak starter pack simkad telefon pra-bayar.
kami memilih-milih nombor dengan teliti.target kami ialah nombor yg senang di hafal,tiba-tiba mata aku tertumpu pada dua nombor yang sama.bezanya cuma pada hujungnya ;
XXX-XXX 7001 dan XXX-XXX 7002.
"Awak,cantik nombor ni kan ?awak setuju tak kalau kita pakai nombor ni ?saya 7001 dan awak 7002.."
ternyata dia setuju dengan cadangan aku.lalu aku beli kedua-dua nombor telefon tersebut dan terus mendaftar untuk mengaktifkannya.
sejak dari itu,kami buang nombor telefon lama dan bermula lah kisah baru dalam hidup aku.....
kini kami adalah pasangan kekasih.
beberapa tahun berlalu,
kami masih menggunakannya sehinggalah kami diijab kabulkan pada disember 2007.selepas beberapa bulan kami berkahwin,aku bercadang untuk membeli sebuah kereta.lagi-lagi bila fikirkan yang dia sedang sarat mengandungkan anak sulong kami.Dan untuk kenangan itu,lagi sekali aku abadikan nombor 7001 pada nombor pendaftaran kereta aku..alhamdulillah 2 bulan selepas aku beli kereta,Puteri Adreana Sofea selamat dilahirkan....
setahun berlalu selepas kelahiran sofea,
rezeki kami datang lagi.dia ditawarkan kerja di salah sebuah universiti di Kuala Terengganu.bermula lah kisah baru dalam hidup kami ,demi kerjaya dia terpaksa berjauhan dari anak & suami.sofea terpaksa dijaga oleh neneknya,dan kami hanya bertemu setiap kali hujung minggu..pada awalnya dia hanya menumpang kawan untuk ke tempat kerja namun bila difikirkan mampu,dia mengidamkan sebuah kereta untuk kemudahannya berulang-alik ke ofis.alhamdulillah,kereta idamannya mampu dimiliki dan untuk kenangan itu,dia pun sama abadikan nombor "kami" pada keretanya .XXX 7002
Itulah permulaan kisah kami.
untuk sofea & marissa,jika kamu terbaca blog papa tuliskan ni papa yakin kini kamu sudah pun besar.papa & mama sentiasa merindui kamu berdua.sejak dari kecil sudah banyak kisah-kisah yang papa abadikan,bacalah..
semuanya untuk kamu,penceritaan papa adalah dari hati untuk kamu ingati segala apa yang papa & mama lalui...
MESSO BURGER
blogger tua
thu13/03/2014
01:27am
No comments:
Post a Comment