Monday, 3 March 2014

04/03/2014

UNTUK MAMA
-----------------
"papa,sampai bila mama kena pergi hospital ?"
itulah pertanyaan sofea setiap kali aku pulang dari hospital temankan mamanya jalani rawatan chemoterapy di Hospital Universiti Sains Malaysia ,Kubang Kerian.persoalannya itu ternyata membuatkan hati aku tersentuh namun aku cuba sedaya aku untuk menjawab soalan tu.

"sofea,dengar sini papa nak cakap."sambil aku usap-usapkan rerambut nya yang ikal itu.
"mama kena selalu pergi hospital untuk cucuk dan ambil ubat.nanti bila mama dah sihat,mama tak payah pergi hospital dah."aku cuba memujuk.
"papa,nanti mama sihat suruh la mama balik rumah papa.sofea nak duduk dengan papa ,dengan adik ,dengan mama."
hati aku semakin sayu bila masuk bab ni.aku cuba terangkan seringkas mungkin agar sofea faham situasi sebenar yang berlaku selama ni..
"sofea ,mama tengah sakit .adik pula masih kecil ...jadi mama dengan adik terpaksa duduk rumah nenek.papa kan kerja..nanti bila papa kerja,sape yang nak jaga mama ?sape yang nak jaga adik ?"dia terus terdiam..
aku tahu ,dalam hati nya masih ada beribu soalan tentang kami.tapi,untuk masa sekarang biarlah semuanya berada diperancangan Tuhan.sampai masanya nanti,aku akan terangkan semuanya..

kebetulan tadi sofea ada buat hal kat rumah neneknya.dia usik adiknya yg sedang belajar berjalan,merajuk tak tentu pasal.waktu tu kami bermain-main di ruang tamu.biasa lah,anak sulung.lagi-lagi beza umur antara mereka 4tahun.mungkin dia rasa sedikit terabai bila tengok si adik bermain riang dengan aku,cemburu.
bukan senang nak fahami sofea,dia memang rapat dengan aku.jadi,jika siapa yang tak faham pasti tak kan dapat pendam rasa marah yang terpendam.jadi untuk control semuanya,sofea aku bawa balik ke rumah.bila dirumah , senang bagi aku untuk berkhutbah panjang lebar pada budak tu.
"sofea,kenapa tadi sofea kacau adik ?"soalan pertama aku.namun dia diam membisu..
"sofea tahu tak sofea adalah kakak dan marissa adalah adik sofea.kedua-duanya anak papa.semua papa sayang."dia masih lagi terdiam,tidak macam selalu.
"papa tak suka sofea buat macam tu."

saat tu hanya satu benda yang dia bagitahu aku,

"sofea rindu papa,sofea nak main-main dengan papa.sofea nak duduk dengan papa..."
aku terdiam.matanya merenung dalam...
bagaikan magnet,aku terus memeluk erat budak tu.
"sabar ye sayang...bila besar nanti,papa janji papa akan bawa sofea & marissa tinggal dengan papa."
aku cuba tahan airmata dari membasahi pipi sofea,aku menangis sepuas-puas nya dalam hati agar aku dapat sorok segala kesedihan antara kami.alangkah indah jika semua permintaan sofea tu dapat aku tunaikan ,dapat realisasikan .bukan hanya mimpi
Demi Tuhan,
yang tersiratnya sukar dijelaskan.

Dari sofea,
untuk mama.
04/03/2014
02:08am.

No comments:

Post a Comment