LOVE TIME DINNER
------------------------
Harini mungkin hari malas sedunia,jadi aku mengambil keputusan untuk cuti & luangkan masa bersama anak-anak.lagipun memang dah lama aku tak makan malam bersama mereka disebabkan waktu kerja aku bermula dari jam 5:30 petang hingga 11:00 malam.sebelum magrib aku dah inform kat sofea yang kami akan keluar makan bersama jam 8:00 malam.
Usai solat magrib,aku terus menjemput sofea & marissa untuk keluar makan di medan selera yang berdekatan dgn town tempat aku tinggal.
"kita nak makan kat mana ni papa?."
"padang bas,nanti sofea temankan papa makan ye.papa dah lama tak makan malam dengan anak-anak papa."
sofea bila berjalan,dia akan terus memaut erat tangan aku & marissa masih dalam dukungan beg galas.tahap kemampuan marissa berjalan masih belum meyakinkan aku untuk aku biarkan berdikari seperti sofea saat melintas jalan.kedua-duanya aku pegang sambil memerhati kereta yang lalu-lalang dengan penuh berhati-hati.
"ok,jom.pegang tangan papa ni,jangan lepas."aku memberi arahan setelah aku fikirkan masa yang paling sesuai untuk kami melintas jalan.tangan kananku memaut erat beg galas dukungan marissa sementara tangan kiriku memaut erat pergelangan tangan sofea .kami terus menuju ke gerai yang selalu aku lepak,gerai asam perut special.
"sofea nak makan ape?".aku mempelawanya makan.
"tak nak la,sofea dah kenyang makan kat rumah nenek tadi."
nampaknya,aku terpaksa makan sorang-sorang sambil ditemani anak-anak.
agak sukar untuk aku mengawal si marissa kerana ketiadaan kerusi khas untuk bayi.aku kena berhati-hati dengan suapan sup asam perut kerana marissa masih & terpaksa berada didukungan aku walaupun aku sedang makan.
makan je lah,tak kan aku nak bagi anak aku orang lain yang pegang..
selasai makan,sofea mengajak aku ke taman permaianan yang berhampiran dengan medan selera tu.dulu-dulu aku selalu layan sofea main buaian di situ,semua kenangan semasa sofea masih kecil masih segar dalam ingatan aku.
"papa,jom ! sofea rasa nak main buaian la." dia cuba berpantun 3 kerat.
"ok jom."aku membenarkan.
terlihat jelas kegembiraan sofea saat bermain buaian,aku cuma memerhati sambil tersenyum melihat gelagatnya yang seakan 10tahun tak jumpa taman permaianan.marissa juga kelihatan macam teruja untuk mencuba tatkala melihat kakaknya melambai-lambai di buaian.aku terus ke buaian bersebelahan sofea untuk melayan kehendak marissa.
Sambil aku asyik melayan karenah anak-anak,aku cuba memerhati keadaan sekeliling.rata-ratanya mungkin adalah pengunjung medan selera itu yang baru lepas menjamu selera macam aku,kemudian layan anak-anak di taman permaianan.
cuma bezanya mereka dengan aku,
mereka datang dengan isteri
anak mereka bermain riang dengan ibu
tidak seperti aku
tidak seperti anak-anak aku....
"taman permainan ini terukir seribu kenangan bagi kami."
MESSO BURGER
blogger tua.
No comments:
Post a Comment