SAYA RINDU ANAK-ANAK
------------------------------
Disebabkan musim panas melampau,kawasan tempat tinggal kami dilanda jerebu yang agak teruk ekoran pembakaran hutan secara terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.asap menyelubungi segenap ruang & amat bahaya untuk mereka yang menghidapi penyakit-penyakit kronik tidak terkecuali isteri aku.untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,maka isteri ku terpaksa berkampung di rumah mak aku yang lebih kurang 20minit perjalanan dari rumah mentua aku.di sana mungkin udaranya lebih segar kerana kawasannya agak pedalaman,jauh dari pekan.
pagi tadi,setelah aku hantar sofea ke sekolah aku cuba hubungi isteri aku untuk bertanya khabar & menanyakan keperluannya untuk tempoh sepanjang dia di sana nanti.
"awak nak kirim apa-apa tak ?tengahari nanti saya ke sana."
"makanan dah banyak,cuma satu je..saya rindukan anak-anak."
"ok,kalau macam tu nanti saya bawa sofea & marissa ke sana."
selepas aku jemput sofea dari sekolah,aku terus ke sana.marissa pun ikut serta,mungkin dia juga rindu kan mamanya setelah 2 hari tak jumpa.kelihatan mama nya telah menunggu depan pintu dengan wajah yang penuh kerinduan.untuk perkara yang mampu,dia hanya boleh bermain-main tanpa ada kudrat untuk mengangkat /mendukung atau mengejar marissa mahupun sofea.aku cuma mampu tersenyum melihat keadaannya dengan sayu.
memang di hatinya tersimpan seribu impian untuk kembali seperti dulu-dulu.ketabahan & semangatnya untuk melawan canser yang dihidapinya adalah di tahap yang paling atas,pada kiraan aku.
selepas makan tengahari,kami bersantai di ruang tamu sambil menonton tv.apa yg menarik perhatianku bukanlah rancangan tv,tapi frame gambar yang terdapat bersebelahan dengan skrin tv kat dinding rumah mak aku.lantas fikiran aku melayang hingga bagaikan aku berada di tahun 2007 dimana waktu tu aku sedang enak melayan photografer yg dibayar khas untuk majlis kahwin kami.dia bagaikan puteri dengan berbaju gaung putih seperti di dalam frame gambar tu.tapi,aku tak sampai hati nak ungkitkan kembali saat tu.kalau ikutkan hati aku,nak je aku nak belek-belek album kahwin kami saat tu..
marissa aku tinggalkan di rumah mak aku bersama mama nya tapi sofea terpaksa pulang ke rumah mentua aku atas dasar sesi persekolahan & waktu aku juga terbatas ekoran waktu kerja aku di sebelah petang.sewaktu aku nak balik rumah,aku lihat dia tercegat depan pintu sambil melambai-lambai tangan pada sofea.
"sofea,mama babai kat sofea tu.."lantas sofea membalas balik lambaian mama nya dengan hati yang sayu,dia juga sempat menipu aku,
"papa,cikgu cakap esok tak sekolah."
aku tidak menjawab statement yang sofea bagi tu sebab aku tahu dia cuba untuk memujuk aku agar membenarkan dia untuk tinggal bersama mama & adiknya di kampung.
"esok kita datang lagi sayang,mama demam.sofea jangan nakal-nakal.lepas sekolah esok kita datang lagi jenguk mama ye.."
bersambung.........
sun,09/03/2014
04:08pm
kisah aku & s.e.p.e.t
by messo burger
"sebuah novel tentang perjalanan hidup."
No comments:
Post a Comment