Tuesday, 27 May 2014
CATATAN PAGI
25/05/2014
07:52 am
Semua pesakit telah bangun dan dibekalkan sarapan pagi.aku memang sudah beberapa kali terbangun seawal jam 5pagi kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk .katil setiap pesakit dikemaskan oleh pekerja-pekerja yang bertugas dan seluruh kawasan wad dibersihkan secara berkala.
Sejak dari semalam,
Dia telah banyak diberi suntikan.seperti yang dinyatakan oleh doktor,suntikan-suntikan ini merupakan "baja" untuk sel darah putihnya kerana sejak seminggu yang lalu,keadaan suhu badannya tidak stabil dan sering demam pada sebelah malam.sebelum bersarapan,dia lagi sekali disuntik dan kali ini dia mengadu sakit pada bahagian tulang pinggul.berbekalkan cream ubat,aku cuba meringankan beban rasa sakitnya.
Pada 3hari yang lepas,
Dia ada menimbang berat badannya namun masih ditahap yang kurang menyenangkan.beratnya hanya 33kg.mungkin itu adalah efek dari demamnya yang selalu on/off sejak seminggu yang lepas dan kemudian menganggu seleranya untuk menelan segala yang dirasakan enak pada lidah.
Kini dia menunggu saat untuk proses chemotherapy nya di cycle yang ke-3.ini adalah chemotherapy yang ke-6 baginya sejak disahkan menghidapi canser Hodgkin Lymphoma.seterusnya dia masih perlu jalani 3 cycle chemotherapy (bersamaan 6kali chemotherapy) sebelum proses yang terakhir yang perlu dilakukan di Putra jaya .
Sedikit catatan pagi
Di rumah sakit.
MESSO BURGER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment