------------------------------
oleh kerana sepet beria-ria nak ke sekolah,aku hadiahkan dia beg & kasut baru.sebenarnya harini dah masuk hari ke-2 sepet ke kelas tadika yg terletak tidak jauh dari rumah aku.nenek dah beli beg baru utknya,tapi mungkin xkena dgn citarasa dia,sepet mintak aku belikan 1 lg beg baru.pelik jugak,biasanya apa saja yg berkaitan dgn kaler pink akan diterimanya tanpa byk soal.bila aku selidik,rupanya sepet nak beg yg lg besar utk muatkan buku-buku tulis.kasut memang belum beli lg sebab result last minute,sepet diterima daftar ke sekolah tadika tu.
sesampainya kami di kedai kasut,
sepet mula rabun mata.meriah sgt dgn pelbagai kaler.apa yg dipegangnya dah tentu kaler pink.
"sofea,ni kasut utk sekolah.mana boleh pki kaler pink.kalau sofea betul-betul nak kasut baru sofea kena pilih yg kaler hitam.kalau sofea degil,papa xnak belikan sofea kasut baru"
"kasut ni cantik papa,sofea suka princess ni"
dia cuba memujuk aku supaya beli kasut princess kegilaan nya tu.
"xboleh.papa xbagi.kalau nak,sofea pilih yg dekat rak depan sana tu.pilih yg bukan bertali supaya senang nanti nak pki"
pilih punya pilih aku berkenan pd 1 model tu.kasut tu simple,sesimple taste aku.tanpa syg kaler pink lg..
last-last jumpa jugak,jenis yg senang pki,model slip-on.lepas tu sepet pilih sendiri stokin berwarna merah.
macam biasa,sebelum aku bayar aku umpan dia dulu.
"ni nak kasut baru ni dah cium papa ke belum ni ??"
cepat-cepat dia cium pipi,dahi,bibir,hidung aku macam selalu.senangnya nak rasuah budak ni.tp jgn salah faham ,dgn aku je dia macam tu .
kasut dah dapat,masa utk cari beg plak.
dari jauh sepet dah tunjuk,
"tu papa,sofea nak yg kaler purple tu" pun beg princess.
bila sampai dekat xjadi dah plak.pening aku.
"ermmm...nak yg ni la papa"tiba-tiba dia ubah plan.nak yg kaler merah + biru muda,pun bergambar princess.
aku cuba offer kat dia beg kaler pink tapi semua dia tolak.pelik jugak ,biasa melompat-lompat la dia kalau nampak benda-benda berwarna pink.
tanpa arahan,pipi aku dicium lagi
dah siap bayar,
kami pulang.sampai je kat rumah,terus di try nya kasut baru berserta stokin merah tu sambil berlari-lari seluruh ruang.
"selesa tak ??"
dia senyum.lepas bukak,simpan.kemudian pakai lagi.
sama jugak dgn beg sekolah tu,disumbatnya buku-buku lama nak bagi penuh beg.digalasnya ke hulu ke hilir beg tu.
gembiranya sepet harini,segembira hati aku dapat happy kan budak dan
dengan telatah sepet tu mengingatkan aku kembali zaman persekolahan aku dulu-dulu.macam tu jugak lah aku.aku yakin,malam nanti secara otomatik sepet akan tido awal sebab dah xsabar nak pakai kasut & beg baru ke sekolah.
kan ??haha
sufi,
kelak bila kau besar
berjasalah.
banggakan papa.
"selamat memasuki alam persekolahan sepet,kejarlah ilmu setinggi harapan papa pada kamu"
[papa 05/01/2014 sun 06:52pm]
No comments:
Post a Comment