------------------------------
bila petang aku selalu santai di pantai,bukan sekadar bermain ombak tapi utk menikmati ketenangan & kedamaian alam ciptaan Tuhan.untuk hujung minggu,aku akan lepak bersama kawan-kawan yg sejiwa,taksub pada permainan luncur ombak.
petang semalam,
kami jumpa port baru di sebuah perkampungan nelayan di sekitar tempat kami.tempat tu pernah masuk tv sebab telah dilanda ombak besar pada musim tengkujuh beberapa tahun yang lepas.memang cantik ombak di kawasan tu,sangat berpotensi untuk sukan luncur ombak seperti SKIMBOARDING.
petang tadi aku kesana lagi,sementara menunggu kawan-kawan aku sampai,aku lepak sorang-sorang di tepi pantai sambil menikmati angin petang.
tiba-tiba aku didatangi sekumpulan anak-anak kecik sebaya anakku,si sepet.kelihatan mereka sedang riang bermain-main dengan keindahan pantai tempat kelahiran mereka.ada yg berbaju comot,tidak berselipar sambil menggenggam gula-gula.
"bang,papan ni abang beli berapa ringgit ?"
aku senyum,
"murah je dik"
macam-macam diorg tanya aku pasal sukan luncur ombak.dlm hati aku riang sebab macam aku dulu,bermula dari pelbagai soalan sampai lah aku mencuba & kemudian mula mencintai ombak.kalau diasah dari kecil,mungkin diorg boleh jadi seorg peluncur yg hebat.
aku tertarik pada seorg budak yg kebetulan masa tu dia tengah makan aiskrim.
"adik beli kat mana aiskrim ni? dah lama abang xmakan.tolong belikan utk abang boleh ?nanti kita makan ramai-ramai ."
lalu aku hulurkan duit,suruh budak tu belikan aiskrim.belanja diorg.
aku terus lepak dgn budak-budak tu sambil menikmati aiskrim di tepi pantai.
"dik,ayah keje apa?"
"tangkap udang "
ye,aku faham ayah dia seorg nelayan.
"yg ni,ayah keje apa"
"bawak boat kayu"
ye yg sorang tu pun anak si nelayan.
sambil-sambil menunggu kawan aku datang,aku cuba perhatikan gelagat diorg.sangat damai,wajah-wajah yg penuh dgn ketenangan.
bermain-main pasir dengan riang,
berlari-lari di tepian pantai,
bila ombak datang,jerit ramai-ramai.lari
rumah-rumah di sekitar kawasan tu rata-rata rumah usang.mungkin peninggalan dari arwah nenek moyang mereka.tapi kegembiraan & keriangan mereka jelas menyatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya.duit tidak dapat membeli segala kebahagian,duit tidak dapat membeli ketenangan.bukan duit,jelas sekali BUKAN DUIT.
hati aku mula mencintai
kampung pengkalan atap,
kuala besut.
aku tahu apa yg aku mahu ada di sana;
kedamaian
ketenangan
keindahan dan ....
"OMBAK"
No comments:
Post a Comment