Monday, 2 December 2013

27/11/2013

PEMBANTU KEDAI
----------------------
masa break magrib tadi,aku ke rumah mentua aku hantarkan spring baru untuk buaian marissa sebab spring yg lama dah rosak.macam mana aku boleh terlupa belikan pen yg dipesan sepet siang tadi.jadi,memang dia ada alasan yg kukuh utk follow aku ke kedai.alasannya,nak beli pen.dia suka pen,suka conteng-conteng pakai pen.nak tak nak,aku terpaksa bagi dia ikut aku ke kedai.dari awal-awal aku dh agak,mesti banyak karenah.xpelah,anak punya pasal aku turutkan.
di bawah, aku sempat rakamkan pelbagai situasi si sofea sepanjang di kedai.plot-plot cerita,dialog-dialog yg sememangnya tak masuk akal.
situasi 1 :
seorg customer aku datang,lepas order dia bukak helmet.
rileks je sofea sound mamat tu,
"papa,kenapa kepala dia botak"
wakakkakaka aku gelak dlm hati,sambil aku jeling kat sofea.
"siap burger,siaplah kau sofea"(dlm hati)
situasi 2 :
ntah kenapa dia boleh borak dgn mamat botak tu td.
"pakcik order burger ape?"
pakcik tu cakap burger salut dgn telor.
sofea merancakkan lagi situasi,
"patutlah pakcik gemuk,suka makan telor"
aku tengok mamat tu rileks je senyum.aku terus minta maaf dekat mamat tu.
"siap burger,siaplah kau sofea" (dalam hati lagi)
situasi 3 :
kawan aku call nak order burger,masa tu aku sgt bz.
"hello,ko nak burger ape ?ok ,30minit lagi siap.aku bz ni"
aku letak fhone.
tiba-tiba sofea sound aku.
"papa,tak baik cakap "AKU".tuhan marah,nanti tuhan kerat lidah"
kali ni aku diam.
kaku.
kadang-kadang rasa geram,kadang-kadang rasa malu.macam-macam.
betul lah org cakap ,
kalau nak layan budak,kita kena jadi budak.
macam mana aku sewaktu kecil dulu pun aku tak tahu
sebab mak aku xpernah catat pasal aku.
mak jugak pernah cakap
boleh tahan jugak aku.
haha :)

No comments:

Post a Comment