Thursday, 19 December 2013

20/12/2013

SEPET & TV
---------------
"tu la ,
sape suruh tido time layan kartun."
tadi sepet terlelap depan tv
sekarang dia dah bangun,tanya aku
"papa mana cerita yg sofea tengok tadi??"
hahahahaha lawak.
aku pun xtahu cerita kartun ape yg dia tonton sebelum dia terlelap tadi.
tu pun nasib baik aku terperasan yg dia terlelap,so aku terpaksa kejutkan dia utk ke toilet.
mana la tahu,musim-musim hujan ni dibuatnya kencing malam aku jugak yg susah.
sebelum dia terlelap tadi,aku sempat jugak layan borak-borak dgn dia depan tv.
"sofea,budak kecik yg comel tu nama sape?"sambil aku tunjuk ke arah skrin tv.
"mya sara" dia jawab spontan.
"budak laki tu?"
"haikal"
wahhhhh...kalau benda yg dia minat cepat je hafal.aku uji lagi ;
"sofea,tolong bacakan doa makan kejap papa nak dengar"
selamba je dia jawab,
"mana ada makanan,ni kan tengah tengok tv"
aku usik lagi sebab belum puas hati.biasanya kalau dia banyak alasan ,maknanya dia xpandai nak jawab la soalan aku tu.
"cepat la.kalau sofea xbaca doa makan papa off tv"
bila dengar je nak off tv,cepat-cepat dia baca doa makan.
biasalah,budak berumur 4thn.sebutannya mungkin agak 'lawak' tapi yg penting maksudnya tercapai.
maksud aku,dia tahu mana pendahuluan diikuti rangkap-rangkap sehingga pengakhiran.
"ok dah2,jom kita masuk tidur.dah lewat ni,esok papa nak bangun awal"
dia tidak membantah,mungkin rasa ngantuk dia tadi belum lagi hilang.
sofea ni cukup senang ,
kalau nak tidur dia cuma mahukan pelukan.
pernah sekali aku cuba ,
aku buat-buat peluk kemudian aku tarik tangan aku sorok bawah bantal
lepas tu dia terus buka mata, tarik tangan aku dan peluk tangan aku erat-erat.
tak mahu lepas.
mungkin dia rasa lebih selamat
bila sentiasa dipelukan aku.
seorang insan yang bergelar
PAPA ;)

No comments:

Post a Comment