------------------------------
pernah suatu ketika aku didatangi seorg musafir utk membeli sebiji burger.mula-mula dia merenung menu serta harga.hati aku mula terdetik sejak kali pertama menatap mata pakcik yg berkulit gelap tu.
"nah,ni burger nya pakcik.boleh saya tahu pakcik ni dari mana?"
sambil makan dia menceritakan sedikit kisah sehariannya dan menggelarkan dirinya sebagai "pok".
"pok datang dari dungun dik,datang sini nak jumpa kawan lama pok yg dulunya bekas MB.pok nak mintak sedikit bantuan utk anak pok baru saja diterima melanjutkan pelajaran di politeknik dungun,terengganu.tapi pok sedih,xdapat jumpa kawan pok tu sebab dia xde kat rumah.pok dtg sini dgn bas,tu pun sebab kawan pok driver bas tu.jadi,pok dapat tambang yg murah.cukup sekadar bagi nya utk minum kopi"
hati aku makin sayu..
"pok seharian xmakan,nasik pun belum jumpa lagi.dalam perjalanan tadi pok hanya makan keropok lekor goreng rm2"
mungkin dia nak meyakinkan aku lagi,dia keluarkan helaian surat tawaran lanjutan pelajaran anaknya tu.
"ni bukti pok xmenipu,kalau adik xpercaya lagi.ni ic pok"sambil dia keluarkan ic.
"takpelah pakcik,saya percaya cakap pakcik.sejak mula-mula saya tengok mata pakcik saya dah dapat rasakan keikhlasan hati pakcik"
hati aku makin sayu bila aku tengok pakcik tu termenung.jiwa aku tersentuh utk menolong pakcik tu setakat yg mampu..
"jadi,pakcik nak balik dungun naik ape ni?skrg dh jam 08:00 mlm"
"pakcik dah janji dgn kwn pakcik driver tu ,dia cakap nak ambik pakcik kat depan sana jam 11 mlm.pakcik tggu je kat sini"
masa tu aku teringatkan seorg kwn aku yg kebetulan malam tu nak ke dungun.kebetulan,kwn aku tu pun pelajar politeknik dungun.cepat-cepat aku telefon budak tu.alhamdulillah dia setuju...
aku perhatikan pakcik tu,sambil dengar segala luahan dan kisah hidupnya.pakcik tu keje sbg jaga keselamatan.dlm beg sandangnya masih terlipat elok baju keje nya.bermakna,pakcik tu dtg ke sini selepas waktu keje.
(dalam hati aku menagis)
pelan-pelan aku lipatkan sekeping note.aku masukkan ke dlm poket baju pakcik tu.namun dia menolak sekeras-kerasnya tangan aku.kami bagaikan berdolak-dalih.dan akhirnya kemenangan berpihak aku.dgn tidak dirancang,pakcik tu menangis ....dia tunduk ke bumi .aku yakin,hatinya sayu.
keadaan sunyi sejenak.
sebaik kawan aku tadi tu tiba,aku perkenalkan pakcik tu pada kwn aku.pakcik tu xputus-putus ucapkan kata syukur dan terima kasih kerana sudi menolong.
part yang paling terharu ;
bila mana pakcik tu peluk aku masa kami nak berpisah.mungkin dia tiada apa yg boleh dia bagi cuma tinggalkan sekeping kertas yg tertulis alamat rumahnya.tapi satu benda yg aku sempat mintak,
"pakcik,jaga diri baik-baik.cuma satu je yang saya mintak dari pakcik.
doakan saya agar saya temui jalan hidup saya.doakan utk kesejahteraan keluarga saya.doakan agar saya bahagia"
selamat tinggal pakcik.
*untuk pok,
saya bangga dgn pakcik.saya sendiri pun mempunyai anak tapi saya belum yakin & pasti samada saya dapat menjadi sehebat pakcik suatu hari nanti.hati mu sungguh suci wahai pakcik.keikhlasan mu dapat dirasai...
*untuk anak-anak pok,
hargailah pengorbanan ayahmu.kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai mati.belajarlah bersungguh-sungguh sepertimana tingginya harapan ayahmu.kejarlah ilmu sejauh perjalanan ayahmu...
-pok dalam kenangan.suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi.
ada lagi alamat pok ni? kampung halaman arwah mak sy di dungun, selalu juga balik sana.. mana la tahu, kalau sampai masanya
ReplyDelete