MISTIK TENTANG AKU
---------------------------
satu kisah yg nak aku kongsikan,mungkin agak panjang tapi aku cuba tulis utk menjelaskan kebuntuan yg aku alami.kisah ini berkisar alam mistik yg pernah dan mungkin akan aku lalui.kerana buntu,lalu ku tulis bait-bait tentangnya..
aku baru saja mengenali seorg kenalan,atau mungkin ditakdirkan kami akan kenal.tadi,kebetulan dia singgah makan burger kat stall aku.masa tu aku tengah busy siapkan order,maklumlah musim sekarang aku hanya kerja 3jam sehari.itu semua aku akui kerana minat aku pada sukan luncur ombak.masa dia tengah makan ,dia ada bertanyakan aku pasal stall burger aku tu.dia nak kepastian samada ada lagi ke stall burger yg sama dgn stall burger aku dikawasan berhampiran / dlm lingkungan 1km dari jarak stall burger aku tu.memang takde,stall aku tu je satu-satu nya stall konkrit yg ada di kawasan tu.pada mulanya ,aku ingat dia nak tanya pasal nak memulakan perniagaan burger tapi lain pulak ceritanya...
lepas dia makan burger,dia tanya aku balik ;
"nak tahu kenapa aku tanya ko pasal stall burger ko tadi ??"
begini ceritanya....
kawan kpd kenalan aku tu pernah melalui depan stall aku kira-kira 2 bulan yg lepas,masa tu agak sunyi sebab dah lewat malam.jalan utama pun renggang,tiada penunggang mahupun kereta lalu-lalang.semasa dia betul-betul melalui depan stall burger aku,dia terkejut kerana ada penampakkan seorg tua yg berjanggut panjang berada betul2 dalam kawasan lingkungan depan stall burger aku .tak perlu lah aku cerita kan apa yg sedang di buatnya.sgt jijik...tiada wajah,cuma penampakkan macam berkain pelikat,sgt tua dan berjanggut panjang berada di dalam gelap.itu yg cuba diceritakan nya pada aku.mungkin dah lama dia ingin cuba ceritakan hal ni pada aku,cuma tidak berkesempatan.
sememangnya aku tidak terkejut dgn dakwaan nya sebab dulu aku pernah sekali di datangi seorg ustaz,dia imam di salah satu masjid kawasan tu.aku masih ingat,aku belum pun kenal lg ustaz tu.masa dia sampai ke kedai aku tu,aku terus ambil order tapi belum pun sempat dia jawab, dia terus membisikkan aku yg terdapat "sesuatu" yg xkena dgn stall burger aku tu.
MASYA ALLAH,
time tu jugak bulu roma aku meremang.tu masa 1st time aku dpt kabaran dari firasat seorg ustaz.sejak dari itu lah baru aku kenal ustaz tu.dia adalah salah seorg imam dan seorg pengamal perubatan islam.utk pendekkan cerita,ustaz tu berjanji akan cuba sedaya upaya utk membantu aku...
menurutnya ;
ramai yg tidak berpuas hati dgn perniagaan aku.ramai yg iri hati,jadi mereka gunakan cara syirik yg konon-konon nya akan melingkupkan perniagaan aku."benda" yg mereka tujukan adalah "debu-debu halus" yg ditanam pada pokok-pokok besar di sekitar kiri,kanan dan belakang kedai aku.
ustaz tu bagi aku "air tawar/air penawar" utk disiramkan seluruh kawasan tapak stall burger aku tu sbg "pagar /pendinding".sebelum proses tu ,aku diwajibkan mengadap qiblat sambil melaungkan azan.itu adalah cara halal utk menghalau syaitan yg direjam.
tapi
kali ni aku buntu,
entah apa lagi yg org tak puas hati
padahal,aku hanya berniaga di tepi jalan bukannya hasilkan projek-projek jutaan ringgit.
cuma apa yg aku hairankan,sejak kebelakangan ni aku sering dilanda resah & rasa macam diperhatikan.lagi-lagi bila aku berseorangan dan memang aku sentiasa keseorangan di rumah.
dulu aku akui,
aku memang tak ambil kisah sgt pasal benda-benda karut macam ni tapi kalau di kaji dlm Al-Quran pun ada tertulis yg "mereka" itu wujud.kita wajib percaya sebab mereka juga makhluk ALLAH .
*PERINGATAN !!!
cerita ni bukanlah cerita rekaan,namun jgn pula kita terlalu taksub dgn entiti yg tanpa bukti.aku akan anggap semua ni adalah dugaan dari ALLAH yg ingin menguji tahap keimanan,ketabahan aku dlm perniagaan.
cuma satu yg aku pegang ;
"sesungguhnya rezeki itu datangnya dari ALLAH"
demi rezeki yg halal,demi anak-anak
aku pohon doa kan aku
agar segera aku dapat tangani kebuntuan ini.
WALLAHUALAM....
kenapa tak segera jumpa ustaz tu? ambil lagi air penawar yg sama.. semoga kead papa sepet cpt kembali seperti sediakala.. amin..
ReplyDeletealhamdulillah...keadaan bertambah baik.sy cuba amalkan ayat2 suci Al-Quran sbg pendinding
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete