SOFEA NAK MAMA
----------------------
semalam sebaik aku pulang dari kota bharu,aku ke rumah mentua aku utk bermain dgn anak-anak.kelihatan mereka bermain dgn riang bila tengok kelibat aku di rumah tu.demam sofea beransur pulih,sama jugak dgn marissa sakit mata nya bertambah baik.kami bermain-main diruang tamu.marissa dgn gelagatnya yg suka main plastik,sementara sofea masih meneruskan kajian nya terhadap sistem spa rambut.di sikat nya rambut aku gaya pacak,belah tepi dan pelbagai kaedah lain sampai aku sendiri tak sedar yg aku terlelap lebih 30minit.mungkin terlalu penat dgn aktiviti seharian.
marissa tidak berganjak,masih bermain-main di tepi peha aku dan sofea turut terlelap bersama-sama bantal peluk coklat mama nya.
masa aku nak balik,
aku biarkan sofea tidur diruang tamu tempat kami bermain sebab aku kesiankannya,mungkin dia penat & baru je terlelap.jadi aku taknak kacau.biarkan dulu.
marissa plak masa tu sedang asyik landing kepala nya dipeha aku.dengan perlahan aku bangun & membuka pintu untuk pulang.
tapi,
sayu hati aku bila marissa seakan-akan xnak biarkan aku berlalu.tangan nya memegang erat peha aku...
aku pujuk,biar pun aku tahu yg dia masih belum faham .
"marissa,papa kena balik.nanti esok papa datang lagi main-main dengan marissa."
aku cuba terangkan seringkas yg mungkin pada budak yg umurnya belum genap setahun.pada pandangan aku,walaupun dia xfaham seeloknya aku lebih banyak berinteraksi agar aku dapat mencapai plan "waktu yg berkualiti" bila disamping dia.
cara itu juga aku pernah gunakan di zaman pembesaran kakaknya dulu.
lalu aku terus pulang dgn hati yg sayu..
entah kenapa aku susah nak lelap,
lalu aku belek-belek album lama aku.di situ bersemadinya setiap kenangan.
setiap gambar ada ceritanya,semua nya indah...
tiba-tiba,
aku mendapat panggilan dari bapa mentua aku.dia cakap sofea tersedar dari tidur & menangis tanpa henti.dlm perbualan kami pun masih terdengar jelas suara nya yg sedang menangis dan tanpa berfikir panjang,aku terus ke rumahnya.
sambil aku peluk,aku tanya
"kenapa ni sofea ??sofea mimpi ke ??"
dia gelengkan kepala..
"habis tu ?kenapa menangis ?"
"sofea nak mama,sofea rindu mama..."
Ya ALLAH...Hanya Tuhan yg tahu.
"sofea,nanti kita gi tengok mama.sofea jangan risau ye..mama cuma demam je..."
aku terpaksa menipu utk tamatkan perbualan kami.
berbekalkan bantal peluk coklat mama nya,sofea terus aku bawa pulang..
kami tidur di rumah "kosong" yg sekian lama terbiar "usang"..
No comments:
Post a Comment