Friday, 21 February 2014

21/02/2014

HATI YANG TERLANTAR SEPI
------------------------------------
Usai solat jumaat,aku ke rumah tu lagi.dia masih seperti selalu,beradu diruang tamu.rumah itu sunyi bagaikan tiada penghuni.
"sofea xde,ke rumah tok ma nya tadi."
kebetulan pagi tadi mak aku bersama jiran-jiran tetangga datang melawat isteri aku.
aku terus ke buaian,aku tenung wajahnya dengan tenang.di situlah tempat Puteri Yasmin Marissa suka beradu.kaki nya kini semakin memanjang,seiring dengan pembesaran badannya.dia kini berumur lebih dari setahun.dalam hati aku,kalau boleh aku nak anak ini tidak terus membesar biar masa xkan berlalu.

"awak dah makan ?"aku cuba memujuk nya supaya makan sambil-sambil aku check suhu badan nya.alhamdulillah,suhu ok.doktor berpesan,kalau dia demam cepat-cepat bawa ke hospital kerana untuk masa sekarang antibody nya sangat lemah ekoran dari proses rawatan chemoterapy tempohari.

"pagi tadi saya dah makan meehun yang mak awak bawa kan."
alhamdulillah lega hati aku.biasanya sebelah pagi dia hanya makan roti atau milo panas sahaja,itu pun setelah dipaksa.
"awak ,saya rasa nak makan tembikai.ada kat dapur tu..."
"ok.kejap saya ambil."
tembikai tu di kunyahnya perlahan-lahan...

setelah habis makan,aku hidangkan nya segelas air zam-zam pemberian dari kawan aku yang baru pulang dari tanah suci Mekah.dihirup nya perlahan-lahan mungkin sambil berdoa agar dikembalikan kesihatannya seperti dulu-dulu.sejak dia sakit,kami dihujani pelbagai sumbangan dari pelbagai pihak .Kawan-kawan juga xputus-putus bagi harapan,kata-kata semangat untuk kami teruskan hidup.semua itu kami iringi dengan doa agar Tuhan membalasnya dengan sesuatu yg baik sebaik kebaikan yg telah diberikan pada kami.

kalau nak ikutkan hati aku,pasti aku akan menangis setiap kali aku menatap sekujur tubuhnya ditilam pembaringan tapi demi sekeping hati aku cuba had kan semua itu dari berlaku.untuk masa yang berbaki,dia berhak untuk senyum dan ketawa riang seperti dulu-dulu.

"awak,petang ni saya ingat nak bawa awak jalan-jalan..nak ?
dia gelengkan kepala.
"awak..saya penat,sangat penat."itu sahaja jawapan yg aku terima.
aku faham situasi nya.semua pesakit canser begitu.cepat penat,tiada tenaga.
"kalau macam tu,xpe lah.awak rehat kat rumah.nanti rasa dah sihat,saya akan bawa awak jalan-jalan.mungkin ke pantai dimana tempat yg selalu kita luahkan segalanya dulu..."

aku pulang dengan sayu,
masih terbayang wajahnya yang kian layu.
tapi aku masih tak henti-henti
berharap agar semua ini akan berakhir dengan keajaiban yg selama ini kami nanti...

No comments:

Post a Comment