RUMAH KOSONG
--------------------
setelah semuanya selesai,aku hantarkan dia ke rumah ibu nya.puteri-puteri hati indah kayangan pun ada di sana.sukanya diorang bila dapat jumpa si ibu kesayangan.si sepet terus bangun dari tidur bila dengar suara aku manakala si bulat pula melompat-lompat tatkala nampak kelibat aku.aku dijemput makan tengahari bersama keluarga sebelah isteri ku.isteri ku terpaksa aku benarkan tinggal di situ atas dasar masa sebab tiada siapa yg boleh jenguk-jenguk kan dia jika berada di rumah aku.aku selalu sibuk dgn tugasan harian sebagai peniaga,sebagai ayah dan sebagai seorang yang memikul tanggungjawab dalam pelbagai aspek.
tiba masanya aku pulang ke rumah "usang".dengan perlahan aku bagi salam walaupun aku tahu tiada penghuni di dalam.sunat bagi seorg islam untuk membacakan suratul qursi sebelum memasuki rumah yg ditinggalkan.aku menghabiskan bacaaan dalam hati kemudian membuka daun pintu rumah..
keadaannya masih sama,masih berhabuk.masih macam dulu-dulu...
potret Puteri Adreana Sofea masih tergantung elok di dinding ruang tamu yang mana disebelahnya terdapat jam dinding berbentuk sport rim kereta yg dihadiahkan isteri ku suatu ketika dulu.
"nah,saya belikan hadiah ni utk awk.buka lah "
tersenyum aku bila aku dpt sebuah replika jam sport rim kereta,masa tu aku duk asyik gila modified kereta,
bermakna dia cuba perli aku .
"terima kasih.lepas ni sy janji tak kan tukar rim kereta lagi."aku membalas senyuman nya...
itu kisah lama aku.kenangan aku setiap kali aku memandang jam tu saat nak tahu waktu.
lalu aku terus ke bilik utk menyimpan beg galasku yg penuh dgn barang-barang keperluan sepanjang aku "berkampung" di rumah sakit.di suatu sudut dlm bilik tu, terdapat 1 bakul penuh dgn barang-barang mainan.itulah satu-satu nya kenangan aku bersama sofea disepanjang proses pembesarannya.masa sofea masih kecil,dia suka sangat main-main dengan gitar & keyboard mainan.tapi sekarang semua nya dah sunyi,tidak berbunyi seperti dulu-dulu lagi...aku simpan,biarpun kesemuanya dah lapuk xikut zaman.akan aku terus simpan...
selesai solat aku baringkan tubuhku pada sofa diruang tamu.disebabkan rumah aku agak kecil,aku belikan sofa yg pelbagai guna.boleh lipat jadi katil.sofa ni juga tersimpan beribu kenangan.
tempat kami selalu bermain dgn anak-anak sambil menonton tv.sofea suka sangat melompat-lompat jika aku transformkan sofa ni jadi katil.masih terbayang-bayang wajahnya yg ala korean sedang tertawa riang melompat-lompat di sofa merah kesukaan mama nya ni..
dalam beberapa minit je aku landing, aku terus terlelap.....
sedar xsedar hari dah malam,tu pun aku terjaga disebabkan dpt panggilan dari kawan aku yg datang nak melawat isteri aku.
"sol,jap lagi aku sampai.aku dan keluarga aku nak melawat isteri ko."
"ok.datang sini dulu.nanti aku bawakan korang ke rumah tu."
diorg belum kenal rumah baru mentua aku .
tak lama kemudian,kawan aku dah ada tercegat depan pintu lalu aku pelawa masuk..
"maaf la rumah aku tak terurus.aku takde masa sangat nak menyapu,nak kemas semua ni."
"xpe.aku faham.."
sebenarnya,
aku sengaja tak nak usik semua barang-barang anak aku.biarkan semua dalam keadaan begitu.
kerana bila begitu
aku xkan rasa yg masa begitu cepat berlalu
aku nak semua nya macam dulu-dulu
bila mana semua kenangan akan pulang
ke rumah "kosong" yang sekian lama terbiar "usang"..
MESSO BURGER,
blogger tua.
No comments:
Post a Comment