CITA-CINTA
---------------
Waktu rehat solat magrib tadi aku ke rumah mentua aku untuk jenguk isteri & anak-anak.kelihatan deretan kereta memenuhi perkarangan rumah mentua aku.rupanya sanak-saudara sebelah mak aku datang menziarah isteriku.
penuh di segenap ruang tamu,mereka borak-borak sambil bertanya khabar.
si sepet terus meluru ke arah aku,peluk aku.si bulat pula seakan cemburu,terus meluru peluk peha aku.
lepas solat magrib,aku mohon diri untuk ke kedai & sambung berniaga tapi pergerakan aku terhalang oleh si sepet yang turut nak ikut serta.
"papa,sofea nak ikut papa.sofea nak makan daging burger.sofea janji xkan buat hal,kalau papa sibuk sofea duduk kat kerusi & kalau sofea mengantuk sofea duduk dalam kereta."begitu asyik dia menabur janji..
pada mulanya aku berat hati tapi makin lama makin gundah riaknya.
"boleh la papa,sofea nak ikut gi kedai..boleh la,boleh la...."
diulangnya berkali-kali sambil mengoncang peha aku.
"hmmm...ok,sofea pergi mandi sekarang.pakai baju .papa tunggu."
dengan serta merta dia meluru ke bilik air .dah siap pakai baju,kami terus ke stall burger aku yang jaraknya lebih kurang 4km dari rumah mentua aku..
semasa di stall sepet tak banyak buat hal kerana "umpan"nya aku dah beli awal-awal lagi.sekotak air laici & gula-gula dalam mainan yang berbentuk mikrofon karaoke.suka sangat dia dapat benda tu,digayakan nya ala-ala princess yg sedang menyanyi.masa tu tiada pelanggan,kami lepak-lepak di hammock yg aku ikat kan pada pokok sebelah stall aku.
"sofea,papa nak tanya ni..bila besar nanti sofea nak jadi apa ?"
pada mulanya dia cakap nak jadi cikgu la,nak jadi polis la tapi dialog kami terhenti bila dia cakap...
"ermmmmm..papa,sofea nak jadi doktor la ."
"kenapa sofea nak jadi doktor ??"
"sebab bila sofea jadi doktor,sofea dapat cucuk mama....mama kan sakit.."
cukup dengan dialog tu,
mata aku terus berkaca
hati aku terus menangis...
No comments:
Post a Comment