PUTARAN KENANGAN
--------------------------
Kalau nak ikutkan ,sepatutnya aku kena jemput si sepet tengahari tadi.kebiasaan,sepet akan berada di rumah mak aku bila hujung minggu tapi tadi aku sengaja tak nak jemput dia.sebaliknya aku biarkan sepet dengan ayah aku.Aku sengaja biarkan sepet berpanas dan aku tahu risiko nya bila membonceng motor.
"assalamualaikum ma...nanti suruh ayah bawak sofea.nanti saya jemput dia di kedai ayah."
mak aku rasa pelik.
"kenapa kamu nak biarkan sofea naik motor.kan panas sekarang ni."
"biarkan.dalam pukul 2 nanti saya jemput dia kat kedai ayah."
lebih kurang 5minit sebelum pukul 2ptg,ayah aku call.tapi sofea yg bercakap,
"papa,papa ada kat mana ?sofea dah ada kat sini.tadi sofea dah cari papa,tapi tak jumpa.sekarang sofea dah ada kat kedai aki."
rupa-rupanya sepet dah cuba cari aku kat tempat selalu aku lepak makan tengahari bersama kawan-kawan.dia sememangnya mudah mengingat jalan jika aku bawa ke suatu tempat.
aku terus ke kereta utk menjemput sepet.semasa dalam perjalanan aku ke kereta ,2 org makcik tegur aku.
kenyataan mereka sama,
"tadi makcik nampak sofea cari kamu dengan aki nya."
memang sofea xasing lagi bagi makcik-makcik si penjual kain kat situ sebab rata-rata diorg suka kacau sofea,suka tengok mata sofea bila jeling marah.
selepas aku jemput sepet di kedai ayah aku,aku terus balik ke rumah...
*KENAPA AKU SENGAJA BIARKAN SEPET BERPANAS DENGAN MEMBONCENG MOTOR ?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu adalah kenangan aku.semasa aku kecil ayah aku selalu bawa aku dengan motor.xkira kemana sahaja.semua kenangan tu masih segar dalam ingatan.tak kira musim hujan atau musim panas,kami hanya bermotor sebab kami memang tiada kenderaan lain kecuali motor.bila musim perayaan lagi sedih,bila mana ayah aku terpaksa meminjam kereta dari atok aku untuk bawa anak-anak beraya ke rumah sanak saudara.
jadi,
aku nak anak-anak aku pun merasa kenangan aku tu,jika bukan aku yg benarkan nescaya mereka xkan pernah merasa macam mana aku dulu.mereka beruntung,sebab dilahirkan dgn sedia ada sudah berkereta.bukan nak kata aku kaya,tapi mereka dilahirkan pada zaman yg majoriti nya setiap keluarga sekurang-sekurangnya mempunyai sebiji kereta.
itu belum masuk bab permainan zaman dulu-dulu,
nanti lah ada masa aku nak lepaskan sepet ke dalam bendang sawah.
biar comot ,
biar busuk.
biar dia rasa macam mana hebatnya ayah nya dulu hidup walau tanpa kemudahan asas seperti zaman sekarang.
MESSO BURGER,
aku budak kampung.
No comments:
Post a Comment