Tuesday, 18 February 2014

18/02/2014

DIARI HOSPITAL
--------------------
Sepanjang tempoh aku berada di hospital kerana temani isteri,banyak benda yang telah aku pelajari.banyak perkara baik,lucu,indah,menyentuh hati aku cuba 'save' dalam memori.semua tu terjadi depan mata aku sendiri yang kadang-kadang buat aku terfikir bertapa indahnya perjalanan hidup ini.
masa di wad,
aku lihat semua pesakit sedang berehat.bila tiba waktunya,diorg akan makan ubat.bila tiba waktu solat,diorg akan solat dgn pelbagai cara mengikut kemampuan diri.keseluruhannya adalah pesakit Canser.sungguh tabah,mereka masih mampu tersenyum walau ada yang rata-rata sakitnya sudah di tahap 3 atau 4.

pandangan aku tertumpu pada suatu tempat di mana terdapatnya seorg makcik tua yg berumur dlm lingkungan 70an sedang "bertarung" melawan canser nya.kesemua ahli keluarga datang melawat utk bagi sokongan walau pada hakikatnya makcik tu dah tak boleh bercakap,hanya terbaring dan makan / minum melalui saluran tiub yang disalurkan di kerongkong nya.pada kiraan aku,makcik tu adalah pesakit yg paling diberi perhatian berdasarkan kondisi nya.itu pada kiraan aku tapi pada kiraan Tuhan ???
itu cerita pertama aku.

bila aku dah selesai jalankan tugasan yang berkaitan,aku turun ke blok bawah untuk beli barang-barang keperluan di koperasi hospital berkenaan.kemudian aku ke kedai buku utk cari bahan-bahan bacaan untuk masa yg terluang panjang.
semasa aku duk belek-belek buku yg aku mahu,tiba-tiba aku terpandang seorg pakcik tua yg sedang menolak isterinya dengan kerusi roda.umurnya lebih kurang atok aku.mungkin,isterinya sakit dan tak mampu untuk berjalan sendiri.mereka terus ke ruangan menunggu di hadapan tempat letak kereta.mungkin menunggu anaknya,hati aku cuba meneka.
itu cerita kedua aku.

tiba-tiba aku dapat panggilan ...
"awak,doktor cakap harini saya dah boleh pulang."
nada nya sedikit riang.
"ye ke ??alhamdulillah..kejap lagi saya naik atas"

bila sampai di wad,doktor cakap yg result isteri aku bertambah baik.cuma kena jalani rawatan susulan yg sudah diberikan tarikh.plan doktor,isteri aku masih lagi kena jalani rawatan CHEMOTHERAPY sebanyak 12kali dan setiap selepas 6kali akan diwajibkan utk jalani CT SCAN untuk perbandingan result antara sebelum dan selepas rawatan chemotherapy.

berdasarkan contoh cerita yang aku alami,semuanya ada kaitan dengan aku.seakan Tuhan datangkan contoh pada aku.
PERTAMA : berpantang maut sebelum ajal.
KEDUA : cintailah cinta.

huraiannya tanya lah hati.

MESSO BURGER,
doktor hati.

1 comment: