Saturday, 8 February 2014

09/02/2014

MATAHARIKU PUTERI ADREANA SOFEA
------------------------------------------------
*Rabu 05/02/2014_ sepet pulang dari sekolah dengan riang.di tangan terdapat 1 replika matahari yg diperbuat drpd pinggan polistrin & cebisan-cebisan kertas warna.di tengah-tengah nya tercoret namanya "sofea" & dibelakangnya terdapat art seakan wajah yg sedang tersenyum. 
"papa,harini cikgu ajar buat matahari kertas.nanti papa tampal matahari ni kat bilik kat rumah papa ye.."

*Khamis 06/02/2014_sepet pulang dari sekolah dan terus balik rumah aku.dia tanyakan matahari kertasnya yg masih tersadai di meja dlm bilik aku.
"papa,kenapa papa belum tampal lagi matahari ni ?kan sofea dah cakap suruh tampal kat dinding..."

kelihatan sepet macam sedih kerana aku tak ambil peduli pasal matahari kertasnya....
lalu aku pujuk...

"sofea,papa sengaja tak nak tampal matahari ni pada dinding.papa akan biarkan matahari sofea ni dekat meja sebelah katil papa ni.sofea nak tahu kenapa ???
nanti bila malam-malam bila papa nak tido,bila papa rindukan sofea
papa akan peluk matahari sofea ni.papa letak tepi papa seakan-akan papa tido dengan sofea..."

dia terus peluk aku..
"papa,nanti sofea besar sofea nak 1 bilik.sofea nak bilik yg warna pink,katil warna pink.sofea nak duduk dengan papa.."

dan kerana itu,
hati aku terus menangis.

2 comments:

  1. saya doakan semoga keadaan keluarga papa sofea cepat kembali seperti sebelumnya, agar semua ahlinya sihat sejahtera dan semua tersenyum gembira. Amin

    ReplyDelete